Para imam ahli hadis (muhaddisin) telah meriwayatkan hadits-hadits yang berkaitan dengan haji dan umrah serta menukilkannya dalam berbagai kitab, baik yang bersifat umum mahupun khusus. Hadis dimaksud membahas tentang pelaksanaan haji dan umrah Rasulullah SAW. Riwayat yang paling lengkap disampaikan oleh Jabir bin Abdillah kepada Muhammad bin Ali Zainal Abidin bin Husain yang bergelar al-Baqir.
Kelengkapan riwayat yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a itulah yang menjadi alasan bagi para ulama untuk menjadikannya rujukan utama saat menjelaskan sifat haji Rasulullah SAW.Dari hadits yang diriwayatkan oleh Jabir ra adalah sebagai berikut:
Muslim bin Hajjaj, [Sahih Muslim, hadits no. 2903], (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1992), Juz VIII, hlm. 135.
Ertinya: Dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya, dia berkata, ''Kami datang ke rumah Jabir bin Abdullah, lalu dia bertanya kepada kami satu persatu, siapa nama kami masing-masing. Sampai pada giliranku, aku sebutkan namaku Muhammad bin Ali bin Husain. Lalu dia membelai kepalaku dan membuka kancing bajuku yang atas serta yang bawah. Kemudian dia meletakkan telapak tangannya di dadaku. Ketika itu, aku masih muda belia. Lalu dia berkata, ''Selamat datang wahai anak saudaraku, tanyakanlah apa yang kamu inginkan.'' Maka aku pun bertanya kepadanya yang waktu itu dia sudah dalam keadaan buta. Ketika waktu solat tiba, dia berdiri berselimutkan sehelai kain. Setiap kali kain itu dia selempangkan ke bahunya, ujungnya selalu kembali lagi karena kecilnya. Selendangnya diletakkan pada gantungan di sampingnya. Setelah itu dia solat bersama kami.''
Kemudian saya berkata, ''Beritakanlah kepadaku tentang haji Rasulullah SAW! Lalu dia mengisyaratkan dengan tangannya sambil menunjukkan sembilan anak jarinya dan berkata, ''Sembilan tahun lamanya Rasulullah SAW menetap di Madinah, belum menunaikan haji. Kemudian beliau memberitahukan pada tahun kesepuluh, bahawa beliau akan berhaji di musim itu. Banyak orang datang ke Madinah, mereka berharap mengikuti langsung Rasulullah SAW dan beramal seperti amalan beliau.''
Kemudian kami berangkat bersamasama dengan Rasulullah. Ketika sampai di Żulḥulaifah, Asma’ binti Umais RA melahirkan putranya, yaitu Muhammad bin Abu Bakr. Dia menyuruh untuk menanyakan kepada Rasulullah SAW apa yang harus dilakukannya (karena melahirkan itu), maka beliau pun bersabda, ''Mandi dan bersihkanlah darah nifasmu dengan kain dan berihramlah!''
Rasulullah SAW solat di masjid Żulḥulaifah, kemudian beliau menaiki untanya yang bernama alQaṣwa. Setelah sampai di dataran tinggi berbatu karang (alBayda), aku melihat di sekelilingku, alangkah banyaknya orang yang mengiringi beliau, yang berkendaraan dan yang berjalan kaki, di kanan kiri dan di belakang beliau. Dalam perjalanan itu, beliau selalu dituntun oleh al-Qurān (wahyu Allah) dan beliaulah yang lebih mengetahui maksudnya. Apapun yang beliau amalkan, kami laksanakan pula. Selanjutnya, beliau mengangkat suara bacaan talbiyah: Labbaika allahumma labbaik, labbaika lā syarīka laka labbaik, innal ḥamda wanni’mata laka wal mulk, lā syarīka laka (Aku penuhi panggilanMu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu. Aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji dan seluruh nikmat adalah milik-Mu, begitu pula kekuasaan, tiada sekutu bagi-Mu). Maka semua orang (yang berhaji bersama beliau) juga mengucapkan talbiyah, seperti talbiyah Nabi SAW. Beliau tidak melarang mereka mengucapkannya, dan beliau terus mengucapkan talbiyah.
Jabir ra berkata, ''Kami berniat hanya untuk mengerjakan haji, tidak untuk umrah.'' Setelah sampai di Baitullah, beliau menyalami sudutnya (Hajar Aswad), kemudian beliau ṭawaf dengan berlarilari kecil tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran. Selanjutnya beliau menuju ke Maqam Ibrahim AS dan membaca ayat:
Ertinya: ''Jadikanlah maqam Ibrahim sebagai tempat solat'' (Surah al-Baqarah [2]:125).
Posisi Maqam Ibrahim berada di antara tempat beliau berdiri dengan Baitullah. Ayahku (Ali bin Husain) mengatakan, bahawa Nabi SAW membaca dalam solatnya surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlaṣ. Kemudian beliau kembali ke sudut Hajar Aswad, lalu menyalaminya dan keluar melalui pintu Șafa menuju bukit Șafa. Setelah mendekati bukit Șafa beliau membaca ayat:
Ertinya: Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah.(Surah al-Baqarah [2]:159)
Rasulullah SAW mengucapkan pula:
Ertinya: Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, milikNya kekuasaan dan segala puji, Dia Maha Kuasa atas segala-galanya. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah satu-satu-Nya, Yang Maha Menepati janji-Nya, menolong hamba-Nya, dan menghancurkan musuh-Nya.
