Sejarah Awal Solat : Sebelum Kedatangan Islam Dan Sesudah al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Saturday, January 20, 2018

Sejarah Awal Solat : Sebelum Kedatangan Islam Dan Sesudah

Sejarah Awal Solat : Sebelum Kedatangan Islam Dan Sesudah

Sejarah awal solat sebelum dan sesudah kedatang islam dihuraikan seperti berikut:

Solat Pada Zaman Jahiliyah Dan Penyembah Berhala


Tidak ditemui dalam sejarah bahawa orang-orang Jahiliyah dan penyembah berhala mengerjakan solat, sebab tidak ditemukan sama sekali kalimat solat dari catatan pena mereka, namun hal ini tidak menunjukkan mereka tidak mengerjakan solat, sebab pada musim-musim tertentu mereka berbondong-bondong mengerjakan haji, memiliki syiar agama tertentu, dan kaedah pendekatan diri pada tuhan mereka. Merupakan  hal yang mustahil  apabila mereka jahil akan solat, sebab solat itu sendiri menjadi hal yang sangat lumrah bagi semua agama. Meski solat merupakan hal lumrah, namun kita tidak dapat mengatakan solat orang Jahiliyah sama dengan bentuknya solat orang Yahudi dan Nashrani, sebab pemahaman dan menjalani solat berbeza-beza mengikuti perbezaan agama.
Dalam al-Qur’an telah mengisyaratkan bahawa orang Jahiliyah di Mekah juga mengerjakan solat, dalam surat al-Anfal ayat 35 menyebutkan:


(ÙˆَÙ…َا Ùƒَانَ صَلاتُÙ‡ُÙ…ْ عِÙ†ْدَ الْبَÙŠْتِ Ø¥ِÙ„َّا Ù…ُÙƒَاءً ÙˆَتَصْدِÙŠَØ©ً)

“Dan solat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepuk tangan.”

Mengenai ayat di atas ulama Tafsir menjelaskan bahawa orang-orang Quraisy melakukan tawaf di sekeliling Baitullah dalam keadaan telanjang, bersiul, dan bertepuk tangan. Solat menurut pandangan orang-orang Jahiliyah hanya sebatas doa, mereka mengganti posisi bacaan tasbih dengan siulan dan tepuk tangan.[1] Sedangkan menurut ulama lain, ritual orang Jahiliyah tidak dapat dikatakan dengan solat ataupun ibadah, sebab dalam ritual itu mereka hanya bermain dan bersenda gurau.[2] Bila dilihat dari model solat yang mereka lakukan, memang sangat sesuai dikatakan sebagai ibadah, sebab dalam beribadah seorang manusia harus menghadap pada Tuhan dengan sopan dan tawadhuk’. Sedangkan solat yang mereka amalkan menafikan kesopanan dan ketawadhuk’an.

Cara ibadah yang lakukkan oleh orang Jahiliyah (bermain-main,bercanda, dan gurau) juga sering kita temukan pada agama-agama lain, yang solat mereka dengan menggunakan lagu, musik, dan tarian. Mereka meyakini bahawa ibadah dengan cara demikian boleh mendapatkan redha dan belas kasih dari tuhannya. Padahal ibadah dengan menggunakan cara tersebut merupakan ibadah orang-orang Jahiliyah (orang tidak memiliki ilmu).

Syari’at Islam diturunkan dengan cara berangsung-angsur dan sedikit demi sedikit. Allah menurunkan syari’at dengan cara berangsung-angsur agar umat Islam tidak merasa berat dan kaku dalam memeluk agama Islam. Seperti pengharaman minuman keras, terdapat empat tahap saat mengharamkan minuman yang memabukkan ini. Bahkan Siti ‘Aisyah pernah berkata: “Bila minuman keras diharamkan secara sekaligus maka tidak ada satupun orang Arab yang mau memeluk agama Islam.” Siti ‘Aisyah berkata demikian, melihat pada keadaan orang Arab yang minum khamer sama halnya kita yang minum air tawar (iaitu sudah terbiasa dengan minuman berkenaan,andai perintah larangan itu di kuatkuasa secara menyeluruh,orang-orang akan berat susah dan terkejut untuk meninggalkan larangan meminum arak).

