Sifat Fizikal Dajjal al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Friday, February 12, 2016

Sifat Fizikal Dajjal

Bagi mengenali bentuk badan fizikal dajjal atau ciri fizikal al-Masih ad-Dajjal ini adapun dapat dikenali menerusi beberapa tanda yang ada padanya.

Pertama sekali yang perlu kita lakukan adalah tahu dajjal ini makhluknya apa.Jenis apa makhluknya.Ini kerana,saya pernah membaca beberapa pendapat dari yang lain mengatakan dajjal itu adalah sejenis bangsa.Adapun pendapat lain mengatakan ianya sejenis simbol-simbol.Wallahualam.

Pada kali ini,adalah untuk membahaskan tentang sifat-sifat dajjal dan apa yang ada padanya.Maka itu,bolehlah kita dapat kenal apa yang benar mengenai dajjal.

Sifat fizikal dajjal dapatlah kita kenali menerusi tanda-tanda fizik yang ada padanya.Berdasarkan dalam sebuah hadist yang di riwayatkan oleh Burkhari,

"Abdullah bin Umar menyatakan,Rasulullah s.a.w menceritakan mengenai mimpinya.Baginda bermimpi mengelilingi Kaabah lalu melihat Isa bin Mariam,Kemudian,beliau nampak Dajjal.Beliau pun memberitahu ciri-ciri Dajjal,Katanya,"Dia seorang lelaki berbadan besar dan berkulit agak kemerah-merahan,rambutnya keriting,matanya buta sebelah,mata yang satu lagi seperti buah anggur yang menonjol.Orang paling mirib denganya adalah Ibnu Qhatan,lelaki dari Bani Khuzaah."

Rasulullah s.a.w telah melihat dajjal didalam mimpi baginda s.a.w ketika baginda s.a.w mengelilingi kaabah.Baginda s.a.w juga ada melihat ciri-ciri bentuk fizikal yang dimiliki oleh dajjal.

Dajjal adalah seorang lelaki berbadan besar.Disini telah pasti bahawa dajjal itu adalah manusia.Mempunyai kulit yang kemerah-merahan,rambutnya keriting.Selain itu sebelah matanya adalah cacat dan sebelah lagi pula menonjol.Adapun bilanganya cuma seorang sahaja.

Dan terdapat lagi hadist dan juga tafsir dari kitab-kitab karangan ulama yang menerangkan tentang sifat fizik dajjal.

Apabila dajal dilihat dari jauh maka ia terlihat seperti lelaki pendek berbadan sangat gemuk, berkulit coklat merah yang murni, pipinya merah, kepalanya besar seakan-akan kepalanya adalah seperti kepala ular,berambut sangat keriting yang berbintik-bintik seakan-akan rambutnya terbuat dari air dan kerikil, tebal berkelok-kelok seakan-akan rambutnya itu adalah dahan-dahan pohon dan ujung kedua tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dan diriwayatkan juga oleh Abu Ya’la dari Ibn ‘Abbas)

Apabila dajjal dilihat dari dekat maka ia terlihat seperti setan. Bagian kanan wajahnya terhapus, tidak bermata dan tidak beralis, mata kirinya menyala berwarna hijau seakan-akan ia adalah bintang yang berkilau (bermata satu) dan mejulur keluar, membelalak dan mengembung atau menjulai di atas pipinya.
(lihat kitab Fathul Baari, kitab Al Fitan, bab Dzikruddajjal, halaman 97)



Apabila dajjal dilihat dari dekat maka ia terlihat seperti setan. Bagian kanan wajahnya terhapus, tidak bermata dan tidak beralis, mata kirinya menyala berwarna hijau seakan-akan ia adalah bintang yang berkilau (bermata satu) dan mejulur keluar, membelalak dan mengembung atau menjulai di atas pipinya.


