Sifat Warak Dalam Diri al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Saturday, September 3, 2016

Sifat Warak Dalam Diri

Sifat Warak Dalam Dirial-Wara sifat yang tidak dapat diwarisi
Salah satu kitab yang mendapat perhatian ana al-Wara.

Iaitu memperjelaskan sifat-sifat warak,hingga ana tertanya-tanya antara warak dengan wali,yang manakah paling tinggi,
kerana sifat warak ini mampu membezakan antara syubhat,halal dan haram,adakalanya dalam halal ada syubhat yang orang tidak mengetahuinya.

Misalnya,bila datang sesuatu perkara,dia merasakan ada sesuatu tidak kena akan ini,maka dia pastikan dahulu,ertinya dia tidak mahu ambil hingga yakin tidak ada syubhat didalamnya,
misalnya meragukan,was-was,ini halal atau haram,atau dalam halal ini jelas tidak ada syubhatkah ? ataupun jika diambil berlebihan,maka timbul syubhat,lalu diambil sedikit cuma,kerana bimbang lebihan itu adalah hak orang lain.

Dan banyak lagi yang didalam kitab al-Wara dapat memperjelaskan dengan lebih mendalam secara lebih tepat dan berisi,iaitu isian yang membawa makna warak hingga kita dapat faham sifat tersebut dengan lebih kukuh,apabila mendapat pengukuhan dalam kefahaman,seseorang itu sudah boleh memandu dirinya kearah sifat wara,maka ambil waktu untuk mengapai nilai wara,nilai zuhud dan sebagainya hingga bila kita hampir kepada kematian,kita dapat memahami agama dengan kukuh dan baik.

al-Wara adalah bingkisan daripada zaman salafus soleh yang perlu ada untuk kita,selain itu ada zaman-zaman para tabi'in,para sahabat dan seterusnya,(zaman ini ana tidak menyusun dengan tertib).

Sifat warak ini tidak dapat diwarisi,namun dapat dimiliki.

Ummu Amir | Pencinta Ilmu

Foto Kredit:al-Kahfi Book Store

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.