Semenanjung Arab akan dipenuhi dengan kebun dan sungai.
Tanah Arab di kawasan semenanjung akan menjadi subur dengan banyak kebun dan sungai didalamnya.Ini disampaikan menerusi hadist dari riwayat Ahmad.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan terjadi kiamat sehingga harta semakin banyak dan melimpah ruah,sehinggakan orang yang mengeluarkan zakat harta tidak menemui seorangpun yang mahu menerimanya.Kemudian,semenanjung Arab akan penuh dengan kebun-kebun dan sungai-sungai."
<-------Peta A
Perkara ini tampak seakan mustahil berlaku.Dengan melihat keadaan yang gurun dan pasir,bagaimanakah ianya boleh menjadikan tanah di semenanjung arab atau jazirah arab subuh dengan penuh kebun-kebun tanaman disamping sungai-sungai yang mengalir.
Ini ditambah pula wilayah yang kaya hasil minyak,akan menjadikan harta semakin banyak dan limpah ruah.Dan sekarang pun,dengan hasil minyak,kekayaan telah melimpah ruah,bayangkan akan masa depan,dimana tanah mula menjadi subuh ? maka,banyaklah hasil-hasil yang menjana pendapatan dan melimpahnya kekayaah harta-harta.
<------ Peta B
Bagaimana ia terjadi tidak dapatlah penulis disini ceritakan dengan terperingci,namun perubahan iklim ataupun pembukaan kebun-kebun dan pembuatan sungai-sungai seperti pengaliran air untuk kebun-kebun tersebut dilakukan,boleh jadi juga.
Yang pastinya,didalam hadist tersebut,bila tanda-tanda itu berlaku,iaitu,suburnya jazirah arab,maka kiamat semakin hampir.
Saya berikan dua peta A dan juga B diatas.Mungkin ada sedikit perbezaanya.Bezanya cuma luas dan kecilnya wilayah jazirah arab tersebut,dengan kedudukan pusatnya masih lagi dikawasan mekah dan madinah.
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.