Kitab ar-Risalah Karangan Imam Asy-Syafie
Salah satu karya yang menarik dan sangat perlu untuk saya miliki adalah hasil penulisan Imam Asy-Syafie yang telah mengarap karya seperti ar-Risalah yang didalamnya terdapat gambaran methodologi ataupun kaedah-kaedah dalam mencari,mengali serta menyusun dan juga mengubal hukum-hakam islam.
Telah saya pesan untuk ditambah ke dalam koleksi kitab yang ada sebagai penambahan untuk diri saya sendiri didalam memperkukuhkan kefahaman mengenai agama islam.Saya ingin memilikinya tidak lain sebagai usaha-usaha untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu didalam agama islam selain menambahkan rasa cintakan ilmu.Dan ini adalah salah satu usaha kecil sahaja,maka seterusnya adalah apabila kitab ini sampai ditangan saya kelak,inn syaAllah,moga ianya memberikan manfaat besar didalam diri.
Serba Sedikit Mengenai Karya Agung Dari Imam Syafie (ar-Risalah)
Lahirnya kitab Ar-Risalah adalah fasa awal perkembangan ilmu ushul fiqih sebagai suatu disilpin ilmu, yang menjadikan kitab ini sebagai rujukan utama bagi kalangan ahli usul fiqih pada masa sesudahnya dan pada masa sekarang di dalam menyusun karya-karya mereka.
Kitab Ar-Risalah merangkum gambaran metodologi Imam Syafi'i dalam mencari dan menggali hukum-hukum Islam.
kata Imam Abdurrahman Bin Mahdi rahimahullah mengenai karangan Imam Asy-Syafie ini iaitu ar-Risalah,bahawa katanya,"Ketika aku melihat kitab ar-Risalah karya asy-Syafie,aku tercenggang kerana aku melihat (susunan bahasa) seorang yang bijak,fasih,lagi penuh dengan nasihat sehingga aku memperbanyakkan doa untuknya."(Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir,hlm 4)
Sebuah kitab karya Imam Besar Ahlus Sunnah wal Jamaah, Imam Asy Syafii -rahimahullah- ,yang telah dicetak dan di-tahqiq (diteliti) oleh Syaikh Ahmad Syakir -rahimahullah- , yang diambil dari riwayat ar-Rabi' bin Sulaiman dari Imam asy-Syafi'i -rahimahullah- Kitab ini terdiri dari satu jilid besar.
Di dalam kitab ini Imam asy-Syafi'I -Rahimahullah- berbicara tentang al-Qur-an dan penjelasannya, juga membahas tentang as-Sunnah berikut kedudukannya dari al-Qur-an al-Karim,Beliau mengemukakan bahawa banyak dalil mengenai keharusan berhujjah dan berargumentasi dengan as-Sunnah. Beliau juga mengupas masalah Nasikh dan Mansukh dalam al-Qur-an dan as-Sunnah, menguraikan tentang 'Hal ( illat/cacat ) yang terdapat pada sebagian hadits dan alasan dari keharusan mengambil hadits ahad sebagai hujjah dan dasar hukum, serta apa yang boleh diperselisihkan dan yang tidak boleh diperselisihkan di dalamnya.
Dalam kitabnya ini Imam asy-Syafi'i -rahimahullah- menulis muqaddimah yang sangat menunjukkan manhaj dan aqidah beliau. Imam asy-Syafi'i -rahimahullah- berkata:
"Segenap puji hanya milik Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, serta telah menciptakan kegelapan dan cahaya. Kemudian, orang-orang yang kafir kepada Rabbnya, mereka melakukan penyimpangan (berpaling). Segala puji hanya bagi Allah, yang untuk mensyukuri salah satu nikmat-Nya tidak akan terwujud, kecuali kesyukuran itu merupakan sebuah nikmat dari-Nya. Menunaikan nikmat-nikmat-Nya yang telah lalu akan memunculkan nikmat baru yang juga menuntut rasa syukur kepada-Nya.
Orang-orang yang menyifati-Nya tidak akan mencapai hakikat Keagungan-Nya. Hakikat keagungan-Nya itu sesuai dengan yang disifatinya sendiri dan melebihi apa yang disifati oleh hamba-hamba-Nya. Aku memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan kemuliaan wajah-Nya dan keagungan-Nya. Aku memohon pertolongan kepada Allah dengan permohonan pertolongan orang yang tidak mempunyai daya dan kekuatan, kecuali dengan bantuan-Nya. Aku memohon Allah hidayah/petunjuk yang barang siapa mendapatkannya, ia tidak akan sesat. Aku memohon maghfirah dan ampunan-Nya atas apa yang telah dan akan aku perbuat dengan permohonan ampun orang yang mengakui penghambaan hanya kepada Dia. Orang yang mengetahui bahawa tidak ada yang memberi ampunan terhadap dosa dan tidak ada yang dapat menyelamatkan seseorang darinya, kecuali Dia. Aku bersaksi bahawa tidak ada Ilah, kecuali Allah, Tunggal, tidak ada sekutu bagi-Nya; dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya."
Syaikh Al Muhadits Ahmad bin Muhammad Syakir -rahimahullah-telah memberikan muqaddimah ;kitab ini yang menjelaskan nilai ilmiah ; dimilikinya. Syaikh Ahmad Syakir juga memberikan bantahan orang-orang yang meragukan bahawa kitab ini adalah tulisan asy-Syafi'i -rahimahullah- .
Selain itu, Syaikh Ahmad Syakir -rahimahullah- menyebut-pula sebab atau latar belakang mengapa Imam asy-Syafi'i -rahimahullah- menulis kitab ini.
Imam Al Muzani -rahimahullah- , salah satu murid Imam Asy Syafii -rahimahullah- beliau berkata, "Aku telah membaca kitab Ar Risalah sebanyak limaratus kali, dan setiap kali aku seselai membacanya, aku mendapat ilmu baru." Beliau juga berkata," Selama lima puluh tahun aku mendalami kitab Ar Risalah, dan setiap menelaahnya, akau mendapat tambahan ilmu yang belum kuketahui kebelumnya."
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.