Beliau mengulangi kalimat-kalimat itu tiga kali dan berdoa di antaranya. Kemudian beliau turun menuju bukit Marwah. Setelah sampai di dataran lembah, beliau berlari-lari kecil. Pada saat mendaki bukit Marwah, beliau kembali berjalan. Setelah sampai di bukit Marwah, beliau melakukan apa yang dilakukannya di bukit Șafa. Ketika beliau mengakhiri sa’inya di bukit Marwah, beliau bersabda, ''Seandainya saya mengetahui sejak semula, apa yang saya perintahkan saat ini, tentu saya tidak akan membawa haiwan kurban dan menjadikannya sebagai umrah. Karena itu siapa pun di antara kamu sekalian yang tidak membawa haiwan kurban, maka bertaḥallullah dan jadikanlah ia umrah.''
Lalu Suraqah bin Malik bin Ju’syum bertanya, ''Wahai Rasulullah, apakah untuk tahun ini saja ataukah untuk selama-lamanya?'' Rasulullah SAW mempersilangkan (mempertautkan) jari-jari tangannya seraya bersabda, ''Masukkan umrah ke dalam haji, memasukkan umrah ke dalam haji ini, untuk selama-lamanya''.
Sementara itu, Ali datang dari Yaman membawa haiwan kurban Nabi SAW. Dia menemui Fatimah termasuk di antara mereka yang taḥallul dan mengenakan pakaian bercelup serta bercelak mata. Ali melarangnya berbuat demikian. Fatimah menjawab, ''Ayahku sendiri yang menyuruhku berbuat seperti ini.''
Al-Baqir (Muhammad bin Ali Zainal Abidin) berkata, ''Ketika di Iraq, Ali ra mengatakan, ''Saya menemui Rasulullah SAW dengan kendaan kesal atas perbuatan Fatimah dan meminta fatwa kepada Rasulullah tentang apa yang diperbuat oleh Fatimah. Saya sampaikan kepada beliau, bahawa saya tidak menyetujui hal itu. Beliau menjawab, ''Fatimah benar, Fatimah benar.'' Kemudian beliau bertanya kepada Ali, ''Apa yang kamu ucapkan ketika menunaikan haji?'' Ali menjawab, ''Saya mengucapkan:
Ertinya: Ya Allah, saya berniat menunaikan ibadah haji seperti yang dicontohkan oleh Rasul-Mu.
Lalu Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya aku membawa hadyu (haiwan kurban). Karenanya kamu jangan bertaḥallul."
Muhammad (al-Baqir) berkata, "Jumlah haiwan kurban yang dibawa Ali dari Yaman dan yang dibawa Nabi SAW sebanyak seratus ekor. Seluruh orang pun bertaḥallul dengan memotong pendek rambut mereka, kecuali Nabi SAW dan orang-orang yang membawa haiwan kurban.
Ketika hari tarwiyah tiba (tanggal 8 Żulḥijjah), mereka mulai bergerak menuju Mina setelah berniat (di Abṭaḥ) menunaikan haji. Rasulullah SAW menaiki untanya. Di Mina beliau solat Ẓuhur, Ashar, Maghrib, Isya, dan Subuh. Kemudian beliau menunggu sebentar hingga terbit matahari. Sementara itu beliau menyuruh orang lebih dahulu ke Namirah untuk mendirikan kemah di sana.
Sedangkan orang Quraisy mengira, bahawa beliau tentu akan berhenti di al-Masy'ar al-Haram (dataran tinggi di Muzdalifah) sebagaimana pada masa jahiliyah biasa dilakukan oleh suku Quraisy. Tetapi ternyata beliau melewatinya saja dan terus menuju Arafah.
Sampai di Namirah, beliau menemukan tenda telah didirikan, maka beliau pun beristirahat di situ. Ketika matahari telah condong ke barat, beliau meminta untuk didatangkan al-Qaṣwa. Lalu beliau menaikinya dan dituntun menuju lembah (‘Uranah) dan berkhutbah:
"Sesungguhnya menumpahkan darah, merampas harta sesamamu adalah haram sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, pada bulan ini, dan di negeri ini. Ketahuilah, sesungguhnya semua yang berbau jahiliyah telah terkubur (dihapuskan) di bawah kedua telapak kakiku, termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah yang pertama aku hapuskan adalah darah Ibnu Rabi'ah bin Harits yang disusukan oleh Bani Sa'ad, lalu dia dibunuh oleh Huzail. Begitu pula riba jahiliyah telah terkubur dan yang pertama aku hapuskan adalah riba yang dilakukan oleh Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh riba telah aku hapuskan, maka bertakwalah kepada Allah dalam memperlakukan perempuan! Karena sesungguhnya engkau ambil mereka sebagai amanah dari Allah, dan mereka halal bagimu dengan mematuhi ketentuan-ketentuan Allah. Kamu punya hak atas mereka, yaitu mereka tidak boleh membiarkan orang lain tidur di tempat tidurmu (berselingkuh). Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak menciderai. Sebaliknya, mereka punya hak atasmu, yaitu nafkah dan pakaian yang pantas."
"Aku mewariskan kepadamu sekalian suatu pedoman hidup, yang jika kalian pegang teguh, maka kalian tidak akan tersesat selamanya, yaitu Kitabullah (al-Qurān). Kamu sekalian nanti akan ditanya tentang aku, maka kalian akan menjawab apa?" Mereka berkata, "Kami bersaksi bahawa engkau benar-benar telah menyampaikan risalah, menunaikan tugas, dan memberi nasihat kepada kami." Kemudian beliau mengangkat telunjuknya ke atas langit dan mengarahkannya kepada orang banyak seraya berkata, "Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah (sebanyak tiga kali)."
Kemudian berkumandang adzan dan terus iqamat, dan Rasulullah SAW solat Ẓuhur, kemudian iqamat lagi dan beliau solat Ashar tanpa solat sunnah di antara keduanya. Setelah itu, beliau meneruskan perjalanan menuju tempat wukuf. Sampai di sana, beliau menghentikan untanya al-Qaṣwa di atas ‘shakharat' (tempat bebatuan) dan bukit al-Musyah (Jabal Rahmah) di hadapannya dan menghadap ke arah kiblat. Rasulullah SAW wukuf sampai matahari terbenam dan mega merah menghilang. Kemudian beliau meneruskan perjalanan dengan memboncengkan Usamah di belakangnya. Beliau sengaja menarik tali kekang unta itu, sehingga kepalanya hampir menyentuh bantal pelana, seraya berkata sambil berisyarat kepada umatnya, "Wahai manusia, tenanglah, tenanglah!"
