Waktu Pintu Taubat Ditutup al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Monday, January 22, 2018

Waktu Pintu Taubat Ditutup

Waktu Pintu Taubat Ditutup
Berikut dibahaskan rahsia tanda-tanda atau kejadian yang jika ia berlaku,membawa makna pintu taubat ditutup kepada mereka yang belum berusaha menemui jalan kepada-Nya (ingin kembali kepada-Nya).

Adapun tanda-tanda ini ada yang khusus,ada juga yang umum.Makna khusus adalah jika seseorang itu alami,maka pintu taubat untuknya ditutup sedangkan bagi orang lain masih terbuka.Adapun terdapat tanda lain yang jika ia berlaku,maka seluruh manusia ditutup pintu taubatnya dan tidak dibuka kepada mereka hingga pada hari pengadilan oleh Allah s.w.t.Ini menunjukan bahawa,Allah s.w.t menjadikan alam dan kejadian semuanya secara berhikmah dan ada pengajaranya.Setiap tanda tersebut ada membawa makna tersendiri,salah satunya 'Pintu Taubat'.Tanda ini agar kita umat manusia segera beramal bagi yang telah mengaku beriman, dan segera beriman bagi yang belum beriman.


Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".

(Al-An'aam 6:158)



Rasulullah saw bersabda:

,ثَلاَثٌ إِذَا خَـرَجْنَ لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِـي إِيْمَانِهَا خَيْرًا طُلُوْعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَالدَّجَّالُ وَدَابَّةُ اْلأَرْضِ

“Ada tiga perkara yang jika keluar maka tidak akan berguna lagi keimanan orang yang belum beriman sebelumnya; atau belum mengusahakan kebaikan yang dilakukan dalam keimannya. Ketiga perkara itu adalah: terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang bumi.”(HR. Muslim)

Beliau juga bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ اْلآيَاتِ خُرُوْجًا طُلُوْعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَخُرُوْجُ الدَّابَّةِ عَلَـى النَّاسِ ضُحًى فَأَيُّهُمَا مَا كَانَتْ قَبْلَ صَاحِبَتِهَا فَاْلأُخْرَى عَلَى إِثْرِهَا قَرِيْبًا

“Sesungguhnya tanda-tanda (Kiamat) yangpertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat dan keluarnya binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Mana saja yang lebih dahulu muncul, maka yang satunya akan terjadi setelahnya dalam waktu yang dekat.”(HR. Muslim)

Beliau pun bersabda:

بَادِرُوا بِاْلأَعْمَالِ سِتًّا… )وَذَكَرَ مِنْهَا( دَابَّةَ اْلأَرْضِ

“Bersegeralah kalian beramal (sebelum datangnya) enam perkara… (beliau menyebutkan di antaranya) dabbah.”(HR. Muslim)


Dari ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin Umar bin Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda : “ Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai ke kerongkongan “. (HR. At Tirmizi)

Ayat Quran dan hadits-hadits diatas cukup memberikan peringatan kepada umat manusia agar didalam kesibukan mereka didunia,jangan sesekali melupakan keperluan akhiratnya.Sesungguhnya,Allah tidak meminta umat manusia datang kepada-Nya dengan membawa hasil kekayaan,anak yang ramai,begitu juga urusan-urusan duniawi semata-mata,akan tetapi Allah perintahkan mereka agar beriman dan taqwa.Allah hanya memandang perkara-perkara itu sahaja.Baik amalnya,maka kedudukan disisi Allah juga baik.Itulah hakikatnya bahawa diciptakan manusia agar mereka beribadah kepada Allah s.w.t.Namun konsep ibadah harus difahami secara mendalam.Harus memahami apa dimaksudkan ibadah kepada Allah s.w.t.Misalnya,berbuat baik kepada orang juga termasuk kepada ibadah.Kerja juga termasuk ibadah,kerana didalam Quran menyebutkan bahawa sesudah solat bertebaranlah mencari limpah kurnia Allah.Akan tetapi,didalam menjalani kehidupan sebagai manusia,pasti akan terdorong satu rasa membuat kesalahan.Kesalahan itu tidak mustahil berlaku.Saat timbul masalah adalah ia berterusan berlaku hingga melupakan jalan menuju akhirat.Maksudnya cinta dunia dan lupakan akhirat.

Berikut Adalah Tanda Tertutup Pintu Taubat

Ketika Munculnya Dajjal


Kemunculan Dajjal akan membawa kerosakan yang mengancam akidah.Fitnah dibawa adalah fitnah terbesar yang mengheret umat manusia kepada kekufuran.Mereka yang lemah iman atau tidak memperbaiki iman atau tidak langsung beriman berisiko menjadi pengikut Dajjal.Kemampuan Dajjal menyesatkan umat manusia adalah berdasarkan beberapa kelebihan yang ia miliki hingga orang-orang begitu cepat menjadi pengikut Dajjal.

Terbitnya Matahari Dari Barat


Matahari yang terbit dari barat adalah diluar kebiasaanya.Matahari lazimnya secara normal akan terbit di timur.Apabila matahari mulai terbit di barat,itu menandakan pintu taubat telah ditutup sepenuhnya oleh Allah s.w.t.Terbitnya matahari dibarat adalah tanda yang paling jelas dapat dilihat oleh umat manusia sama ada timur atau barat semua akan menyaksikan keganjilan yang terjadi pada hari itu.

Haiwan Yang Bercakap Di Akhir Zaman (ad-Dabbah)


Munculnya Dabbat al-ard ini dengan membawa barangan sepeti tongkat nabi Musa a.s dan juga cincin nabi Sulaiman a.s. dan keluar ke khalayak ramai bertemu dengan orang-orang di bandar-bandar serta kampung-kampung..Apabila binatang ini bertemu orang,ia akan menandakan setiap orang yang ia jumpa di wajahnya dengan tongkat dan cincin yang ia Bawa bersama.Apabila telah ditandai oleh Dabbah,ia tidak dapat dihapus lagi.

Ketika Nyawa Sampai Ke Kerongkong


Kalimat taubat keimanan tidak diterima lagi apabila saat ajal sudah berada didepan mata.Ini sebagaimana mengambil ibrah daripada kisah Firaun yang ingin beriman akan tetapi ditolak Allah ketika ajalnya didepan mata setelah ditengelamkan didalam laut kerana memerangi Nabi Musa a.s


وَجَاوَزْنَا بِبَنِيْۤ اِسْرَآءِيْلَ الْبَحْرَ فَاَتْبـَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُوْدُهٗ بَغْيًا وَّعَدْوًا ۗ حَتّٰۤى اِذَاۤ اَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ اٰمَنْتُ اَنَّهٗ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا الَّذِيْۤ اٰمَنَتْ بِهٖ بَنُوْۤا اِسْرَآءِيْلَ وَ اَنَاۡ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
(Yunus 10:90)

Ibnu Abbas menyatakan: 
Rasulullah SAW pernah bersabda, " Ketika Firaun berkata, Aku beriman bahawa tidak ada Tuhan kecuali Tuhan yang diimani oleh Bani Israil. Ketika itu Jibril berkata kepadaku, ' Sekiranya engkau melihatku ketika aku mengambil tanah liat dari laut, lalu aku masukkan ke dalam mulut Firaun, kerana khuatir bila ia akan mendapat rahmat (nescaya engkau akan melihat pemandangan yang mengerikan)

Dan Allah s.w.t yang Haq membalas kata-kata Firaun bahawa:

ءَآلْـَٰٔنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ ٱلْمُفْسِدِينَ

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.
(Yunus 10:91)


No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.