Biografi Imam an Nawawi al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Thursday, April 20, 2017

Biografi Imam an Nawawi

Mukaddimah Biografi Imam an-Nawawi Rahimahullah

Jawami al-Kalim iaitu singkat tertapi padat dengan makna

Satu lagi imam besar dan ilmuan serta memiliki keluasan ilmu yang tinggi adalah imam an-Nawawi Rahimahullah yang karya dan penulisan beliau banyak menjadi rujukan dan dipelajari dari zaman ke zaman sehingga kini termasuklah saya sendiri yang mempelajari salah satu dari banyaknya karya beliau iaitu kitab hadits ar-Bain.

Sepanjang mengaji sedikit-sedikit kitab hadits ar-Bain ini (samada bertallaqi kitab atau hadir di kuliah-kuliahnya),banyak ilmu dan banyak kefahaman diperolehi dan di tumpahkan didalam  bagi meraih kefahaman dalam beragama yang mana memberikan cahaya dan pertunjuk dalam menelusuri agama yang indah.Semakin ditelusuri akan islam ini,semakin rasa kemanisan.Tidak merasai islam ini sukar,sebaliknya jika mengikut pertunjuk diberikan,ianya menjadi rasa sangat mencintai dan sayang akan agama.

Hadits ar-Bain menghimpunkan hadits-hadits penting yang termasuk Jawami al-Kalim iaitu singkat tertapi padat dengan makna.

Nama lengkap imam al-Nawawi adalah Muhyi al-Din Abu Zakaria Yahya bin Syarif bin Murri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jam’ah bin Hazm al-Nawawi al-Damisyqi.[1] Al-Nawawi dilahirkan di kampung Nawa, sebuah daerah Hauran, kawasan Syam (Syria), pada bulan Muharram tahun 632 H, bertepatan bulan Oktober 1233 M.[2]

Beliau merupakan tokoh yang penting di dalam mazhab Syafie. Sesudah pulang ke kampung halamannya (Nawa) diakhir umurnya, beliau jatuh sakit disisi kedua orang tuanya. Pada tanggal 24 bulan Rejab 676 H atau 22 Disember 1277 M dalam usia 45 tahun. Akan tetapi, hingga saat beliau dijemput beliau masih dalam keadaan bujang dan tidak menikah[3] dan dimakamkan ditanah kelahirannya,Nawa.  
          Beliau mulai menghafal al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah ketika umurnya 19 tahun, beliau datang ke kota Dimasy untuk belajar. Di sana beliau memasuki madrasah al-Ruwahiyyah dan mula menghafal beberapa kitab fiqh,antaranya kitab al-Tanbih dalam tempoh empat bulan setengah dan kitab al-Muhazzab di dalam bahagian ibadat.Di antara guru-gurunya ialah Abdul Aziz bin Muhammad al-Ansari, Zainuddin bin Abdul Daim, Zainuddin Khalq bin Yusof, Taqiuddin bin Abi al-Yassir dan lain-lain.
          Beliau banyak mengarang dan menyusun kitab-kitab hadits dan juga syarahnya. Antara yang terkenal daripada hasil karangan beliau ialah Syarah Muslim, Riyadus-Solihin iaitu kitab yang akan dibincangkan, al-Azkar, al-Tibyan fi Adab Hamalat Qur’an, al-Irsyad wal al-Taqrib fi Ulum al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan Arbai’in,dan banyak lagi.
          Kehidupannya sehari-hari sekadar memelihara tubuh badannya dan hanya makan sekali sehari. Ini kerana beliau terlalu banyak memperuntukkan masa untuk mengarang dan menghasilkan sumbangan untuk umat Islam. Sehingga dikatakan kerana kesibukannya, beliau tidak sempat memikirkan urusan perkahwinan dan membujang sehingga ke akhir hayatnya.
          Beliau juga seorang yang berani menyatakan kebenaran. Kerana keberaniannya, beliau telah diusir dari Syam akibat satu fatwanya yang tidak menyenangkan hati sultan al-Malik al-Zahir.