Setiap sampai di bukit, beliau mengendorkan sedikit tali unta untuk memudahkannya mendaki. Sesampai di Muzdalifah, beliau solat Maghrib dan Isya dengan satu kali adzan dan dua iqamat tanpa solat sunnah antara keduanya. Kemudian beliau istirahat hingga terbit fajar. Setelah tiba waktu Subuh, beliau solat Subuh dengan satu adzan dan satu iqamat. Lalu beliau menaiki pula al-Qaṣwa meneruskan perjalanan menuju al-Masy'ar al-Haram. Sampai di sana, beliau menghadap kiblat, berdoa, bertakbir, bertahlil, dan membaca kalimat tauhid. Beliau wukuf di sana hingga langit kekuning-kuningan dan berangkat sebelum matahari terbit sambil memboncengkan Fadlal bin Abbas. Fadlal adalah seorang laki-laki berambut indah, berwajah bersih, dan gagah. Ketika beliau berangkat, lewatlah unta-unta yang membawa perempuan dan Fadhal pun memandang mereka. Rasulullah SAW menutup muka Fadhal dengan tangannya, tetapi Fadlal menoleh ke arah lain untuk melihat. Rasulullah SAW menutup pula mukanya dengan tangan lain, sehingga Fadlal mengarahkan pandangannya ke tempat lain. Setelah sampai di lembah Muhassir, beliau mempercepat untanya dan menempuh jalan tengah yang langsung menuju jamrah al-kubra. Setelah sampai di jamrah (Aqabah) dekat sebatang pohon, beliau melontar dengan tujuh buah batu kerikil sebesar batu ketapel sambil bertakbir di setiap lontaran. Kemudian beliau terus menuju tempat penyembelihan kurban. Di sana, beliau menyembelih 63 haiwan kurban dengan tangannya dan sisanya diserahkan kepada Ali untuk menyembelihnya, dan beliau memperuntukkan korban itu buat Ali. Kemudian beliau menyuruh untuk mengambil dari setiap haiwan kurban itu sebahagian daging, lalu dimasak dan beliau pun memakan daging itu dan kuahnya.
Sesudah itu, beliau menaiki unta menuju Baitullah (untuk ṭawaf). Beliau solat Ẓuhur di Mekah. Sesudah itu, beliau mendatangi Bani Abdul Muthalib yang sedang menimba di sumur zamzam. Beliau berkata kepada mereka, "Wahai Bani Abdul Muthalib, tariklah ember kalian (untuk memberikan minum). Seandainya orang banyak tidak akan berebutan, tentu aku akan membantu kalian menimba bersama-sama." Lalu mereka menimbakan seember (air zamzam) dan beliau minumnya. (HR. Muslim)
Kelengkapan riwayat yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a itulah yang menjadi alasan bagi para ulama untuk menjadikannya rujukan utama saat menjelaskan sifat haji Rasulullah SAW.Dari hadits yang diriwayatkan oleh Jabir ra adalah sebagai berikut:
عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: دَخَلْنَا عَلَى جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ. فَسَأَلَ عَنِ الْقَوْمِ حَتَّى انْتَهَى إِلَيَّ. فَقُلْتُ: أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ. فَأَهْوَى بِيَدِهِ إِلَى رَأْسِي فَنَزَعَ زِرِّي الأَعْلَى. ثُمَّ نَزَعَ زِرِّي الأَسْفَلَ. ثُمَّ وَضَعَ كَفَّهُ بَيْنَ ثَدْيَيَّ وَأَنَا يَوْمَئِذٍ غُلاَمٌ شَابٌّ.فَقَالَ: مَرْحَباً بِكَ. يَا ابْنَ أَخِي سَلْ عَمَّا شِئْتَ. فَسَأَلْتُهُ. وَهُوَ أَعْمَى. وَحَضَرَ وَقْتُ الصَّلاَةِ. فَقَامَ فِي نسَاجَةٍ مُلْتَحِفاً بِهَا. كُلَّما وَضَعَهَا عَلَى مَنْكِبِهِ رَجَعَ طَرَفَاهَا إِلَيْهِ مِنْ صِغَرِهَا. وَرِدَاؤُهُ إِلَى جَنْبِهِ، عَلَى الْمِشْجَبِ. فَصَلَّى بِنَا. فَقُلْتُ: أَخْبِرْنِي عَنْ حَجَّةِ رَسُولِ اللّهِ . فَقَالَ بِيَدِهِ. فَعَقَدَ تِسْعاً. فَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللّهِ مَكَثَ تِسْعَ سِنِينَ لَمْ يَحُجَّ. ثُمَّ آذنَ فِي النَّاسِ فِي الْعَاشِرَةِ أَنَّ رَسُولَ اللّهِ حَاجٌّ. فَقَدِمَ الْمَدِينَةَ بَشَرٌ كَثِيرٌ. كُلُّهُمْ يَلْتَمِسُ أَنْ يَأْتَمَّ بِرَسُولِ اللّهِ . وَيَعْمَلُ مِثْلَ عَمَلِهِ. فَخَرَجْنَا مَعَهُ. حَتَّى أَتَيْنَا ذَا الْحُلَيْفَةِ. فَوَلَدَتْ أَسْمَاءُ بِنْتُ عُمَيْسٍ مُحَمَّدَ بْنَ أَبِي بَكْرٍ. فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللّهِ . كَيْفَ أَصْنَعُ؟ قَالَ: «اغْتَسِلِي. وَاسْتَثْفِرِي بِثَوْبٍ وَأَحْرِمِي» فَصَلَّى رَسُولُ اللّهِ فِي الْمَسْجِدِ. ثُمَّ رَكِبَ الْقَصْوَاءَ. حَتَّى إِذَا اسْتَوَتْ بِهِ نَاقَتُهُ عَلَى الْبَيْدَاءِ. نَظَرْتُ إِلَى مَدِّ بَصَرِي بَيْنَ يَدَيْهِ. مِنْ رَاكِبٍ وَمَاشٍ. وَعَنْ يَمِينِهِ مِثْلَ ذلِكَ. وَعَنْ يَسَارِهِ مِثْلَ ذَلِكَ. وَمِنْ خَلْفِهِ مِثْلَ ذَلِكَ. وَرَسُولُ اللّهِ بَيْنَ أَظْهُرِنَا. وَعَلَيْهِ يَنْزِلُ الْقُرْآنُ. وَهُوَ يَعْرِفُ تَأْوِيلَهُ. وَمَا عَمِلَ بِهِ مِنْ شَيْءٍ عَمِلْنَا بِهِ. فَأَهَلَّ بِالتَّوْحِيدِ: «لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ. إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ. وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ». وَأَهَلَّ النَّاسُ بِهَذَا الَّذِي يُهِلُّونَ بِهِ. فَلَمْ يَرُدَّ رَسُولُ اللّهِ عَلَيْهِمْ شَيْئاً مِنْهُ. وَلَزِمَ رَسُولُ اللّهِ تَلْبِيَتَهُ. قَالَ جَابِرٌ رضيَ اللّهُ عَنْهُ: لَسْنَا نَنْوِي إِلاَّ الْحَجَّ. لَسْنَا نَعْرِفُ الْعُمْرَةَ. حَتَّى إِذَا أَتَيْنَا الْبَيْتَ مَعَهُ، اسْتَلَمَ الرُّكْنَ فَرَمَلَ ثَلاَثاً وَمَشَى أَرْبَعاً. ثُمَّ نَفَذَ إِلَى مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ. فَقَرَأَ {وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى} (2البقرة الآية: 521) فَجَعَلَ الْمَقَامَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ. فَكَانَ أَبِي يَقُولُ (وَلاَ أَعْلَمُهُ ذَكَرَهُ إِلاَّ عَنِ النَّبِيِّ ): كَانَ يَقْرَأُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ: {قُلْ هُوَ اللّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ يا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ}، ثُمَّ رَجَعَ إِلَى الرُّكْنِ فَاسْتَلَمَهُ. ثُمَّ خَرَجَ مِنَ الْبَابِ إِلَى الصَّفَا. فَلَمَّا دَنَا مِنَ الصَّفَا قَرَأَ: {إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللّهِ} (2البقرة الآية: 851) «أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللّهُ بِهِ» فَبَدَأَ بِالصَّفَا. فَرَقِيَ عَلَيْهِ. حَتَّى رَأَى الْبَيْتَ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ. فَوَحَّدَ اللّهَ، وَكَبَّرَهُ. وَقالَ: «لاَ إِلهَ إِلاَّ اللّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ. لَهُ الْمُلْكَ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللّهُ وَحْدَهُ. أَنْجَزَ وَعْدَهُ. وَنَصَرَ عَبْدَهُ. وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ» ثُمَّ دَعَا بَيْنَ ذَلِكَ. قَالَ مِثْلَ هَـذَا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ. ثُمَّ نَزَلَ إِلَى الْمَرْوَةِ. حَتَّى إِذَا انْصَبَّتْ قَدَمَاهُ فِي بَطْنِ الْوَادِي سَعَى. حَتَّى إِذَا صَعِيدَنَا مَشَى. حَتَّى أَتَى الْمَرْوَةَ. فَفَعَلَ عَلَى الْمَرْوَةِ كَمَا فَعَلَ عَلَى الصَّفَا. حَتَّى إِذَا كَانَ آخِرُ طَوَافِهِ عَلَى الْمَرْوَةِ فَقَالَ: «لَوْ أَنِّي اسْتَقْبَلْتُ مِنْ أَمْرِي مَا اسْتَدْبَرْتُ لَمْ أَسُقِ الْهَدْيَ. وَجَعَلْتُهَا عُمْرَةً. فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ لَيْسَ مَعَهُ هَدْيٌ فَلْيَحِلَّ. وَلْيَجْعَلْهَا عُمْرَةً». فَقَامَ سُرَاقَةُ بْنُ مَالِكِ بْنِ جُعْشُمٍ. فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللّهِ أَلِعَامِنا هذَا أَمْ لأَبَدٍ؟ فَشَبَّكَ رَسُولُ اللّهِ أَصَابِعَهُ وَاحِدَةً فِي الأُخْرَى. وَقَالَ: «دَخَلَتِ الْعُمْرَةُ فِي الْحَجِّ» مَرَّتَيْنِ «لاَ بَلْ لأَبَدٍ أَبَدٍ» وَقَدِمَ عَلِيٌّ مِنَ اليَمَنِ بِبُدْنِ النَّبِيِّ . فَوَجَدَ فَاطِمَةَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا مِمَّنْ حَلَّ. وَلَبِسَتْ ثِيَاباً صَبِيغاً. وَاكْتَحَلَتْ فَأَنْكَرَ ذلِكَ، عَلَيْهَا. فَقَالَتْ: إِنَّ أَبِي أَمَرَنِي بِهذَا. قَالَ: فَكَانَ عَلِيٌّ يَقُولُ، بِالْعِرَاقِ: فَذَهَبْتُ إِلَى رَسُولِ اللّهِ مُحَرِّشاً عَلَى فَاطِمَةَ. لِلَّذِي صَنَعَتْ. مُسْتَفْتِياً لِرَسُولِ اللّهِ فِيمَا ذَكَرَتْ عَنْهُ فَأَخْبَرْتُهُ أَنِّي أَنْكَرْتُ ذلِك عَلَيْهَا. فَقَالَ: «صَدَقَتْ صَدَقَتْ. مَاذَا