Demikian juga dengan kewajiban ibadah solat, solat bukanlah kewajiban bagi orang Islam saat permulaan Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul Allah, namun pada waktu permulaan kenabian, Allah hanya menanamkan pada hati pemeluk agama Islam kalimat Tauhid (Keesaan Allah) saja (iaitu mereka orang-orang musyrik diperkenalkan akan Allah,Nabi menerangkan hakikat Allah sebelum beribadah kepada Allah,maka harus mengenal Allah s.w.t,iaitu tuhan yang sebenarnya). Setelah tertanam dalam hati mereka Kalimat Tauhid, barulah Allah mewajibkan solat pada pemeluk agama Islam pada waktu malam Isra’ dan Mi’raj.

Dari sini, dapat ditarik sebuah kesimpulan, jika solat tidak diwajibkan bagi Nabi Muhammad dan semua umatnya sebelum adanya Isra’ dan Mi’raj, kecuali ritual solat yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad seperti shalat pada paruh kedua dari pertengahan malam.[3]
Meskipun solat bukanlah sebuah kewajiban bagi umat Islam sebelum Isra’ dan Mi’raj, namun tidak dapat diragukan bahawa Nabi sudah mengerjakan solat saat di Mekah sebelum Isra’, sebab al-Qur’an menjelaskan dalam surat al-Mudatsir, al-Kautsar, dan surat yang diturunkan di Mekah lainnya, bahawa Rasul saw sudah mengerjakan solat. Demikian pula yang tercatat dalam buku-buku Sejarah dan Hadits-Hadits Rasul saw, bahawa Rasul saw mengerjakan solat bersama dengan Siti Khadijah hingga Khadijah wafat, sedangkan wafatnya Khadijah sebelum Isra’. Abu Talib juga pernah melihat Rasul saw mengerjakan solat bersama Abu Thalib, sedangkan Abu Thalib meninggal sebelum Isra’.
Bila diteliti lebih lanjut, pertama kali wahyu diturunkan adalah surat al-‘Alaq dan dalam surat tersebut sudah menjelaskan tentang orang Quraisy yang melarang Nabi saw mengerjakan solat sebagaimana firman Allah surat al-‘Alaq ayat 9-10:


(Ø£َرَØ£َÙŠْتَ الَّØ°ِÙŠ ÙŠَÙ†ْÙ‡َÙ‰ عَبْداً Ø¥ِØ°َا صَÙ„َّÙ‰)

“Bagaimana pendapatmu tentang orang melarang. Seorang hamba ketika dia melaksanakan solat.”

Ayat ini turun berkenaan Abdul Uzzah bin Hisyam (Abu Jahal) yang melarang Nabi Muhammad saw mengerjakan solat di Maqam Ibrahim. Abu Jahal berkata: “Bila aku melihat Muhammad mengerjakan solat maka akan aku tusuk lututnya.”[4]
Dalam riwayat lain menjelaskan bahawa perintah  melaksanakan wudhuk dan solat sudah dimulai semenjak pertama kali Jibril diutus Allah untuk memberitahukan pada Nabi Muhammad bahawa dirinya terpilih menjadi utusan Allah di muka bumi. Pada saat itu juga, Jibril mengajarkan Nabi Muhammad saw cara berwudhuk dan solat dengan cara Jibril berwudhuk terlebih dahulu kemudian Nabi saw mengikutinya, kemudian Jibril solat  dan Nabi saw pun mengikutinya. Setelah mempelajari wudhuk dan solat pada Jibril, Nabi Muhammad saw mengajarkannya pada Siti Khadijah.[5]

Dari bukti-bukti di atas sangat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad saw sudah mengerjakan solat di hadapan semua manusia semenjak tahun pertama dari tahun kenabiannya.

Sejarah mencatat, bahawa sebelum disyariatkan solat lima waktu dalam sehari semalam pada malam Isra’, Nabi Muhammad saw sudah mengerjakan solat, namun pada waktu itu Nabi Muhammad saw hanya mengerjakan solat dua kali dalam sehari semalam yang  waktunya terletak pada pagi hari dua rakaat dan petang hari dua rakaat.[6] Jadi pada permulaan terutusnya Nabi Muhammad saw sudah jelas bahawa beliau mengerjakan solat. Adapun solat yang beliau kerjakan hanya dua kali dalam sehari semalam dan berjumlah empat rakaat.


