Memilih Hotel Di Mekah (Family Room) al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Saturday, January 30, 2016

Memilih Hotel Di Mekah (Family Room)

Lepas survey tiket,seterusnya tempat menginap di mekah.Kalau siapa yang biasa pergi haji atau umrah,butiran tempat tinggal atau perjalanan diperlukan untuk muasasah disana.Muasasah ni macam penjaga kita lah.Jadi sangat diperlukan untuk mereka.

Namun,untuk tips perjalanan umrah atau haji yang baik,tiket atau tempat menginap eloklah dimulakan mencari hanya bila visa dah lulus.Visa sudah lulus barulah kita survey tiket dan tempat menginap disana.Tapi kalau nak cuba-cuba survey awal pun tidak mengapa,kalau ada yang boleh tempah awal pastikan ada free cancelation (pembatalan percuma),nanti risau visa lambat lulus atau tak lulus,dah kena tukar tarikh kena penalti charge pula.

Tempah secara online dan awal dapat mengurangkan risiko kehabisan bilik menginap

Cara yang say gunakan perbagai.Dari rendah ke tinggi,dari tinggi ke rendah.Kita mahu yang macam mana,itu terpulang dan mengikut bajet kita yang ada.

Beberapa kaedah yang digunakan dalam memilih tempat menginap di sekitar mekah.Antaranya yang diambil perhatian adalah jarak hotel dari masjidil haram.Yang dekat dengan masjidil haram selalunya harga memang tinggi.Ini yang paling utama sekali.Sebabnya dekat ehe.

Kalau di menara mekah tu (saya istilahkanya menara mekah kalau nama asalnya Abraj Al-Bait),menara jam diraja boleh juga.Dalam komplek atau sekitarnya ada banyak hotel-hotel.Dibawah jam itu adalah hotel the royal mecca clock (nama penuhnya adalah The Royal Mecca Clock Tower Hotel).Saya suka singkatkan nama kalau dah panjang sangat.Paling mudah RMC tower.Senang kan.

Disekitarnya ada swissotel.Dalam swissotel ada pilihan bilik.Nak yang macam mana.Haram view atau tidak.Kalau kita mahu yang haram view ni,cuma bagitahu sahaja dan kadarnya memang tinggi sikitlah.Apa istimewanya haram view ? haram view adalah yang biliknya menghadap masjidil haram atau kaabah.Bukan sahaja swissotel hotel,di sekitarnya juga ada yang biliknya menghadap masjidil haram.

Tenang saja hati kalau dalam bilik tu kita dapat melihat kaabah waktu malam.Tapi ikut nasib juga,kadang kala memang sold out terutama musim-musim cuti atau musim haji.Memang padat.Jawapnya ? jawapnya terpaksa ambil tempat menginap yang jauh sikit.

Kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Mungkin kita nak yang depan sekali,tapi dapat yang belakang.Jangan cepat mengeluh,sebaliknya masih bertuah kita bila dapat sampai disana.Masih diberikan kesempatan untuk mengunjungi tanah haram dan beribadah.

Atau anda boleh lihat disini cara-cara nak tempah hotel di mekah dan madinah disini klik


No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.