Mengenali Malaikat Jibril a.s al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Tuesday, February 23, 2016

Mengenali Malaikat Jibril a.s

Untuk mengenali Jibril a.s haruslah kita kembali melihat dan memahami akan sejarah sejarah yang melibatkan peristiwa besar dalam sejarah islam.Antaranya seperti turunnya ayat suci Al-quran,penyampaian wahyu dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w,serta juga peristiwa israj & mikraj

Senarai Nama-Nama Malaikat Yang Wajib diketahui


1. Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu Allah kepada nabi dan rasul.

2. Malaikat Mikail yang bertugas memberi rizki / rejeki pada manusia.

3. Malaikat Israfil yang memiliki tanggung jawab meniup terompet sangkakala di waktu hari kiamat.

4. Malaikat Maut yang bertanggungjawab mencabut nyawa.*

5. Malaikat Munkar yang bertugas menanyakan dan melakukan pemeriksaan pada amal perbuatan manusia di alam kubur.

6. Malaikat Nakir yang bertugas menanyakan dan melakukan pemeriksaan pada amal perbuatan manusia di alam kubur bersama Malaikat Munkar.

7. Malaikat Raqib / Rokib yang memiliki tanggung jawab untuk mencatat segala amal baik manusia ketika hidup.

8. Malaikat Atid / Atit yang memiliki tanggungjawab untuk mencatat segala perbuatan buruk / jahat manusia ketika hidup.

9. Malaikat Malik yang memiliki tugas untuk menjaga pintu neraka.

10. Malaikat Ridwan yang untuk menjaga pintu syurga

Mengenali Malaikat Jibril a.s


Jadi kita mengenali serba sedikit malaikat Jibril a.s.Namun mungkin ada yang tertanya,mengapa saya tidak meletak nama izrail sebagai malaikat maut,jujurnya,saya tidak ada pengetahuan tentang nama sebenar malaikat maut.Sumber yang ada kebanyakkan adalah dari kisah israeliyat.

Permandangan kaabah yang indah.Lebih suka permandangan kaabah yang dulu kerana ada si<---- (Foto Jibril a.s tidak ada,lihat sahaja foto kaabah ini,kerana Jibril a.s ada membawa sebuah batu yang sangat cantik iaitu terdapat sebuah batu dari syurga,asalnya dahulu putih cantik,kini sudah gelap warnanya)

Jadi disitu saya ambil pendirian berkecuali dengan mengekalkan malaikat maut sebagai nama khusus untuknya (lazimnya).Puas sudah saya mencari nama sahihnya,tidak juga menjumpai,namun,jika anda ada,boleh kongsikan disini agar dapat dimanfaatkan dengan yang lain.Saya sukar untuk membahaskan perkara yang sumbernya lemah,atau samar-samar,kerana jika saya tidak faham,bagaimana saya mahu jelaskan kepada yang lain ?.Jadi sukar untuk saya berbuat begitu.

Malaikat Jibril adalah malaikat yang dipercayai oleh orang-orang Islam dan agama samawi lain yang bertugas bagi menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul.Berdasarkan kepada Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para
Malaikat. Di dalam kitab Tanakh, Taurat dan Injil, ada juga yang menerangkan bahawa Malaikat Jibril merupakan ketua kepada kesekalian para Malaikat.

AL-QURAN ADALAH SALAH SATU MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W YANG DITURUNKAN OLEH JIBRIL A.S


Malaikat Jibril yang rapat dengan Rasulullah s.a.w Muhammad.
Malaikat Jibril juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi memandangkan Jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang Iman,Islam dan ihsan serta tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Isra' dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu naik ke langit sebelum Rasulullah s.a.w sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.Nama Jibril dalam surah Al-Quran Menurut firman Allah s.w.t


Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesiapa memusuhi Jibril maka
sebabnya ialah kerana Jibril itu
menurunkan Al-Quran ke dalam
hatimu dengan izin Allah, yang
mengesahkan kebenaran Kitab-kitab
yang ada dihadapannya (yang
diturunkan sebelumnya), serta
menjadi pertunjuk dan memberi
khabar gembira kepada orang-orang
yang beriman".(Surah Al-Baqarah:97)

Sesiapa memusuhi Allah (dengan
mengingkari segala pertunjuk dan
perintahNya) dan memusuhi Malaikat-
malaikatNya dan Rasul-rasulNya,
khasnya malaikat Jibril dan Mika`il,
(maka ia akan diseksa oleh Allah)
kerana sesungguhnya Allah adalah
musuh bagi orang-orang kafir.(Surah Al-Baqarah:98)

Jika kamu berdua bertaubat kepada
Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka
itulah yang sewajibnya), kerana
sesungguhnya hati kamu berdua telah
cenderong (kepada perkara yang
menyusahkan Nabi) dan jika kamu
berdua bertolong bantu untuk
(melakukan sesuatu yang)
menyusahkannya, (maka yang
demikian itu tidak akan berjaya)
kerana sesungguhnya Allah adalah
Pembelanya dan selain dari itu Jibril
serta orang-orang yang beriman dan
malaikat-malaikat - juga menjadi
penolongnya.

Jelas sekali Jibril amatlah rapat dengan Rasulullah s.a.w di saat Baginda senang mahupun dalam peperangan.Pernah juga Rasulullah s.a.w berberapakali pengsan melihat sahabat-sahabatnya dan tentera islam dalam kesukaran di medan perang,lalu muncullah Jibril a.s. berserta buruj iaitu sebuah kenderaan yang di naiki Jibril untuk membantu tentera islam mencapai kemenangan.Seingat saya,apabila iblis melihat Jibril datang dan membantu tentera islam,maka iblis ketakutan lalu melarikkan diri dari membantu tentera kafir.lalu tentera islam memperolehi kemenangan tersebut.kalau tidak silap saya itulah perang badar.

PENCIPTAAN YANG INDAH


Allah SWT selesai menciptakan Jibril dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu jaraknya menutupi ufuk antara timur dan barat.Dari setiap sayapnya, berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Dikatakan juga jika seluruh air sungai dan lautan di bumi dicurahkan ke Jibril, maka tidak akan jatuh walau setitis pun. Dikatakan Jibril menampakkan bentuk aslinya kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak
2 kali :


1. ketika turunnya wahyu pertama di gua Hira'
2. ketika Isra' dan Mikraj


No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.