Deskripsi tentang Kitab

1.   Latar Belakang Penulisan Kitab
Kitab Riyadh al-Shalihin karya Imam besar dan ulama’ internasional , Imam al-Nawawi sudah tak asing lagi bagi kita, bahkan menjadi referensi dan rujukan kalangan umat islam seluruh dunia. Kitab ini memang sangat perlu diketahui isinya dan kita amalkan karena memuat kumpulan hadits-hadits terutama dalam masalah adab yang bersifat batiniyah maupun lahiriyah, hal-hal yang bersifat penyemangat (targhib) dan peringatan (tarhib, zuhud, pendidikan akhlaq, penyucian kalbu berikut terapinya dan pemeliharaan anggota tubuh.
2.   Tentang Kitab
a.    Pengenalan Ringkas Kitab Riyadhus-Solihin
Riyadh’ di dalam bahasa Melayu bermakna taman. Manakala ‘Solihin’ sebagaimana yang diketahui umum ialah orang-orang soleh. Oleh yang demikian, judul kitab yang diletakkan sendiri oleh Imam Nawawi ini bermaksud ‘Taman Orang-orang Yang Soleh’ memberikan gambaran bahawa isi kandungan kitab ini tentulah berkisar mengenai panduan hidup seorang manusia muslim yang berazam untuk menjadi seorang yang soleh. Di atas tujuan inilah, Imam Nawawi sendiri menegaskan di dalam pendahuluan kitab ini bahawa beliau berusaha untuk mengumpulkan secara ringkas hadits-hadits yang mampu menjadi panduan lengkap kepada umat Islam untuk menjalani hidup di bawah naungan keredhaan Allah SWT.[4]
Oleh yang demikian, kita akan mendapati bagaimana isi kandungan kitab ini terdiri daripada hadits-hadits yang mencangkupi seluruh urusan kehidupan dan agama umat Islam. Imam Nawawi selesai menyusun kitab ini pada hari Senin yang keempat di dalam bulan Ramadhan pada tahun 670H sebagaimana yang disebutkan di dalam penutup kitabnya.
b.    Cetakan dan Terbitan
           Naskhah kitab yang dijadikan bahan kajian oleh penulis ini berjudul Riyadhus Solihin Min Kalam Sayyidil Mursalin karangan Imam Nawawi yang telah dihuraikan semula oleh Mustaffa bin Muhammad ‘Ammarah. Naskhah ini diterbitkan oleh Maktabah wa Matba’ah Muhammad Huda Wa Awladuh dan tidak meletakkan tarikh cetakan sebagaimana buku-buku yang lain. Juga tidak dapat dikesan dari negara manakah naskhah ini dicetak kerana ia tidak mencatatkan sebarang maklumat kecuali penerbit sahaja. 
c.    Kaedah Penyusunan Kitab
Imam Nawawi memulakan kitab Riyadhus-Solihin dengan muqaddimah yang ringkas. Beliau menerangkan di dalam muqaddimah ini sebab-sebab yang mendorong kepada penyusunan kitab ini. Antaranya ialah beliau menginginkan agar ia menjadi pedoman bagi mereka yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah. Beliau mendatangkan satu hadits yang menjadi pendorongnya yang bermaksud : “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, baginya pahala sebagaimana pembuatnya.”[5]
          Beliau juga menyatakan keinginannya untuk menjadikan kitab ini hanya mengandungi hadits-hadits yang sahih saja. Ini untuk memudahkan pembaca beramal dengan isi kandungan kitab ini tanpa ragu-ragu.

            Sebagai sebuah kitab yang mengandungi hadits-hadits yang lebih menjurus kepada pembentukan akhlak dan peribadi, beliau memulakan dengan Bab Ikhlas dan Menghadirkan Niat sebagai stau syarat untuk diterima amalan. Ia diikuti dengan bab-bab seperti Bab Taubat, Sabar, Siddiq, Taqwa, Istiqomah, Mujahadah sehinggalah kepada Bab Mencegah Amanah Daripada Diberikan Kepada Yang Meminta.

Selain itu, Imam Nawawi juga mengkategorikan hadits-hadits kepada beberapa bab yang utama atau dinamakan sebagai kitab. Di antara kitab-kitab yang terdapat di dalam Riadhus-Solihin ini ialah Kitab Adab, Kitab Adab Makan, Kitab Pakaian, Kitab Adab Tidur, Kitab Salam, Kitab Menziarahi Orang Sakit, Kitab Adab Musafir, Kitab Kelebihan, Kitab Iktikaf dan Kitab Zikir-zikir.

