Mimpi Bertemu Nabi Muhammad s.a.w al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Wednesday, January 27, 2016

Mimpi Bertemu Nabi Muhammad s.a.w

Salam Maulidur Rasul
Kita masih lagi dalam bulan kelahiran Rasulullah sa.w Muhammad.
Alhamdulilah,Kita berselawat keatas Nabi kita Muhammad sebagai 
rasa cinta dan kaseh kepada Baginda dan di berkati oleh Allah s.w.t.
kelak kita akan dapat bersama dengan Baginda di akhirat.insyallah.

Perasaan yang berupa cinta & kaseh ini kadang kala hingga terbawa 
ke alammimpi serta menzahirkan orang yang cintai
 (bergantung pada tahap rasa cinta dia pada seseorang).

Seterusnya mengenai bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w,
Di masa zaman Rasulullah s.a.w,andai Sahabat bermimpi bertemu 
Rasulullah s.a.w,mungkin tidak ada masalah untuk mendapatkan 
pengesahan mengenai mimpi tersebut.bagaimanapula dengan 
mimpi selepas zaman Nabi Muhammad?,
jadi memang ada yang bermimpi bersuar muka dengan 
Kekaseh Allah (Rasulullah s.a.w),akan tertapi,sukar untuk mendapat kebenaran di sebalik kisah nyata mengenai 
mimpi yang telah di alami.


Mengikut apa yang terdapat didalam hadist-hadist Rasulullah,kita diberi tahh bahawa iblis di haramkan menyerupai Rasulullah s.a.w baik dalam alam nyata mahpun mimpi oleh Allah s.w.t.Adakah ini termasuk suara,bentuk fizikal,sifat²,atau keseluruhannya?(Apa sahaja mengenai Rasulullah s.a.w,
iblis di haramkan sama sekali menyerupai Baginda oleh Allah s.w.t)
Tentang sabda Nabi saw.: Barang siapa yang pernah melihat aku dalam mimpi,
bererti dia benar- benar telah melihatku • Hadis riwayat Abu Qatadah, ia berkata :
Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda : Mimpi baik ( rukyah) itu datang dari Allah
dan mimpi buruk (hilm ) datang dari setan .

Maka apabila salah seorang di antara kalian
bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya. (Shahih Muslim No.4195)
Dan kita telah mengetahui bahawa mimpi orang mukmin itu 1 bahagian dari bahagian-bahagian juzuk kenabian.ini membawa erti mimpi bukan sekadar mainan tidur,sebaliknya admembawa maksud 
tersiratnya yang tersendiri.

Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata:
Dari Nabi bahwa beliau bersabda : Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya . Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara.

Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian.Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik , yaitu kabar gembira yang datang dari Allah.

Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan . Dan mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri . Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan,maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan salat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain . Beliau berkata:
Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu.Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama . Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin . ( Shahih Muslim No.4200 )(Rujukkan)

Jadi disini sukar untuk kita jelaskan dengan lebih dalam
mengenai status mimpi bertemu Rasulullah s.a.w Muhammad 
kerana kita tidak berada di zaman Baginda.apa yang saya ingin lakukan 
adalah berkongsi cerita anda supaya dapat kita sama² mengetahui 
apa yang anda mimpikan sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w.apa yang 
di sampaikan,apa yang di lakukan,bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w 
di waktu itu,dan sebagainya (jikada).

Kalau ada letak sahaja link anda di ruang komen supaya kami dapat 
membacanya.ini adalah mimpi yang istimewa,saya kalau boleh tak 
mahu terlepas membacanya.

Saya ingin baca pengalaman anda pula.
Jazzakallah.

Ini pengalaman saya bermimpi Rasulullah Salallah Alahi Wasallam 
Muhammad.Mimpi ni sekejap sahaja,dan ianya hanya sekali,
saya tak pernah cerita hal ni kepada sesiapa melainkan menulis di blog dan fb.pelik kan
 (Ada sebabnya kenapa saya tak cerita pada sahabat saya heee.
belum masanya laa).Baiklah,mari terus imbas mimpi di waktu.
Bismillah..

Di waktu saya sedang bermimpi tu,Hari adalah malam.
tapi saya masih 
boleh la berjalan dan tidaklah terlalu gelap keadaannya.(nak kemana pun tak pasti la saya).

Sedang kusyuk berjalan dari arah kiri ke kanan,
melepasi satu pohon yang tebal dan besar,ada satu cahaya lurus di 
tengah² laluan.tapi saya tak pergi kearah cahaya tu.
cahaya tu terang dan memudahkan saya untuk bergerak.

Dalam ingin melangkah kaki,Secara tertiba ada satu 
suara yang kedengaran.
suara itu seperti ini:

"Wahai umatku,berselawatlah keatasku"
Maka apabila mendengar suara itu,
saya mencari dimana datangnya.
seterusnya saya sambil² mencari,saya melangkah sedikit².(Rasa macam tempat tu berbukit atau tanah yang dipenuhi akar tebal)
Suara itu kedengaran lagi.

"Wahai umatku,berselawatlah keatasku"
Ayat tadi di ulang semula oleh lelaki berpakaian putih itu.
Dari arah situ juga terdapat cahaya terang.