(lihat kitab Fathul Baari, kitab Al Fitan, bab Dzikruddajjal, halaman 97)



“Pada matanya yang sebelah kanan seakan-akan ia adalah satu biji anggur yang terapung” (Riwayat Bhukari dalam kitab Shahihnya dari Ibn ‘Umar, kitab Al Fitan, bab Dzikruddajjal)



Tertulis diantara dua matanya kata ‘kafir’ yang dieja oleh Rasulullah:kaf, fa’, ra’ yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin yang pandai membaca mahupun yang buta huruf. 



 “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’ dan ra’ ”.(Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari Anas dan dalam Ash Shahihah, karya Al Albaani, nombor 2457”

Disini,setiap orang mukmin sama ada pandai atau tidak membaca,akan dapat mengenal tanda yang paling ketara ada pada dajjal iaitu perkataan kafir.Haruslah diingat,bahawa,kelebihan yang seumpama itu hanya boleh dimiliki khas kepada orang mukmin.Adapun jika bukan orang mukmin,maka mereka tidak dapat mengenal atau membaca perkataan kafir di antara kedua matanya itu.Itu adalah jaminan-jaminan khas untuk menghindari dajjal.Permata mengenal sifat fiziknya,keduanya adalah menjadi orang mukmin.Ini kerana,hanya orang mukmin sahajalah yang dapat mengenal perkataan kafir di antara dua mata dajjal.Secara jelasnya,hanya orang mukmin sahaja mengetahui erti kata kafir.

Antara manusia yang mengakui dirinya adalah tuhan,adalah firaun.Lihat,apa kesudahan yang berlaku kepadanya.Dirinya mengakui bahawa dialah tuhan,lalu dia dibinasakan dengan sangat dasyat sekali.Jasadnya di selamatkan untuk pelajaran umat-umat sesudahnya.Sesungguhnya,amat buruk kesan yang menimpa mereka yang cuba berperang dengan nabi-nabi-Nya,rasul-rasul-Nya.Sekarang ini dajjal pula akan cuba-cuba untuk mengulang-ngulang perbuatan firaun.

Dia (dajjal) pergi ke kampung-kampung,berkempen dan melobi dirinya itu.Dia pada awalnya melobi dirinya adalah utusan Allah iaitu sebagai nabi.Namun sesudah itu,dia menaik taraf pula kepada mengaku dirinya tuhan.Ada sesetengah riwayat mengatakan bahawa,sebaik dajjal mengatakan atau mengistiharkan bahawa dirinya itu adalah tuhan,maka,kata kafir mulai zahir diantara kedua matanya.Makna dari mula zahir itu,hanya selepas dajjal mengakui dirinya adalah tuhan.Sebelum itu belum zahir lagi.Wallahualam.Namun yang pasti,cepat atau lambat,perkataan kafir tetap akan muncul pada diantara dua matanya.Dengan itu,semua orang mukmin dapat membacanya,boleh membaca atau tidak,tetap akan diizinkan oleh Allah agar orang mukmin dapat membacanya.Ia adalah satu bentuk kurniaan dari Allah kepada orang-orang mukmin supaya dengan cara itu,hamba-hamba-Nya tidak tersesat.Allah yang melindungi hamba-hamba-Nya,dan tidak ada sesiapa pun dapat menganggu hamba-hamba-Nya yang terpelihara dalam naungan-Nya.

Iblis atau syaitan pernah berbalas pertanyaan kepada Allah,bahawa dia akan menyesatkan anak adam.Allah menafikan kata-kata iblis seperti yang tercatit didalam al-Quran surah al-Hijr ayat 40-42















Tentang dajjal ini,adalah fitnah yang terbesar sekali bagi umat manusia.Ia akan mempunyai bala tentera yang ramai dan mempunyai sekutu-sekutunya iaitu iblis dan syaitan.Kelebihan yang dimiliki cukup membuatkan pengikutnya dibuat dengan syurga kenikmatan.Dengan menghindari dirinya,dapat menyelamatkan diri kita dari menjadi pengikutnya.


No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.