Setiap kitab ini mengandungi bab-bab yang kecil yang diletakkan hadits di dalamnya. Sebagai contoh, Kitab Adab Makan mengandungi 17 bab antaranya ialah Bab Membaca Tasmiah Semasa Memulakan Makan dan Tahmid Selepasnya, Bab Larangan Mencela Makanan dan Digalakkan Memujinya, Bab Galakan Makan Dengan Tiga Jari dan sebagainya.

Setiap bab pula mengandungi beberapa hadits yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh, Bab Membaca Tasmiah Semasa Memulakan Makan dan Tahmid Selepasnya mengandungi 9 buah hadits.

Kesimpulannya,  Riyadhus-Solihin mengandungi sekitar 750 – 800 buah hadits  yang tersimpul pula di dalam beberapa bab di bawah kategori kitab-kitab yang berlainan.[6]
d.    Kelebihan dan Kekurangan Kitab
1.   Kelebihan Riyadhus-Solihin
Tentunya sebagai sebuah kitab yang masyhur, ia sesuai dijadikan rujukan oleh generasi selanjutnya berdasarkan ketepatan fakta dan penelitian Imam Nawawi dalam pengambilan hadits. Isu-isu targhib dan tarhib diangkat dengan begitu sempurna berdasarkan hadits-hadits yang sahih memberikan satu keselesaan kepada pembaca untuk melakukan amalan berdasarkan kandungan kitab ini. Ia satu kelebihan yang cukup terlihat bagi kitab ini di tengah-tengah kebanjiran hadits-hadits palsu dan rekaan di dalam isu targhib dab tarhib yang menyebabkan umat Islam menjadi keliru di dalam menentukan pendirian dan sikap.
          Pembahagian bab dan kitab juga dibuat dalam keadaan tersusun dan memudahkan kepada pembaca membuat rujukan tentang tajuk-tajuk tertentu tanpa perlu melakukan usaha semula mengumpulkan hadits-hadits yang berkaitan.
2.   Kelemahan Riyadhus-Solihin
          Walaupun pembahagian bab dan kitab sudah dibuat dalam keadaan tersusun, namun hadits-hadits yang setema masih tercampur dari sudut penyusunan. Ketiadaan nombor hadits juga menyebabkan kesukaran untuk pembaca melakukan rujukan semula terhadap satu-satu isu ataupun hadits. Walau bagaimanapun, ini dianggap satu perkara biasa pada zaman Imam Nawawi menyusun kitabnya ini ditambah pula dengan ketiadaan alat-alat canggih seperti hari ini. 

[1]Ibnu Qadhi Syu’bah, Thabaqat as-Syafi’iyyah juz 1 hlm. 98
[2]Tim Penyusun Depag RI, Ensiklopedi Islam (Jakarta : CV Anda Utama, 1993), hlm. 844. Namun ada pula yang mengatakan bahawa beliau lahir pada tahun 631 H. Lihat Ibnu Qadhi Syu’bah, Thabaqat as-Syafi’iyyah juz 1 hlm. 98, Mauqi’ Ya’sub Tadzkirat al-Huffadz, juz 4 hlm. 1470,  dan Ibnu ‘Athar, Tuhfat al-Thalibin fi Tarjamati al-Imam al-Nawawi, hlm. 1.
[3] Ibnu ‘Athar, Tuhfat al-Thalibin fi Tarjamati al-Imam al-Nawawi, hlm. 1. Lihat pula Thabaqat al huffadz, thabaqat al- isyruun, juz 2 hlm. 106 karya al-Suyuthi
[4]Muhyiddin Abu Zakaria bin Yahya bin Syirfu al-Nawawi (t.t) Riyadhus Solihin Min Kalam Sayyidil Mursalin, Maktabah wa Matba’ah Muhammad Huda Wa Awladuh, halaman 11.
[5] Maksud hadits riwayat Muslim (no. 3509), Abu Daud (no. 4464), Tirmizi (no.2595) dan Ahmad (no. 16465)
[6]Berdasarkan kepada carian perkataan ‘Sallallahu ‘Alaihi Wasallam’ di dalam perisian Maktabah Syamilah. Ini kerana di dalam kitab yang bercetak tidak mengandungi nombor hadits. 
Biografi imam an Nawawi di http://wisnualfarisy28.blogspot.my/2012/03/biografi-imam-nawawi-dan-kitab-riyadush.html

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.