Ibadah Solat Pasca Isra’ Mi’raj


Ulama sepakat solat lima waktu diwajibkan pada waktu malam Isra’ Mi’raj. Namun mereka masih berselisih pendapat mengenai peristiwa Isra’ itu sendiri. Sebahagian riwayat menyatakan Nabi saw Isra’ pada bulan ke 15 dari terutusnya menjadi Rasulullah. Ada pula yang mengatakan Isra’ terjadi tiga tahun sebelum hijrahnya Nabi saw ke Madinah. Ulama lain mengatakan Isra’nya Nabi saw terjadi satu tahun sebelum hijrah. Sebagian lagi berpandangan bahwa Nabi Isra’ pada tahun kelima dari kenabian.[7] Dan sebahagian sejarawan muslim berpandangan malam Isra’ terjadi pada tahun ke 11 dari kenabian[8] dan Isra’ tersebut setelah wafatnya Siti Khadijah.

Dari sekian pendapat mengenai Isra’ dan Mi’raj, penulis lebih memilih pendapat yang terakhir, sebab majoriti sejarawan menyatakan Siti Khadijah wafat pada tahun ke 10 dari kenabian dan itu sebelum Isra’. Bila ada ulama yang berpendapat sebelum Siti Khadijah wafat sudah menjalakan ritual solat maka shalat yang dikerjakan oleh Siti Khadijah itu bukanlah solat lima waktu, akan tetapi beliau solat sebagaimana Rasul saw mengerjakan solat sebelum diwajibkannya solat lima waktu.

Dari keterangan di atas, kita dapat memahami bahawa solat lima waktu diwajibkan saat Isra’. Hal ini berdasarkan Hadits Rasul saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang artinya: “Hadits riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: “Bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Aku didatangi Buraq. Lalu aku menunggangnya sampai ke Baitul Maqdis. Aku mengikatnya pada pintu masjid yang biasa digunakan mengikat tunggangan oleh para nabi. Kemudian aku masuk ke masjid dan mengerjakan solat dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa bejana berisi arak dan bejana berisi susu. Aku memilih susu, Jibril berkata: “Engkau telah memilih fitrah.” Lalu Jibril membawaku naik ke langit. Ketika Jibril minta dibukakan, ada yang bertanya:” Siapakah engkau?” Dijawab: “Jibril.” Ditanya lagi: “Siapa yang bersamamu?” Jibril menjawab:” Muhammad.” Ditanya:” Apakah ia telah diutus?” Jawab Jibril: “Ya, ia telah diutus.” Lalu dibukakan bagi kami. Aku bertemu dengan Adam. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Kemudian aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya:” Siapakah engkau?” Jawab Jibril: “Jibril.” Ditanya lagi: “Siapakah yang bersamamu? “Jawabnya: “Muhammad.” Ditanya:” Apakah ia telah diutus?” Jawabnya:” Dia telah diutus.” Pintu pun dibuka untuk kami. Aku bertemu dengan Isa bin Maryam as. dan Yahya bin Zakaria as. Mereka berdua menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit ketiga. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: “Siapa engkau?” Dijawab: “Jibril.” Ditanya lagi: “Siapa bersamamu?” “Muhammad saw.” jawabnya. Ditanyakan: “Dia telah diutus?” “ Dia telah diutus.” jawab Jibril. Pintu dibuka untuk kami. Aku bertemu Yusuf as. Ternyata ia telah dikaruniai sebagian keindahan. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit keempat. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: “Siapa ini?” Jibril menjawab: “Jibril.” Ditanya lagi: “Siapa bersamamu?” “ Muhammad.” jawab Jibril. Ditanya:” Apakah ia telah diutus?” Jibril menjawab: “Dia telah diutus.” Kami pun dibukakan. Ternyata di sana ada Nabi Idris as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Allah Taala berfirman: “ Kami mengangkatnya pada tempat (martabat) yang tinggi.” Aku dibawa naik ke langit kelima. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: “Siapa?” Dijawab:” Jibril.” Ditanya lagi:”Siapa bersamamu?” Dijawab: “Muhammad.” Ditanya: “Apakah ia telah diutus?” Dijawab: “Dia telah diutus.” Kami dibukakan. Di sana aku bertemu Nabi Harun as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit keenam. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya: “Siapa ini?” Jawabnya: “Jibril.” Ditanya lagi: “Siapa bersamamu?” “ Muhammad.” jawab Jibril. Ditanya: “Apakah ia telah diutus?” Jawabnya:” Dia telah diutus.” Kami dibukakan. Di sana ada Nabi Musa as. Dia menyambut dan mendoakanku dengan kebaikan. Jibril membawaku naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan. Lalu ada yang bertanya:” Siapa ini?” Jawabnya:” Jibril.” Ditanya lagi: “Siapa bersamamu?” Jawabnya: “Muhammad.” Ditanyakan: “Apakah ia telah diutus?” Jawabnya: “Dia telah diutus.” Kami dibukakan. Ternyata di sana aku bertemu Nabi Ibrahim as. sedang menyandarkan punggungnya pada Baitul Makmur. Ternyata setiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat masuk ke Baitul Makmur dan tidak kembali lagi ke sana. Kemudian aku dibawa pergi ke Sidratul Muntaha yang dedaunannya seperti kuping-kuping gajah dan buahnya sebesar tempayan. Ketika atas perintah Allah, Sidratul Muntaha diselubungi berbagai macam keindahan, maka suasana menjadi berubah, sehingga tak seorang pun di antara makhluk Allah mampu melukiskan keindahannya. Lalu Allah memberikan wahyu kepadaku. Aku diwajibkan solat lima puluh kali dalam sehari semalam. Tatkala turun dan bertemu Nabi saw. Musa as., ia bertanya: “Apa yang telah difardhukan Tuhanmu kepada umatmu?” Aku menjawab: “Solat lima puluh kali.” Dia berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan kuat melaksanakannya. Aku pernah mencubanya pada Bani Israel. Aku pun kembali kepada Tuhanku dan berkata:” Wahai Tuhanku, berilah keringanan atas umatku.” Lalu Allah mengurangi lima solat dariku. Aku kembali kepada Nabi Musa as. dan aku katakan:” Allah telah mengurangi lima waktu solat dariku.” Dia berkata: “Umatmu masih tidak sanggup melaksanakan itu. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.” Tak henti-hentinya aku bolak-balik antara Tuhanku dan Nabi Musa as. sampai Allah berfirman: “Hai Muhammad. Sesungguhnya kefardhuannya adalah lima waktu solat sehari semalam. Setiap solat mempunyai nilai sepuluh. Dengan demikian, lima solat sama dengan lima puluh solat. Dan barang siapa yang berniat untuk kebaikan, tetapi tidak melaksanakannya, maka dicatat satu kebaikan baginya. Jika ia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya barang siapa yang berniat jahat, tetapi tidak melaksanakannya, maka tidak sesuatu pun dicatat. Kalau ia jadi mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan.” Aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa as., lalu aku beritahukan padanya. Dia masih saja berkata:” Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan.” Aku menyahut: “Aku telah bolak-balik kepada Tuhan, hingga aku merasa malu kepada-Nya.” (Sahih Muslim No.234)