قُلْتَ حِينَ فَرَضْتَ الْحَجَّ؟» قَالَ قُلْتُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أُهِلُّ بِمَا أَهَلَّ بِهِ رَسُولُكَ. قَالَ: «فَإِنَّ مَعِيَ الْهَدْيَ فَلاَ تَحِلُّ» قَالَ: فَكَانَ جَمَاعَةُ الْهَدَي الَّذِي قَدِمَ بِهِ عَلِيٌّ مِنَ الْيَمَنِ وَالَّذِي أَتَى بِهِ النَّبِيُّ مِائَةً. قَالَ: فَحَلَّ النَّاسُ كُلُّهُمْ وَقَصَّرُوا. إِلاَّ النَّبِيَّ وَمَنْ كَانَ مَعَهُ هَدْيٌ. فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ التَّرْوِيَةِ تَوَجَّهُوا إِلَى مِنًى. فَأَهَلُّوا بِالْحَجِّ يَوْمَ التَّرْوِيَةِ. وَرَكِبَ رَسُولُ اللّهِ فَصَلَّى بِهَا الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ. ثُمَّ مَكَثَ قَلِيلاً حَتَّى طَلَعَتِ الشَّمْسُ. وَأَمَرَ بِقُبَّةٍ مِنْ شَعَرٍ تُضْرَبُ لَهُ بِنَمِرَةَ. فَسَارَ رَسُولُ اللّهِ وَلاَ تَشُكُّ قُرَيْشٌ إِلاَّ أَنَّهُ وَاقِفٌ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ. كَمَا كَانَتْ قُرَيْشٌ تَصْنَعُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ. فَأَجَازَ رَسُولُ اللّهِ حَتَّى أَتَى عَرَفَةَ. فَوَجَدَ القُبَّةَ قَدْ ضُرِبَتْ لَهُ بِنَمِرَةَ. فَنَزَلَ بِهَا. حَتَّى إِذَا زَاغَتِ الشَّمْسُ أَمَرَ بِالْقَصْوَاءِ. فَرُحِلَتْ لَهُ. فَأَتَى بَطْنَ الْوَادِي. فَخَطَبَ النَّاسَ وَقَالَ: «إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هذَا، فِي شَهْرِكُمْ هذَا، فِي بَلَدِكُمْ هذَا. أَلاَ كُلُّ شَيْءٍ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ تَحْتَ قَدَمَيَّ مَوْضُوعٌ، وَدِمَاءُ الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوعَةٌ، وَإِنَّ أَوَّلَ دَمٍ أَضَعُ مِنْ دِمَائِنَا دَمُ ابْنِ رَبِيعَةَ بْنِ الْحَارِثِ، كَانَ مُسْتَرْضِعاً فِي بَنِي سَعْدٍ فَقَتَلَتْهُ هُذَيْلٌ، وَرِبَا الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوعٌ، وَأَوَّلُ رِباً أَضَعُ رِبَانَا، رِبَا عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ. فَإِنَّهُ مَوْضُوعٌ كُلُّهُ. فَاتَّقُوا اللّهِ فِي النِّسَاءِ. فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللّهِ، وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللّهِ. وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَداً تَكْرَهُونَهُ. فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْباً غَيْرَ مُبَرِّحٍ. وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ. وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ. كِتَابُ اللّهِ. وَأَنْتُمْ تُسْأَلُونَ عَنِّي. فَمَا أَنْتُمْ قَائِلُونَ؟» قَالُوا: نَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ وَأَدَّيْتَ وَنَصَحْتَ. فَقَالَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ، يَرْفَعُهَا إِلَى السَّمَاءِ وَيَنْكُتُهَا إِلَى النَّاسِ: «اللَّهُمَّ اشْهَدْ. اللَّهُمَّ اشْهَدْ» ثَلاَثَ مَرَّاتٍ. ثُمَّ أَذَّنَ. ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الظُّهْرَ. ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعَصْرَ. وَلَمْ يُصَلِّ بَيْنَهُمَا شَيْئاً. ثُمَّ رَكِبَ رَسُولُ اللّهِ . حَتَّى أَتَى الْمَوْقِفَ. فَجَعَلَ بَطْنَ نَاقَتِهِ الْقَصْوَاءِ إِلَى الصَّخَرَاتِ. وَجَعَلَ حَبْلَ الْمُشَاةِ بَيْنَ يَدَيْهِ. وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ. فَلَمْ يَزَلْ وَاقِفاً حَتَّى غَرَبَتِ الشَّمْسُ. وَذَهَبَتِ الصُّفْرَةُ قَلِيلاً حَتَّى غَابَ الْقُرْصُ. وَأَرْدَفَ أُسَامَةَ خَلْفَهُ. وَدَفَعَ رَسُولُ اللّهِ وَقَدْ شَنَقَ لِلْقَصْوَاءِ الزِّمَامَ. حَتَّى إِنَّ رَأْسَهَا لَيُصِيبُ مَوْرِكَ رَحْلِهِ. وَيَقُولُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى: «أَيُّهَا النَّاسُ السَّكِينَةَ السَّكِينَةَ» كُلَّمَا أَتَى حَبْلاً مِنَ الْحِبَالِ أَرْخَى لَهَا قَليلاً. حَتَّى تَصْعَدَ. حَتَّى أَتَى الْمُزْدَلِفَةَ. فَصَلَّى بِهَا الْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ بِأَذَانٍ وَاحِدٍ وَإِقَامَتَيْنِ. وَلَمْ يُسَبِّحْ بَيْنَهُمَا شَيْئاً. ثُمَّ اضْطَجَعَ رَسُولُ اللّهِ حَتَّى طَلَعَ الْفَجْرُ. وَصَلَّى الْفَجْرَ، حِينَ تَبَيَّنَ لَهُ الصُّبْحُ، بِأَذَانٍ وَإِقَامَةٍ. ثُمَّ رَكِبَ الْقَصْوَاءَ. حَتَّى أَتَى الْمَشْعَرَ الْحَرَامَ. فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ. فَدَعَاهُ وَكَبَّرَهُ وَهَلَّلَهُ وَوَحَّدَهُ. فَلَمْ يَزَلْ وَاقِفَاً حَتَّى أَسْفَرَ جِدّاً. فَدَفَعَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ. وَأَرْدَفَ الْفَضْلَ بْنَ عَبَّاسٍ. وَكَانَ رَجُلاً حَسَنَ الشَّعْرِ أَبْيَضَ وَسِيماً. فَلَمَّا دَفَعَ رَسُولُ اللّهِ مَرَّتْ بِهِ ظُعُنٌ يَجْرِينَ. فَطَفِقَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهِنَّ. فَوَضَعَ رَسُولُ اللّهِ يَدَهُ عَلَى وَجْهِ الْفَضْلِ. فَحَوَّلَ الْفَضْلُ وَجْهَهُ إِلَى الشِّقِّ الآخَرِ يَنْظُرُ. فَحَوَّلَ رَسُولُ اللّهِ يَدَهُ مِنَ الشِّقِّ الآخَرِ عَلَى وَجْهِ الْفَضْلِ. يَصْرِفُ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الآخَرِ يَنْظُرُ. حَتَّى أَتَى بَطْنَ مُحَسِّرٍ. فَحَرَّكَ قَلِيلاً. ثُمَّ سَلَكَ الطَّرِيقَ الْوُسْطَى الَّتِي تَخْرُجُ عَلَى الْجَمْرَةِ الْكُبْرَى. حَتَّى أَتَى الْجَمْرَةَ الَّتِي عِنْدَ الشَّجَرَةِ. فَرَمَاهَا بِسَبْعِ حَصَيَاتٍ. يُكَبِّرُ مَعَ كُلِّ حَصَاةٍ مِنْهَا. مِثْلِ حَصَى الْخَذْفِ. رَمَى مِنْ بَطْنِ الْوَادِي. ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى الْمَنْحَرِ. فَنَحَرَ ثَلاَثَاً وَسِتِّينَ بِيَدِهِ. ثُمَّ أَعْطَى عَلِيّاً. فَنَحَرَ مَا غَبَرَ. وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ. ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنَةٍ بِبَضْعَةٍ. فَجُعِلَتْ فِي قِدْرٍ. فَطُبِخَتْ. فَأَكَلاَ مِنْ لَحْمِهَا وَشَرِبَا مِنْ مَرَقِهَا. ثُمَّ رَكِبَ رَسُولُ اللّهِ فَأَفَاضَ إِلَى الْبَيْتِ. فَصَلَّى بِمَكَّةَ الظُّهْرَ. فَأَتَى بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَسْقُونَ عَلَى زَمْزَمَ. فَقَالَ: «انْزِعُوا. بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَلَوْلاَ أَنْ يَغْلِبَكُمْ النَّاسُ عَلَى سِقَايَتِكُمْ لَنَزَعْتُ مَعَكُمْ» فَنَاوَلُوهُ دَلْواً فَشَرِبَ مِنْهُ. (رواه مسلم)
Muslim bin Hajjaj, [Sahih Muslim, hadits no. 2903], (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1992), Juz VIII, hlm. 135.
Ertinya: Dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya, dia berkata, ''Kami datang ke rumah Jabir bin Abdullah, lalu dia bertanya kepada kami satu persatu, siapa nama kami masing-masing. Sampai pada giliranku, aku sebutkan namaku Muhammad bin Ali bin Husain. Lalu dia membelai kepalaku dan membuka kancing bajuku yang atas serta yang bawah. Kemudian dia meletakkan telapak tangannya di dadaku. Ketika itu, aku masih muda belia. Lalu dia berkata, ''Selamat datang wahai anak saudaraku, tanyakanlah apa yang kamu inginkan.'' Maka aku pun bertanya kepadanya yang waktu itu dia sudah dalam keadaan buta. Ketika waktu solat tiba, dia berdiri berselimutkan sehelai kain. Setiap kali kain itu dia selempangkan ke bahunya, ujungnya selalu kembali lagi karena kecilnya. Selendangnya diletakkan pada gantungan di sampingnya. Setelah itu dia solat bersama kami.''
Kemudian saya berkata, ''Beritakanlah kepadaku tentang haji Rasulullah SAW! Lalu dia mengisyaratkan dengan tangannya sambil menunjukkan sembilan anak jarinya dan berkata, ''Sembilan tahun lamanya Rasulullah SAW menetap di Madinah, belum menunaikan haji. Kemudian beliau memberitahukan pada tahun kesepuluh, bahawa beliau akan berhaji di musim itu. Banyak orang datang ke Madinah, mereka berharap mengikuti langsung Rasulullah SAW dan beramal seperti amalan beliau.''
Kemudian kami berangkat bersamasama dengan Rasulullah. Ketika sampai di Żulḥulaifah, Asma’ binti Umais RA melahirkan putranya, yaitu Muhammad bin Abu Bakr. Dia menyuruh untuk menanyakan kepada Rasulullah SAW apa yang harus dilakukannya (karena melahirkan itu), maka beliau pun bersabda, ''Mandi dan bersihkanlah darah nifasmu dengan kain dan berihramlah!''
