Ngaji Quran | Surah Al-Waqiah Ayat 20 سورة الواقعة
وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Wafaakihatin mimmaa yatakhoyyaruun
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,(Al-Waaqi'ah 56:20)
Ayat ini menerangkan makanan-makanan yang akan didapati oleh penghuni syurga seperti buah-buahan.Mereka dapat memperolehnya dengan keadaannya yang sempurna.Buah-buahan adalah makanan yang pertama di sebut di dalam surah al-waqiah.
Jadi boleh disimpulkan adalah,cara-cara makan yang baik adalah memulakan memakan buah-buahan sebelum memakan makan yang berat.Biasanya,buah ini dimakan di akhir sekali,cara yang baik adalah buah ini diambil sebagai yang mula-mula sekali masuk didalam perut.
Juga terdapat di dalam hadist (Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.
Jika pun tidak ada buah-buahan,maka air bolehlah di dahulukan kerana sifatnya yang suci.
Kebetulan kan dah ada disini,saya mahu tunjuk video pemuda China membaca Surah al-Waqiah dari ayat 1 hingga ayat 40.MasyaAllah sungguh membuat saya merasa sesuatu...
Kebetulan kan dah ada disini,saya mahu tunjuk video pemuda China membaca Surah al-Waqiah dari ayat 1 hingga ayat 40.MasyaAllah sungguh membuat saya merasa sesuatu...
Rujukan:http://permaisurycintahaty.blogspot.my/2014/10/cara-makan-yang-betul.html
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.