Fiqh membawa makna Faham akan sesuatu perkara.Menekankan kefahaman keatas sesuatu perkara.Merangkumi faham tentang ibadah dan hubungan,serta perbagai bidang lain,fiqh adalah faham akan sesuatu bentuk bidang yang terdapat dalam syariat islam.
Dalam keperbagaian ilmu dan luasnya cabang-cabang segmen ilmu syariat islam,Ilmu fiqh ini perlu ada atau kefahaman perlu ada bagi memsejahterakan umat islam dalam mengharungi kehidupan didunia.
Memahami terdapat apa yang kita pegangi,memahami apa yang kita pelajari,dan seumpamanya adalah penting bagi memberikan keberhasilan terhadap apa yang kita pelajari.
Fiqh yang terdapat kini adalah menerangkan kefahaman tentang sesuatu perkara.Apabila kefahaman telah ada,maka aspek amaliyahnya dapat dipraktikan dalam diri dan kehidupan sejagat.
Tanpa kefahaman,maka untuk me'amali'kan dalam kehidupan agak sukar,dan memungkinkan kesilapan atau timbul salah faham terhadap sesuatu perkara.
Jadi fiqh bukanlah sesuatu yang perlu dijauhi,sebaliknya perlu dipelajari kerana ia membantu dalam aspek menambahkan kefahaman secara lebih teliti dan terperinci.
Memetik tulisan dari Khair Al-Husaini yang telah menghuraikan dengan lebih dalam tentang perbahasan mengenai ilmu fiqh,dengan dasar-dasar,pengecualian,kemasyaratan,hubungan dan sebagainya,dan akhirnya membawa makna amali atau mempraktikan dalam diri mahupun masyarakat supaya kesejahteraan terjamin.
Bidang perbahasan ilmu fiqh adalah setiap perbuatan Mukallaf (orang dewasa yang wajib menjalankan hukum agama), yang terhadap perbuatannya itu ditentukan hukum apa yang harus dikenakan. Contohnya, jualbeli, solat, puasa, dan pencurian yang dilakukannya. Jika jual-beli, solat, dan puasa yang dikerjakan memenuhi rukun dan syarat yang ditentukan Islam, maka pekerjaannya tersebut dikatakan sah. Sementara pencurian yang berlawanan dengan kehendak syarak dihukumkan sebagai haram dan wajib dikenakan hukuman pencurian. Dengan mengerjakan solat dan puasa bermaksud ia telah memenuhi kewajipan syarak. Dengan demikian, setiap perbuatan mukallaf yang merupakan objektif fiqh mempunyai nilai hukum.
Nilai dari tindakan hukum seorang mukallaf tersebut boleh bersifat wajib, sunah,mubah, makruh, dan haram, yang semuanya ini dinamakan hukum taklifi (bersifat perintah, anjuran, dan larangan yang wajib bagi setiap mukallaf) dan boleh juga dengan nilai sah, batal, dan fasid (rosak), yang dikenali dengan nama hukum wadh'i (khitab/perkataan Allah SWT yang mengandungi pengertian bahwa terjadinya sesuatu merupakan sebab, syarat atau penghalang bagi adanya sesuatu [hukum]).
Dari definisi juga dapat disimpulkan bahwa objektif perbahasan fiqh tersebut berkait rapat dengan hukum-hukum amaliah, tidak termasuk bidang akidah dengan segala cabang-cabangnya karana hal tersebut termasuk bidang perbahasan ilmu lain. Fiqh yang dimaksudkan agar syarak tersebut dapat diterapkan kepada para mukallaf, baik terhadap perbuatan mahupun terhadap perkataan mereka. Fiqh merupakan rujukan bagi para qadi, mufti (pemberi fatwa), dan para mukallaf untuk mengetahui hukum-hukum syar'i dari perkataan dan perbuatan yang mereka lakukan, sehingga para mukallaf mengetahui apa saja yang wajib baginya dan yang haram dikerjakannya.
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.