Hadits mengenai pohon gharqad disebutkan secara khusus didalam kiamat tentang peristiwa yang akan berlaku menjelang dekatnya hari kiamat.Kaitan antara yahudi dan pokok gharqad ini begitu khusus sekali,dimana yahudi akan menjadikan pokok gharqad sebagai tempat pelindungan ketika mana tidak ada pelindungan untuk mereka pada waktu itu,maka pokok gharqad itulah akan menjadi tempat persembunyian mereka daripada orang-orang islam.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
TAKHRIJ HADITS
Hadits dengan lafazh seperti ini dibawakan oleh Muslim dalam Sahih-nya di kitab al Fitan wa Asyrathus-Sa’ah, bab Laa taqumus-sa’atu hatta yamurrar-rajulu fi qabarir-rajuli, no. 2922. Demikian pula Imam Ahmad dalam Musnad-nya hadits no. 27502. Sedangkan Bukhari membawakan hadits Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ini dengan lafazh semakna, namun tanpa menyebutkan kata gharqad dalam kitab al Jihad wasy-Sayr, bab Qitalul Yahud, no. 2926. Juga Imam Ahmad pada hadits no. 10476.Dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiyallahu ‘anhu yang dibawakan oleh Bukhari terdapat dalam kitab al Manaqib, bab ‘Alamatun Nubuwwah fil Islam, hadits no. 3593. Muslim di kitab al Fitan wa Asyrathus-Sa’ah,bab Laa taqumus-sa’atu hatta yamurrar-rajulu fi qabarir-rajuli, hadits no. 2921. At Tirmidzi dalam Sunan-nya di kitab al Fitan, bab Maa ja-a fi ‘alamatid-Dajjal, hadits no. 2236 serta Imam Ahmad dalam Musnad-nya, hadits no. 6112, 6151 dan 5330, semuanya dari jalur Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar dari ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiyallahu ‘anhuma dengan lafazh :
Jika melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak zionist setelah menduduki bumi palestin,antara kegiatan yang mereka telah lakukan adalah mendirikan rumah-rumah,tembok-tembok,serta mengalakan penamat pokok untuk menghijaukan bumi palestin yang diduduki oleh mereka.Salah satunya adalah pokok gharqad.
Selain itu,mereka menjadikan pokok gharqad ini sebagai pelindungan daripada roket-roket hamas di palestin.Penanaman ini galak dilakukan di Ashkelon dan Sderot bagi tujuan melindungi landasan keretapi dan train.Tempat-tempat lain yang menjadi lokasi penanaman pokok gharqad dapat dilihat seperti Tel Aviv sehinggalah ke Hebron.
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.