Banyakan Berdoa Terutama 10 Malam Terakhir Ramadhan al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Tuesday, June 6, 2017

Banyakan Berdoa Terutama 10 Malam Terakhir Ramadhan

Banyakan Berdoa Terutama 10 Malam Terakhir Ramadhan


Mengharap terkabul doa
Imam asy-Syafie berkata:Dari Makhul,dari Rasulullah s.a.w,beliau bersabda,
"Mintalah diperkenankan doa ketika bertemu tentera,ketika mendirikan solat,dan ketika hujan turun."[Kitab al-Umm jilid I hlm 356]

Diam ketika melihat awan hujan dan angin

Imam asy-Syafie berkata:Dari Muthalib bin Hanthab,bahawa apabila langit berkilat (petir) atau terjadi guntur (guruh),maka hal itu dapat diketahui dari wajah Rasulullah s.a.w,dan apabila hujan turun,beliau gembira."[1]

Imam asy-Syafie berkata:Diriwayatkan dari Aisyah r.anha,ia berkata,"Adalah Rasulullah s.a.w apabila melihat sesuatu di langit yakni:awan,maka beliau tinggalkan pekerjaanya dan menghadap ke kiblat lalu berdoa:
'Ya Allah,turunkanlah hujan yang penuh manfaat'[2]
Imam asy-Syafie berkata:Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,ia berkata:Apabila angin berhembus,Rasulullah s.a.w duduk sambil berlutut an berdoa:
"Ya Allah,jadikanlah angin itu sebagai rahmat,dan janganlah Engkau menjadikan ia sebagai azab.Ya Allah,jadikanlah ia sejuk bagi kami dan jangan Engkau jadikan ia sebagai angin taufan."

Imam asy-Syafie berkata:Telah mengkhabarkan kepada kami dari orang yang terpercaya (tsiqah)[3] bahawa Mujahid mengatakan,"Guruh itu adalah malaikat dan kilat itu adalah sayap para malaikat yang menghalau awan."

Imam asy-Syafie berkata:Apa yang diungkapkan Mujahid serupa dengan yang di isyaratkan al-Quran.Telah mengkhabarkan kepada kami dari orang yang terpecaya,dari Mujahid bahawa ia berkata,"Saya tidak mendengar bahawa seseorang melihat kilat dengan matanya,seoalah-olah ia mengisyaratkan firman Allah s.w.t dalam al-Quran,'Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka'."(Surah al-Baqarah ayat 20).

Telah sampai kepada kami dari Mujahit,ia berkata,"Saya pernah mendengar orang yang terkena sambaran halilintar (petir),seakan-akan ia mengisyaratkan firman Allah didalam al-Quran,"dan Dia mengirimkan halilintar (petir) lalu mengenai siapa yang dikehendakinya'."(Suran ar-Rad ayat 13)
Kitab al-Umm hlm 358 jilid I

Malam Yang Utama Berdoa


Doa jika bertepatan jatuhnya lailatul qadar,inn syaAllah menghasilkan keuntungan yang lebih baik dari seribu bulan walau sekadar doa.Apabila seseorang mengharapkan sesuatu setelah sedaya upaya melakukanya (berusaha sehabis mungkin),maka doa itu adalah permohonan yang rasmi.Didalam doa itu dipandang sebagai seorang hamba kepada tuhanya.Seharusnya mengetahui bahawa terdapat malam-malam atau waktu-waktu utama untuk berdoa,satu waktunya adalah malam lailatul qadar.

Kepentingan berdoa di malam lailatul qadar membuatkan Rasulullah s.a.w mengajarkan cara dan bagaimana berdoa seperti mana di amalkan oleh ummul mukminin Aisyah r.anha yang mana tercatit dibawah:

Ada doa yang pernah diajarkan oleh Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam jikalau kita bertemu dengan malam kemuliaan tersebut yaitu doa: 

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni 
(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku).

 عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ  قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى


Dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,iaitu jika saja ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, lantas apa doa yang mesti kuucapkan?” Jawab Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, kerananya maafkanlah aku).”[4] 


Hubungan Antara Hamba Dengan Tuhanya

Doa menunjukkan hubungan antara makhluk-Nya dengan Nya itu begitu rapat.Makhluk-Nya bergantung harap pada tuhanya.Dan doa itu menunjukan permohonan kepada tuhanya agar diberikan,dikurniakan sesuatu yang baik dunia akhirat kerana segala yang ditaqdirkan adalah atas kehendak Allah s.w.t.

Doa itu adalah perkara yang mendekatkan seseorang itu dengan Allah,dan Allah mendengar doa hamba-Nya (selagi mana doa itu tidak terkandung perkara yang mungkar atau mudarat atau perkara yang tidak layak dipohonkan atau dipohon secara berlebihan seperti memohon mahligai yang begitu begini didalam syurga,sedangkan Allah s.w.t lebih layak menentukan berapa kadar yang sesuai didalam syurga).

Dengan doa,ia dapat menenangkan hati dan perasaan.Dapat memberikan rasa pengharapan kepada Allah s.w.t.Oleh itu,mintalah perkara yang bersesuaian dengan kita seperti mana kita ketahui kita ini memiliki dosa,maka mintalah keampunan dan diberikan keredhaan dan seumpamanya.Allah s.w.t adalah Maha Pengampun (kecuali tertentu seperti syirik),maka memperbanyakan keampunan Allah s.w.t adalah perkara yang perlu diberikan perhatian.Serta eloklah kiranya sentiasa mengingati Allah s.w.t disaat lapang dan disaat sempit,nescaya Allah s.w.t turut mengingati seseorang itu disaat ia lapang mahupun sempit.Allahualam.


Rujukan Dan Istilah

[1]Tartiib Musnad Imam asy-Syafie,permbahasan tentang solat,bab ke-16,"Doa"Hadits 500,juz 1,hlm 173.
[2]Tartiib Musnad Imam asy-Syafie,permbahasan tentang solat,bab ke-16,"Doa"Hadits 501,juz 1,hlm 174.
[Kitab al-Umm hlm 356-357]
[3]Tsiqah adalh orang yang terpercaya dalam meriwayatkan hadits,mestilah seorang yang islam,baligh,baik akhlaknya,turut katanya,miliki akal (berakal mampu membezakan haq dan dusta),kefahaman yang baik (sempurna) jujur,amanah,taqwa,hafalan yang baik,kuat ingatan,tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil,tidak mengalami ragu-ragu,dan lain-lain yang kesemuanya memiliki ciri-ciri seperti 'adalah, sempurna dhabt dan itqan-nya'
[4]HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850. Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahawa hadits ini hasan sahih. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadits ini sahih). Hadits ini dibawakan oleh Imam Tirmidzi dalam bab “Keutamaan meminta maaf dan ampunan pada Allah”. Hadits di atas disebutkan pula oleh Ibnu Hajar dalam Bulughul Marom pada hadits no. 706.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.