Kiamat Pada Hari Jumaat al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Friday, August 18, 2017

Kiamat Pada Hari Jumaat

Kiamat Pada Hari Jumaat
Sesungguhnya,hari jumaat itu telah dipilih sebagai hari yang cukup besar,iaitu terpilihnya hari jumaat sebagai hari akan berlakunya hari kiamat.Hari kiamat bukanlah hari yang disukai.Namun bagi orang-orang beriman,itulah hari penamat untuk mereka merasa derita didunia.Sesungguhnya,mereka berasa gembira untuk bertemu Rabb mereka.Tidak ada dukacita buat mereka pada hari kiamat.

Hari jumaat adalah istimewa.Terdapat berbagai peristiwa berlaku dan akan berlaku pada hari jumaat.Keutamaan jumaat berbanding hari lain begitu terserlah dengan beberapa hadits yang dapat dibawakan menyebutkan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari jumaat.

Dari Aus bin ‘Aus, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

“Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling utama adalah hari Jumaat.Di hari itu, Adam diciptakan; di hari itu, Adam meninggal; di hari itu, tiupan sangkakala pertama dilaksanakan; di hari itu pula, tiupan kedua dilakukan.” (HR. Abu Daud no. 1047, An Nasai no. 1374, Ibnu Majah no. 1085 dan Ahmad)


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Sebaik-baik hari dimana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari Jum’at Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari Jumaat itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Hari Kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (HR.  Muslim no. 854).

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

“Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Surah Al Ahzab: 63)

Namun hari kiamat tidak akan terjadi melainkan lengkap dengan tanda-tandanya.Sesungguhnya,Allah s.w.t memberikan tanda-tanda ini agar umat manusia dapat melakukan persiapan sebelum menjelang kiamat.Ini kerana,manusia tidak akan diberikan peluang lagi untuk hidup seandainya mereka mati dalam keadaan suul khotimah.

Mereka yang memperolehi husnul khotimah adalah golongan yang tentu memperolehi kegembiraan dan disambut baik oleh malaikat-malaikat di alam sana.Mereka akan diberikan ucapan salam sebagai tanda kesejahteraan sedang menanti mereka yang mendapat husnul khotimah.Adapun,pada hari kiamat kelak,hari jumaat adalah hari yang utama.Perbicaraan pada hari itu diutamakan kepada umat Rasulullah s.a.w.Mereka yang bukan dari umat Rasulullah s.a.w akan dibicarakan kemudian.Misalnya,hari sabtu,orang yahudi memang memiliki pertalian yang kuat dengan hari sabtu.Sementara umat Rasulullah s.a.w adalah dikurniakan hari jumaat sebagai hari yang besar.

Telah berbagai pertunjuk yang Allah s.w.t telah berikan kepada umat manusia,agar melakukan persiapan bahawa,manusia tidak diciptakan untuk tinggal didunia selama-lamanya,dan juga sebagai pemberi semangat kepada golongan yang lemah,yang dizalimi,ditindas serta dianiaya agar bersabar menanti hari pembicaraan yang di hakimi oleh Tuhan semesta alam.Mereka semua akan diberikan keputusan dan diberikan hak masing-masing tanpa dikurangkan sedikitpun.

Dan pada hari itu,segala bentuk pemerintahan adalah dibawah kekuasaan Allah,raja sekalian Alam.

Allahualam





No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.