Mengundang Rasulullah s.a.w Ke Dalam Mimpu al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Friday, January 29, 2016

Mengundang Rasulullah s.a.w Ke Dalam Mimpu

Buku mengundang Rasulullah s.a.w ke dalam mimpi.Buku ini ada sahabat saya bertanya bagaimana dan ada dimana untuk dibeli.

Jadi saya pun menulislah sedikit bahawa buku ini saya tidak pernah membaca mahupun membelinya.Tapi saya rasa buku ni mungkin ada lagi stoknya di pasaran.Buku ini belum ada dalam koleksi buku-buku saya.Memang terfikir nak beli memandangkan saya dah lama jugalah tidak membeli buku baru untuk dibaca.

Saya usaha juga cari dimana nak dapat buku tu.Ialah,buku tu pun tajuknya cukup menarik.Mengundang Nabi saw ke dalam mimpi.

Tentulah sahabat saya tu memang nak sangat mengundang Rasulullah s.a.w hingga nak baca buku ni.Mungkin ada tipsnya.Nak minta tips dari saya,awal-awal lagi dah beritahu,saya tak tahu apa-apa tips pun tentang itu.Saya pun seperti dia,nak juga tahu apa petua yang benar-benar kuat untuk mengundang Rasulullah s.a.w kedalam mimpi kita.

Tapi sebagai usaha dan iktiar kita,boleh cuba secara online kalau ada lah sesiapa yang turut nak memiliki buku ni.Buku ni terbit dah lama hampir 4-5 tahun mungkin.Sama ada terdapat lagi dipasaran,wallahualam.

Cuba secara online cari buku ni disini versi indonesia dan sini versi malaysia (Saya tak pasti ada terjemahan bahasa antara kedua buku versi tersebut,atau memang guna bahasa asal penulis.Wallahualam)

Yang penting cuba dapatkan dulu,jikapun tak ada,simpan niat itu,kelak di akhirat dapat jumpa,Inn sya Allah.

Saya tahu dia ni memang teringin benar nak undang Nabi s.a.w kedalam mimpi,hanya melalui mimpilah sahaja peluang yang ada.Secara zahir tampak memang ada,caranya ziarah nabi s.a.w di madinah al munawarrah itu sahaja secara zahir bagi saya.Nak zahir lagi di akhirat inn sya Allah dapat bertemu.Harus rajin mengingati baginda s.a.w dengan dianjurkan berselawat.Jika nak ikut cara ulama-ulama,selalu bertemu dalam mimpi,memang tak terbawa saya,amal mereka mereka (ulama-ulama) dengan saya umpama matahari dan bulan.Bulan dengan bumi pun sudah jelas-jelas cinonet ehe...namun ingin mencuba tidak salah.Harus.Ia adalah normal bagi pencinta Rasul.

Itu sajalah yang dapat saya ulaskan,Tapi kalau ada apa-apa tips kearah itu,sila tidak mengikut kucing (malu-malu),tinggalkan tips yang anda rasa sangat bermanfaat untuk sahabat-sahabat kita diluar sana mencari-cari kaedahnya.

Jazzakallahu khairan.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.