Hadits di atas menunjukkan pertama kali pensyari’atan solat lima waktu dalam sehari semalam dan pensyaria’atan solat itu sendiri terjadi pada waktu malam Isra’ Mi’raj. Selain Hadits di atas, masih banyak lagi Hadits-Hadits Rasul saw yang menjelaskan tentang Isra’ Mi’raj yang pada waktu itu Allah mewajibkan bagi Nabi Muhammad saw dan seluruh umatnya untuk mengerjakan solat.

Rujukan:
[1] Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, (Dar al-Hadits, 2002 H./1423 H.), jld. 2, h.306.
[2] Muhammad bin Jarir Yazid bin Katsir bin Ghalib, Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Cet. (Muassasah ar-Risalah), jld. 9, h. 159.
[3] Ali bin Burhanuddin al-Halabi, As-Sirah al-Halabiyah fi Sirah al-Amin al-Ma’mun, (Dar al-Ma’rifah), jld.1, h. 302.
[4] Muhammad bin Jarir Yazid bin Katsir bin Ghalib, Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, ( Muassasah ar-Risalah), jld.16, h.163.
[5] Ali bin Burhanuddin al-Halabi, As-Sirah al-Halabiyah fi Sirah al-Amin al-Ma’mun, (Dar al-Ma’rifah), jld.1, h.252.
[6] Zainuddin bin Faraj bin Rajab al-Hanbali, Fathulbari Syarh Shahih al-Bukhari, (Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-Ghuraba’ al-Atsariyah, 1996 M./1417 H.), cet.I, jld.1, h.304.
[7] Abu Zakaria Yahya bin Syaraf an-Nawawi, Syarh an-Nawawi ‘Ala Muslim, ( Bairut: Dar Ihya at-Turats al-‘Arabi,1392 H.), cet. II, jld.2, h.274.
[8] Umar Abdul Jabbar, Khulashah Nur al-Yaqin fi Sirah Sayyidi al-Mursalin, ( Surabaya: Maktabah asy-Syeh Salim bin Sa’d Nabhan), cet.II , jld.1, h.43.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.