Hadits Benci Orang Arab Bermakna Benci Rasulullah S.A.W al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Thursday, December 28, 2017

Hadits Benci Orang Arab Bermakna Benci Rasulullah S.A.W

Hadits Benci Orang Arab Bermakna Benci Rasulullah S.A.W

Ternyatakan bahawa terdapat hadits yang menyentuh perkara dimana Rasulullah s.a.w bersabda mengenai orang yang membenci orang arab secara khusus yang seolah dilihat masyaratkat arab itu terdiri daripada orang yang digambarkan buruk akhlaknya.Namun Rasulullah s.a.w memperjelaskan hal tersebut secara lebih hikmah yang tidak diketahui oleh orang lain.

Rasulullah,s.a.w:

أَحِبُّوا الْعَرَبَ لِثَلاثٍ : لأَنِّي عَرَبِيٌّ ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ

“Cintailah oleh kamu akan Arab kerana tiga hal: kerana aku orang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan pembicaraan ahli syurga dengan bahasa Arab”. (HR. At tabrani, al Hakim, al Baihaqi)

سَلْمَانَ، قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا سَلْمَانُ لَا تَبْغَضْنِي فَتُفَارِقَ دِينَكَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَبْغَضُكَ وَبِكَ هَدَانَا اللَّهُ؟

.قَالَ: تَبْغَضُ العَرَبَ فَتَبْغَضُنِي

Artinya: Dari Salman Radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda,’Wahai Salman, janganlah engkau membenciku, dengan begitu maka engkau akan meninggalkan dien-mu [1]’. Aku berkata,’Wahai Rasulullah, bagaimana aku membenci padamu sedangkan melalui padamu Allah memberi petunjuk kepada kami?’ Rasulullah bersabda,’Engkau membenci Arab, maka engkau membenciku'”. (Riwayat At Tirmidzi, hadits hasan gharib)[2]

Ketika seseorang membenci bangsa Arab secara umum, maka ia telah membenci Rasulullah secara khusus atau ketika ia membenci bangsa Arab, maka hal itu boleh membuatnya membenci Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam. Maka hendaklah kita mewaspadai akan hal ini (Tuhfah Al Ahwadzi, 9/398).

Namun yang demikian tidaklah membawa makna harus menyanjung orang arab,akan tetapi intipatinya adalah larangan membenci sesuatu bangsa atau kaum.Pada masa kini,kebencian terhadap sesuatu bangsa atau kaum sengaja di marakan tanpa memikirkan kesan disebalik hal tersebut misalnya membenci orang arab barangkali boleh menyebabkan turut membenci Rasulullah s.a.w sendiri.Maka haruslah berhati-hati ketika terdapat sekelompok orang-orang yang membawa berita-berita negatif menyentuh sesuatu bangsa atau kaum.

Moga kita dikurniakan sifat berbaik sangka terhadap sesama umat islam kecuali tertentu (misalnya hal urusan peperangan dan sebagainya).

Islam Bukan Arab, Meskipun Dari Arab

Anda yang bukan orang arab, tidak perlu merasa gusar. Tidak perlu membuat pernyataan, “Islam bukan agama arab.” Semua sudah tahu bahawa islam bukan agama untuk arab Membuat status di medsos, “Islam bukan agama arab”, justeru menunjukkan bahawa anda terlalu runsing jiwa.

Tapi anda perlu mengakui bahawa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam orang arab. Al-Quran, Allah turunkan dengan berbahasa arab. Hadits-hadits, disampaikan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan bahasa arab. Para sahabat, hampir semua orang arab. Para ulama, kebanyakan berbahasa arab begitu juga lain-lain misalnya ilmu.Semua orang perlu mengakui itu, kerana itulah hakikatnya.

Allah yang menciptakan, Allah yang memiliki, dan kerananya, Allah yang paling berhak untuk memilih. Dia yang paling berhak menentukan, dimana Allah akan mengutus Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah berfirman,

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

“Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan.” (al-Qashas: 68)

Meskipun, jika Allah berkehendak, Dia mampu untuk mengutus rasul di semua daerah,

وَلَوْ شِئْنَا لَبَعَثْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ نَذِيرًا

“Jika Aku menghendaki, Aku akan mengutus seorang rasul di setiap daerah.” (al-Furqan: 51)

Allahualam

Makna:
[1]Dimaksudkan 'dien-mu' adalah agama.
[2]Hadits dinilai sebagai hasan gharib.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.