Keadaan peperangan di Syria tidak menunjukan tanda-tanda akan reda dari sebarang pengolakan konflik sejak lebih 6 tahun yang lalu.Bahkan tidak ada sebarang kata putus dalam menetapkan sebarang bentuk keamanan.Ini ditambah kemunculan beberapa campur tangan kepentingan tentera asing seperti penganas amerika dan penganas russia dan beberapa kemunculan pejuang seperti terbaru apabila munculnya kumpula daripada Afganistan yang berfahaman syiah di Syria beberapa minggu lalu pasti menimbulkan sengketa bertindih di sana.
Dalam satu pertempuran oleh Faylaq ar-Rahman,kumpulan mujahidin islamiyah yang menuntut keadilan dan kebajikan dan menentang kekejamam penganas Basyar Assad dalam membunuh rakyat syria,mengumumkan bahawa telah berjaya menumpaskan tentera regim Basyar Assad dalam satu serangan hendap di Ayn Tamar.Dalam serangan itu,mujahidin faylaq ar-Rahman berkata,20 orang tentera regim syiah Basyar Assad ditumpaskan.
Mujahidin Faylaq ar-Rahman memusnahkan 2 kereta kebal T72 di Ayn Tarma (Timur Dimashq).Dalam pertempuran berasingan beberapa hari lalu,tentera Syria (Regim Basyar) gagal merampas wilayah Ayn Tarma di Ghouta timur Dimashq.
Menurut sabda Rasulullah s.a.w,bahawa pasukan muslimin akan tetap memenangi pertempuran walaupun berdepan dengan 80 bendera musuh mereka.Baginda s.a.w bersabda juga bahawa,setiap bendera terdapat 12,000 tentera.Pasukan muslimin bertempur dengan mereka dalam beberapa hari lalu menang.Inn syaAllah.
Sumber:https://twitter.com/Alrahmancorps4
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.