Saya cuba untuk menelusuri ilmu-ilmu dan meraih kefahaman dalam beragama.Itu semua adalah kemanisan dalam beragama.Apabila kita memperolehi nikmat-nikmat berupa ilmu dan pengetahuan,ianya lebih manis berbanding makanan yang manis,kerana makanan yang manis itu akan hilang rasanya,berbanding kemanisan dalam beragama akan pasti membuatkan kita bertambah memahami erti menjadi hamba kepada-Nya.
Apa yang saya tulis ini cuma sedikit dari banyaknya dan luasnya lautan ilmu didalam alam ini.Alam itu luas,yang meliputi dunia dan akhirat.Yang kita nampak dan tidak nampak tapi diketahui melalui ilmu.Namun ada yang terbatas,yang kita tidak dapat jangkau misalnya alam ghaib,kecuali para nabi dan Rasul-Nya,kerana mereka dibimbing oleh wahyu menurut kehendak-Nya.Namun kita selaku manusia biasa,telah ada diutuskan nabi dan rasul dari-Nya untuk menyatakan akan hakikat diri kita sebenar adalah sebagai hamba-Nya.
Walaupun sebagai hamba-Nya,kita diberikan ilmu-ilmu agar memberikan kefahaman didalam agama.Malahan,didalam al-Quran juga,Allah s.w.t menerangkan bagi siapa yang mahu mengambil pelajaran.Diulang-ulang ayat tersebut,iaitu bagi siapa yang mahu nescaya Allah akan beri.Yang tidak mahu,tidak ada paksaan terhadap mereka,akan tetapi ada disediakan ganjaran kepada tiap-tiap bagi yang mahu dan tidak mahu.Semuanya tidak akan terlepas termasuklah malaikat Jibril a.s (saya sebutkan malaikat Jibril a.s kerana Jibril a.s membawa tugas membawa al-Quran kepada Rasulullah s.a.w,kisah ini panjang tidak dapat saya tuliskan,boleh rujuk didalam kisah akhirat iaitu hari kebangkitan atau boleh tanyakan kepada ustaz-ustazah wallahualam).
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.