Lantas saya berfikir.saya amati makna ayat itu.dalam beberapa saat.
saya tidak dapat melihat wajah nya dengan jelas kerana jarak saya dengan lelaki itu lebih kurang 12kaki.
Yang pasti keadaannya putih dan bercahaya.
Kemudian terdetik,Rasulullah?(berbisik pada diri sendiri)

"Wahai umatku,berselawatlah keatasku"-ucap lelaki itu dengan lembut dan masih berdirindisitu dengan
 sabar menanti jawapan saya buat kali ketiga.
Lantas itu saya membalas ucapannya dengan penuh perhormatan 
kepadanya:
"Yaa Rasulullah,Selawat dan salam keatas mu"-saya berselawat kepadanya seperrti apa yang dimintanya.
Kemudian saya pergi.dan lelaki itu masih tetap disitu.saya tak tahu siapa lagi dia tunggu.
saya harus teruskan menghala ke kanan.akhirnya tersedar dan terjaga.Saya berbisik..mimpi yang indah..
Itu la pengalaman saya,mengenai kebenaran nyata mimpi Rasulullah sa.w tidak la dapat saya buktikan.kerana saya pun tidak bercerita kepada sesiapa selain dalam blog dan fb.
Saya cuma mengharapkan jika ianya benar,
Alhamdulilah syukur.dan jika tidak saya akan anggap ianya 
satu mimpi indah.dan anda jika ada pengalaman,kongsi juga yaa..
Jumpa lagi : )

baca komen dan pengalaman lain disini tekan klik

6 comments:

  1. Yg adik mimpoi tu bukan rasulullah, tapi syaitan.

    Syaitan yg suruh umat baca/ungkap2/lafaz mantra selawat yg buatkan umat ingat & sebut nama nabi byk2 pagi petang siang mlm.

    Pdhal yg perlu kita ingat & sebut selalu siang mlm adalah Allah SWT.

    igstifar byk2 dik.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya perintah berselawat dan perhormatan itu adalah daripada Allah s.w.t:

    Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
    (Al-Ahzaab 33:56)

    dan Rasulullah s.a.w bersabda bahawa:
    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]

    Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]

    Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
    [Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]

    Dianjurkan untuk mematuhi ayat Quran dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w kerana ianya perintah Allah s.w.t yang sebahagian dari ayat-ayat Quran yang semestinya wajib dipatuhi.

    Tentang mimpi itu,saya tidak apa-apa tentangnya jika ianya bukan Rasulullah s.a.w,akan tetapi mengatakan dan berpendapat tentang selawat kepada Rasulullah s.a.w itu adalah hasutan syaitan sesuatu yang agak aneh,ganjil,tidak ditemukan hadits-hadits mengenainya bahkan meninggalkan perintah Allah itu dilarang sama sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai saudari, Assalamualaikum. Berjalanlah lagi ke arah cahaya itu. Berselawatlah keatas Rasulullah (saw) sebanyak yang mungkin agar cepat sampai kepada pintu bercahaya tersebut. Tidak ada salahnya mimpi kamu itu. Saya juga mendapat view pintu bercahaya itu terbuka tetapi jalan cerita berjumpa Rasulullah (saw) adalah berbeza. Terdetik di hati bahawa baginda Rasulullah adalah sama. Cumanya pada kali kedua Rasulullah (saw) mula memperkenal diri sebagai Baginda. Keep doing whatever that youre doing rn & dont forget to give salawat to him (saw). Berserahlah & pengharapan bulat bulat pada Allah semoga Allah menerima kita ameen.

      Delete
    2. Sahabat2 rasulullah TAHU benar ayat 33:56 yg diturunkan Allah adalah satu perintah utk mrk bantu/support/mendukung usaha2 nabi, BUKAN duduk santai di rumah ungkap mantera selawat sebyk mungkin, siang & malam.


      Beri SOKONGAN/BANTU dlm Perjuangan
      Ayat2 Quran spt ayat At Taubah spt 9:13, 9:19, 9.20, 9:24, 9:38 dll byk menceritakan berkenaan perjuangan, peperangan. Ayat2 tersebut itu mengajak pengikut2 rasulullah utk turut sama berjuang bersama2 rasulullah memerangi musuh2. Mencintai rasulullah lebih dari hartabenda, keluarga, ibubapa dll, dgn sanggup berkorban harta benda, berkorban masa utk keluarga dan berkorban nyawa berjuang menyebarkan agama Allah bersama2 rasulullah.

      Ayat 33:56 takda kena mengena dgn keperluan utk tutur, lafaz2, ungkap2 spt amalan membaca mantera memuji2 Sidharta Gautama Buddha dll entiti yg dilakukan penganut2 Hindu & sami Tokcha.

      Delete
  3. Salam.Hai kalian,tidakkah kalian berasa malu mengadakan soalan demikian kepada seorang wanita yang hanya memiliki anak kecil?Tujukanlah kepada ulil amri kalian.Bukankah keputusan hasil musyawarah itu lebih baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan saya Pn Nursharifah Syed Putera dan anak puan dan kwn2 puan. Saya akui saya agak keterlaluan dlm berikan komentar dan pandangan dan mengguris hati puan. Saya silap dan saya minta maaf.

      Anggaplah pandangan saya itu dari pandangan segelintir minoriti yg berpegang pd AlQuran yg tidak melihat mana2 ayat bhw rasulullah itu sbg "Syafie" (Pemberi Syafaat) di akhirat, dan anggaplah komentar saya hanya utk menyedarkan saya sendiri.

      Saya percaya puan seorg yg jujur, baik hati, beriman dan taat pada Allah. Sya doakan puan dan anak puan sentiasa dilindungi Allah, disayangi Allah ,diberi rezeki, kesihatan dan kebahagian dunia & akhirat & ahli2 syurga Allah.

      Sekali lagi saya mohon maaf.

      Ikhlas, wassallam.

      Delete

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.