Luka bin Luka al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Monday, February 8, 2016

Luka bin Luka

Luka bin Luka
Tentang Luka bin Luka ini sudah sering kali di kisahkan dalam beberapa sesi tazkirah,kuliah dan pencerahan-pencerahan tanda-tanda kiamat kelak.Beliau ini adalah manusia yang satu-satunya akan bahagia.

Sebab mengapa Luka bin Luka ini bahagia ? sebenarya,nama tersebut adalah satu kiasan sahaja.Ia membawa makna seorang lelaki yang buruk keturunanya,kedudukanya,akhlaknya mahupun dari segi agamanya serba serbi buruk.Maka itu dinamakan dengan 'Luka bin Luka'.

"Kiamat tifak terjadi hingga Luka bin Luka menjadi manusia paling bahagia di dunia"
(Hr Tirmizi)

Pada waktu merebaknya fitnah yang berleluasa,orang-orang akan menjadi bimbang,bingung dan bersedih kerana takut perkara-perkara buruk menimpa agamanya.Bimbang jika perkara itu merosakan agamanya.

Sedangkan pada waktu yang sama,muncul pula orang yang buruk,tidak mengerti apa-apa,bodoh malah tidak diketahui siapa orang dan dari mana ia datang.Dia menjadi bahagia dan tidak pedulia keadaan sekeliling yang terjadi.Keadaan yang fitnah kuat diwaktu itu,sedikitpun tidak memberikan kesan pada dirinya,maka itu ia disebut dengan kiasan sebagai Luka bin Luka.

Apa yang terluka pun tak pastilah penulis,namun penulis membawakan lagi sedikit kisah ringkas si luka ni.kita lanjutkan lagi kisah si luka ini dibawah pula.

Kita membuka sekali lagi hadist sahih ini sebagai pembuka kata seterusnya,

Ù„َا تَÙ‚ُومُ السَّاعَØ©ُ Ø­َتَّÙ‰ ÙŠَÙƒُونَ Ø£َسْعَدَ النَّاسِ بِالدُّÙ†ْÙŠَا Ù„ُÙƒَعُ بْÙ†ُ Ù„ُÙƒَعٍ 
Hari kiamat tidak terjadi hingga manusia yang paling bahagia dia dunia ialah Luka’ bin Luka’.” (al-Tirmidzi dan Ahmad. Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Misykah, no. 2365 dan Sahih al-Jami’, no. 7431) 

dan satu lagi hadist didalam Sahih Ibnu Hibban, dari Anas bin Malik, “Dunia tidak akan habis hingga ada pada Luka’ bin Luka’.”

dan juga satu lagi hadist seperti berikut: Ù„َا تَÙ‚ُومُ السَّاعَØ©ُ Ø­َتَّÙ‰ ÙŠَغْÙ„ِبَ عَÙ„َÙ‰ الدُّنيا Ù„ُÙƒَعُ بْÙ†ُ Ù„ُÙƒَعٍ

“Hari kiamat tidak akan terjadi hingga yang berkuasa di dunia ialah Luka’ bin Luka’.”

Ini bermakna Luka bin Luka ini akan menjadi berkuasa didunia.Jadi erti perkataan Luka didalam bahasa arab itu membawa makna apa sebenarnya ? jika ia membawa makna budak,maka kata sinonimnya adalah budak=kecil.

Kecil itu budak,Luka=budak mahupun luka=kecil.Jika diangkat menjadi pemimpin,ia membawa makna kecil dari segi apa ? akalnya atau pengetahuanya kecil.Jadi sinonimnya pemimpin yang tidak ada akal fikiran atau jahil dalam ilmu.Didalam bahasa arab,ada istilah-istilah yang menggunakan kiasan.Jadi harus mengetahui makna kiasan ini agar kita tidak pula mengangkat budak kecil sebagai pemimpin pula.Makna yang saya boleh jelaskan disini adalah Luka bin Luka itu adalah lelaki dewasa,seorang pemimpin yang kecil akal atau jahil tentang ilmu pengetahuan.Wallahualam

Nota:Jika Ibnu Katsir ada lagi,boleh saya belajar ilmu tafsir dengan beliau.Tentang erti kata Luka seorang budak kecil atau kecil itu,bolehlah dilihat pada Nihayah fi Gharib al-Hadits, Ibnu Atsir: 4/268).

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.