Rasulullah SAW solat di masjid Żulḥulaifah, kemudian beliau menaiki untanya yang bernama alQaṣwa. Setelah sampai di dataran tinggi berbatu karang (alBayda), aku melihat di sekelilingku, alangkah banyaknya orang yang mengiringi beliau, yang berkendaraan dan yang berjalan kaki, di kanan kiri dan di belakang beliau. Dalam perjalanan itu, beliau selalu dituntun oleh al-Qurān (wahyu Allah) dan beliaulah yang lebih mengetahui maksudnya. Apapun yang beliau amalkan, kami laksanakan pula. Selanjutnya, beliau mengangkat suara bacaan talbiyah: Labbaika allahumma labbaik, labbaika lā syarīka laka labbaik, innal ḥamda wanni’mata laka wal mulk, lā syarīka laka (Aku penuhi panggilanMu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu. Aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji dan seluruh nikmat adalah milik-Mu, begitu pula kekuasaan, tiada sekutu bagi-Mu). Maka semua orang (yang berhaji bersama beliau) juga mengucapkan talbiyah, seperti talbiyah Nabi SAW. Beliau tidak melarang mereka mengucapkannya, dan beliau terus mengucapkan talbiyah.
Jabir ra berkata, ''Kami berniat hanya untuk mengerjakan haji, tidak untuk umrah.'' Setelah sampai di Baitullah, beliau menyalami sudutnya (Hajar Aswad), kemudian beliau ṭawaf dengan berlarilari kecil tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran. Selanjutnya beliau menuju ke Maqam Ibrahim AS dan membaca ayat:
وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى.
Posisi Maqam Ibrahim berada di antara tempat beliau berdiri dengan Baitullah. Ayahku (Ali bin Husain) mengatakan, bahawa Nabi SAW membaca dalam solatnya surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlaṣ. Kemudian beliau kembali ke sudut Hajar Aswad, lalu menyalaminya dan keluar melalui pintu Șafa menuju bukit Șafa. Setelah mendekati bukit Șafa beliau membaca ayat:
إِنَّ الصَّفَا والْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ
Rasulullah SAW mengucapkan pula:
أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ
Ertinya: Aku memulai sebagaimana Allah memulainya.
Lalu beliau mendaki bukit Șafa hingga terlihat Baitullah. Beliau pun menghadap ke arahnya seraya mentauhidkan Allah dan mengagungkan-Nya, dengan membaca:لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Beliau mengulangi kalimat-kalimat itu tiga kali dan berdoa di antaranya. Kemudian beliau turun menuju bukit Marwah. Setelah sampai di dataran lembah, beliau berlari-lari kecil. Pada saat mendaki bukit Marwah, beliau kembali berjalan. Setelah sampai di bukit Marwah, beliau melakukan apa yang dilakukannya di bukit Șafa. Ketika beliau mengakhiri sa’inya di bukit Marwah, beliau bersabda, ''Seandainya saya mengetahui sejak semula, apa yang saya perintahkan saat ini, tentu saya tidak akan membawa haiwan kurban dan menjadikannya sebagai umrah. Karena itu siapa pun di antara kamu sekalian yang tidak membawa haiwan kurban, maka bertaḥallullah dan jadikanlah ia umrah.''
Lalu Suraqah bin Malik bin Ju’syum bertanya, ''Wahai Rasulullah, apakah untuk tahun ini saja ataukah untuk selama-lamanya?'' Rasulullah SAW mempersilangkan (mempertautkan) jari-jari tangannya seraya bersabda, ''Masukkan umrah ke dalam haji, memasukkan umrah ke dalam haji ini, untuk selama-lamanya''.
Sementara itu, Ali datang dari Yaman membawa haiwan kurban Nabi SAW. Dia menemui Fatimah termasuk di antara mereka yang taḥallul dan mengenakan pakaian bercelup serta bercelak mata. Ali melarangnya berbuat demikian. Fatimah menjawab, ''Ayahku sendiri yang menyuruhku berbuat seperti ini.''
Al-Baqir (Muhammad bin Ali Zainal Abidin) berkata, ''Ketika di Iraq, Ali ra mengatakan, ''Saya menemui Rasulullah SAW dengan kendaan kesal atas perbuatan Fatimah dan meminta fatwa kepada Rasulullah tentang apa yang diperbuat oleh Fatimah. Saya sampaikan kepada beliau, bahawa saya tidak menyetujui hal itu. Beliau menjawab, ''Fatimah benar, Fatimah benar.'' Kemudian beliau bertanya kepada Ali, ''Apa yang kamu ucapkan ketika menunaikan haji?'' Ali menjawab, ''Saya mengucapkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أُهِلُّ بِمَا أَهَلَّ بِهِ رَسُوْلُكَ
Lalu Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya aku membawa hadyu (haiwan kurban). Karenanya kamu jangan bertaḥallul."
Muhammad (al-Baqir) berkata, "Jumlah haiwan kurban yang dibawa Ali dari Yaman dan yang dibawa Nabi SAW sebanyak seratus ekor. Seluruh orang pun bertaḥallul dengan memotong pendek rambut mereka, kecuali Nabi SAW dan orang-orang yang membawa haiwan kurban.
Ketika hari tarwiyah tiba (tanggal 8 Żulḥijjah), mereka mulai bergerak menuju Mina setelah berniat (di Abṭaḥ) menunaikan haji. Rasulullah SAW menaiki untanya. Di Mina beliau solat Ẓuhur, Ashar, Maghrib, Isya, dan Subuh. Kemudian beliau menunggu sebentar hingga terbit matahari. Sementara itu beliau menyuruh orang lebih dahulu ke Namirah untuk mendirikan kemah di sana.
