Antara Tanda Kiamat:Sungai Furat al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Monday, February 1, 2016

Antara Tanda Kiamat:Sungai Furat

Setiap tanda kiamat berlaku adalah membawa makna kiamat akan berlaku.Tidak akan berlaku kiamat hingga cukup tanda-tandanya.Kini ada beberapa lagi tanda yang akan berlaku.


Tanda lain yang telah berlaku seperti terbelahnya bulan dizaman Rasulullah s.a.w,dan contoh lain yang akan berlaku adalah surutnya air sungai furat hingga menyingkap gunung emas.,Sungai furat atau juga euphrat adalah 2 sungai yang di alirkan menerusi mata air syurga.Didalam hadist Rasulullah s.a.w,dari riwayat Muslim,





Dari Abu Hurairah ia berkata,Rasulullah s.a.w bersabda,"Sungai saihan,jihan,euphrat,dan nil adalah sungai yang mengalir dari (mata air di) syurga."Bab ma fid dunya min anharil jannahno.5073,ahmad no.7347.

Sungai ini mengandungi banyak emas seperti mana Rasulullah s.a.w telah berpesan sebelum ini.Rasulullah s.a.w bersabda demikian
antara tanda kiamat
"Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai euphrat surut mendedahkan gunung emas,di atasnya orang-orang berperang,sehingga setiap seratus orang yang terbunuh sembilan puluh sembilan.Setiap orang dari mereka berkata:"Mudah-mudahan,akulah orang yang selamat itu."(Hr.Ahmad)

Sungai furat mengalir dari beberapa buah negara di timur tengah.Sungai ini merentas sempadan dalam negara seperti  turki,syria dan irag.Furat adalah sepanjang kira-kira 2,375 kilometer dan terdapat beberapa anak sungai.Namun dua anak sungainya iaitu al-balikh dan al-khabur telah kering.Sungai furat tahun saban tahun mengalami kemorosotan isi kandungannya,dimana isi padunya semakin kurang.

                                                               

                                   Gunung Emas


Misteri sungai furat hingga Rasulullah s.a.w ada berpesan agar tidak mengambil sedikit pun harta yang muncul di situ di dalam hadist baginda sepeti berikut:

"Hampir tiba masanya,sungat euphrat surut mendedahkan pembendaharaan emas.Siapa yang menghadirinya,janganlah mengambilnya sedikit pun"(Hr.Bukhari dan Muslim)
antara tanda kiamat


Mungkin akan ada diantara orang-orang hadir kesana untuk melihat bahawa timbulnya gunung emas setelah surutnya sungai furat.Namun Rasulullah s.a.w melarang kita agar tidak mengambil sedikit pun darinya.Anggaplah bahawa tersingkapnya gunung emas itu sebagai ujian kepada kita.Surutnya sungai furat serta munculnya gunung emas di situ adalah sebahagian dari tanda kiamat yang belum tiba.

Memandangkan ia akan berlaku maka pastilah ramai orang ingin kesana untuk meraih sedikit darinya kerana ia banyak.

Dari Ubay bin Ka'ab:"Hampir tiba masanya,sungai euphrat surut mendedahkan gunung emas.Jika orang-orang mendengar hal itu,mereka berjalan ke sana.Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan,"Jika kita membiarkan orang-orang mengambilnya,mereka pasti akan mengambil seluruhnya,"Beliau bersabda,"Maka,mereka bertemput di atasnya,sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan."(Hr.Muslim)

Apabila pertempuran berlaku kerana ingin merebutkan emas tersebut,setiap 99 dari 100 darinya akan terbunuh.Dan setiap dari mereka berkata pastilah mereka (orang) yang terselamat itu.

Kerana ingin merebutkan harta tersebut,orang-orang sangup untuk berbunuhan sedangkan ia adalah sebagai ujian agar tidak mengambilnya.Terdapat banyak tanda kiamat yang mana ada di antaranya sebagai ujian juga ada datang sebagai bencana.Yang datang berupa ujian berupa harta adalah seperti keringnya sungai furat,yang akan menyingkap gunugn emas,juga keluarnya dajjal yang akan memberi segala kemewahan selain disisinya terdapat syurga dan neraka.Mereka yang teguh dengan iman pasti mengangap bahawa ini tidak lain adalah sebagai cubaan iman mereka agar terus kekal dalam islam dan bertahan serta bertawakal kepada Allah swt selain meminta pelindungan-Nya agar di hindari dari fitnah-fitnah yang mengoncang iman mereka.Wallahulam.

2 comments:

  1. Bagus entri wannursyarifah...tq selalu bgi comment kat blog saya..keep up ur blog about religion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arigator gonzaimasu.Hihi terima kasih sudi komen kat blog nim. .

      Delete

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.