Lailatul Qadar
Lailatul Qadar,malam penuh berkat,malam yang diturunkan Al-Quran yang mukjizat.
Malam berkat itu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Apakah maksud bagi lebih baik dari seribu bulan itu ?
pada malam itu di dalam surah Al-Qard Allah berfirman yang bermaksud:
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)(Al-Qadr 97:4)
Membawa perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut.
Ia membawa erti bahawa akan di takdirkan membawa perkara yang telah di tetapkan pada tahun berikutnya pada malam itu oleh malaikat-malaikat yang di perintahkan oleh Allah swt.Ia adalah sesuatu urusan yang besar dan ketetapan (takdir) dari Allah di malam itu.
Sudah tentulah kita mahukan perkara yang baik-baik di tetapkan untuk kita di hari-hari berikutnya.Jadi malam itu sering di cari yang boleh di perolehi melalui bulan ramadhan pada malam-malam terakhirnya,yakni 10 malam terakhir.Sebenarnya itu adalah termasuk dalam rahsia Illahi.Selalunya pada malam-malam ganjil seperti 21,23,25,27,juga 29 ramadhan.
Lailatul Qadar Kenapa Ia Di Cari ?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Allah berfirman seperti ayat di atas di dalam surah Al-Qadr,malam lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan.Ia lebih baik dari malam-malam yang lain.Malam yang pernuh berkat hingga terbit fajar.Ada juga pendapat mengatakan malam itu yang bersamaan dengan seribu bulan beribadat.Malam itu dikurniakan kepada umat Rasulullah nabi Muhammad saw kerana rata-rata umur umat baginda sendiri tidaklah panjang seperti umur umat-umat terdahulu yang mencapai ratusan tahun.
Dari itu,Allah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengurniakan malam itu sebagai satu cara bagi mengantikan umur yang panjang kepada usia yang tidak panjang tetapi berkat walau satu malam.
Istimewa lailatul qadar
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)(Al-Qadr 97:4)
Istimewanya malam lailatul qadar adalah turunnya malaikat dan juga Jibril a.s dengan izin Allah swt ke bumi.Seterusnya malam itu menjadi malam gilang gemilang seperti perayaan yang besar lagi di rahmati hingga terbit fajar.Cahaya mahatari keesokan harinya tidak terasa terlalu terik walau kelihatan terang memacar namun di rasakan nyaman juga tidak panas di sebabkan keberkatan malam lailatul qadar.
Terdapat banyak ganjaran yang didapati di dalamnya,kerana berkatnya malam lailatu qadar ini,Allah swt menguniarkan banyak ganjaran kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Juga Rasulullah saw sendiri memperbanyakan amalam di 10 malam terakhir ramadhan untuk tidak terlepas peluang memperolehi ganjaran dan berkatnya malam seribu bulan itu.
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Didalam hadis tersebut jelas Rasulullah saw turut tidak ketinggalan memperbanyakan amalan dengan beriktikaf dan berusaha mendapatkan malam seribu bulan itu.
Amalan-amalan yang baik di 10 malam terakhir
Disini amalan yang baik boleh di amalkan adalah seperti membaca Al-Quran,Solat sunat,bersedekah,juga amalan-amalan yang lain.Selain itu berdoa agar di ampunkan dosa-dosa kita amatlah di galakkan kerana kita tidak tahu apakah kita melakukan dosa secara tidak sengaja kerana kita tidak sedar kita ada melakukanya tanpa kerelaan diri sendiri.
Pada malam itu,Allah mengabulkan semua jenis doa dan permintaan yang baik-baik dari hamba-Nya,maka wajarlah kita banyakan berdoa kepada-Nya dan meminta agar di ampunkan dosa-dosa yang lalu.
Kepentingan doa ini adalah sangat utama,dimana pada malam lailatul qadar itu sangat mutajab doa di makbulkan,seperti yang diperkatakan oleh syofyan al-sauri;
- "Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat"
Beliau percayai doa-doanya lebih mudah diterima dari amalan yang lain.Namun tidaklah bermakna hingga amalan lain di tinggalkan,cuma ia berkata bergitu kerana pada malam tersebut doa-doa pada malam lailatul qadar sangat murtajab untuk di makbulkan.
Amalan membaca Al-Quran,solat sunat lain tetap di teruskan kerana ada fadhilat yang besar yang disediakan.Dan doa termasuk dalam sebahagian senjata orang-orang mukmin.
Disini ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan dari pada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah saw kepada Saidatina Aisyah r.a.
Doanya seperti berikut:
"Allahumma innaka afuwun tuhibul afwa fa'fu anni".
Ertinya:"Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun,yang suka Maha Mengampun,maka ampunilah aku ini"
Haruslah di ketahu bahawa sungguhpun Allah Maha Pengampun,akan tetapi terdapat 4 golongan yang doanya sukar di terima oleh Allah swt kerana 4 golongan ini masih terus berterusan melakukan perkara yang di larang oleh-Nya.
4 golongan itu termasuk:
*Orang yang meminum arak
*Anak yang derhaka kepada ibu bapa
*Orang yang selalu bertengkar hingga
*Mereka yang memutuskan silatulrahim
Tidak ada larangan bagi yang uzur
Terdapat amalan yang boleh dilakukan bagi mereka yang uzur di waktu lailatul qadar,antaranya adalah:
Dengan cara beramal seperti:
*Berzikir
*Berdoa
*Membawa terjemahan Al-Quran serta mendalami isi dan maksudnya
*Mendengar bacaan ayat suci Al-Quran oleh suami,adik beradik atau melalui alat elektronik seperti kaset.
Secara kesimpulannya,malam lailatul qadar adalah malam yang berkat hingga terbit fajar,keberkatan malam itu dapat memberikan pemgampunan yang besar,serta amalan yang dilakukan didalamnya akan di beri ganjaran yang besar juga.
Rujukan:Amalan-amalan Nabi SAW di 10 Malam Terakhir
Rujukan:7 Keistimewaan Lailatul Qadar
Rujukan:Surah Al-Qadr - سورة القدر
Rujukan:Lailatul Qadar Malam Yang Berkat
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.