Sedangkan orang Quraisy mengira, bahawa beliau tentu akan berhenti di al-Masy'ar al-Haram (dataran tinggi di Muzdalifah) sebagaimana pada masa jahiliyah biasa dilakukan oleh suku Quraisy. Tetapi ternyata beliau melewatinya saja dan terus menuju Arafah.
Sampai di Namirah, beliau menemukan tenda telah didirikan, maka beliau pun beristirahat di situ. Ketika matahari telah condong ke barat, beliau meminta untuk didatangkan al-Qaṣwa. Lalu beliau menaikinya dan dituntun menuju lembah (‘Uranah) dan berkhutbah:
"Sesungguhnya menumpahkan darah, merampas harta sesamamu adalah haram sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, pada bulan ini, dan di negeri ini. Ketahuilah, sesungguhnya semua yang berbau jahiliyah telah terkubur (dihapuskan) di bawah kedua telapak kakiku, termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah yang pertama aku hapuskan adalah darah Ibnu Rabi'ah bin Harits yang disusukan oleh Bani Sa'ad, lalu dia dibunuh oleh Huzail. Begitu pula riba jahiliyah telah terkubur dan yang pertama aku hapuskan adalah riba yang dilakukan oleh Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh riba telah aku hapuskan, maka bertakwalah kepada Allah dalam memperlakukan perempuan! Karena sesungguhnya engkau ambil mereka sebagai amanah dari Allah, dan mereka halal bagimu dengan mematuhi ketentuan-ketentuan Allah. Kamu punya hak atas mereka, yaitu mereka tidak boleh membiarkan orang lain tidur di tempat tidurmu (berselingkuh). Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak menciderai. Sebaliknya, mereka punya hak atasmu, yaitu nafkah dan pakaian yang pantas."
"Aku mewariskan kepadamu sekalian suatu pedoman hidup, yang jika kalian pegang teguh, maka kalian tidak akan tersesat selamanya, yaitu Kitabullah (al-Qurān). Kamu sekalian nanti akan ditanya tentang aku, maka kalian akan menjawab apa?" Mereka berkata, "Kami bersaksi bahawa engkau benar-benar telah menyampaikan risalah, menunaikan tugas, dan memberi nasihat kepada kami." Kemudian beliau mengangkat telunjuknya ke atas langit dan mengarahkannya kepada orang banyak seraya berkata, "Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah (sebanyak tiga kali)."
Kemudian berkumandang adzan dan terus iqamat, dan Rasulullah SAW solat Ẓuhur, kemudian iqamat lagi dan beliau solat Ashar tanpa solat sunnah di antara keduanya. Setelah itu, beliau meneruskan perjalanan menuju tempat wukuf. Sampai di sana, beliau menghentikan untanya al-Qaṣwa di atas ‘shakharat' (tempat bebatuan) dan bukit al-Musyah (Jabal Rahmah) di hadapannya dan menghadap ke arah kiblat. Rasulullah SAW wukuf sampai matahari terbenam dan mega merah menghilang. Kemudian beliau meneruskan perjalanan dengan memboncengkan Usamah di belakangnya. Beliau sengaja menarik tali kekang unta itu, sehingga kepalanya hampir menyentuh bantal pelana, seraya berkata sambil berisyarat kepada umatnya, "Wahai manusia, tenanglah, tenanglah!"
Setiap sampai di bukit, beliau mengendorkan sedikit tali unta untuk memudahkannya mendaki. Sesampai di Muzdalifah, beliau solat Maghrib dan Isya dengan satu kali adzan dan dua iqamat tanpa solat sunnah antara keduanya. Kemudian beliau istirahat hingga terbit fajar. Setelah tiba waktu Subuh, beliau solat Subuh dengan satu adzan dan satu iqamat. Lalu beliau menaiki pula al-Qaṣwa meneruskan perjalanan menuju al-Masy'ar al-Haram. Sampai di sana, beliau menghadap kiblat, berdoa, bertakbir, bertahlil, dan membaca kalimat tauhid. Beliau wukuf di sana hingga langit kekuning-kuningan dan berangkat sebelum matahari terbit sambil memboncengkan Fadlal bin Abbas. Fadlal adalah seorang laki-laki berambut indah, berwajah bersih, dan gagah. Ketika beliau berangkat, lewatlah unta-unta yang membawa perempuan dan Fadhal pun memandang mereka. Rasulullah SAW menutup muka Fadhal dengan tangannya, tetapi Fadlal menoleh ke arah lain untuk melihat. Rasulullah SAW menutup pula mukanya dengan tangan lain, sehingga Fadlal mengarahkan pandangannya ke tempat lain. Setelah sampai di lembah Muhassir, beliau mempercepat untanya dan menempuh jalan tengah yang langsung menuju jamrah al-kubra. Setelah sampai di jamrah (Aqabah) dekat sebatang pohon, beliau melontar dengan tujuh buah batu kerikil sebesar batu ketapel sambil bertakbir di setiap lontaran. Kemudian beliau terus menuju tempat penyembelihan kurban. Di sana, beliau menyembelih 63 haiwan kurban dengan tangannya dan sisanya diserahkan kepada Ali untuk menyembelihnya, dan beliau memperuntukkan korban itu buat Ali. Kemudian beliau menyuruh untuk mengambil dari setiap haiwan kurban itu sebahagian daging, lalu dimasak dan beliau pun memakan daging itu dan kuahnya.
Sesudah itu, beliau menaiki unta menuju Baitullah (untuk ṭawaf). Beliau solat Ẓuhur di Mekah. Sesudah itu, beliau mendatangi Bani Abdul Muthalib yang sedang menimba di sumur zamzam. Beliau berkata kepada mereka, "Wahai Bani Abdul Muthalib, tariklah ember kalian (untuk memberikan minum). Seandainya orang banyak tidak akan berebutan, tentu aku akan membantu kalian menimba bersama-sama." Lalu mereka menimbakan seember (air zamzam) dan beliau minumnya. (HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.