Ibrah Surah ar-Rum : Berfikir Dalam Hati al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Wednesday, February 14, 2018

Ibrah Surah ar-Rum : Berfikir Dalam Hati

Ibrah Surah ar-Rum : Berfikir Dalam Hati
Berfikir Dalam Hati Akan Ciptaan Allah

Mengambil ibrah daripada ayat 8 surah ar-Rum


"..Memikirkan dalam hati.."
Pada kebiasaanya manusia berfikir menggunakan kepala mereka.Akan tetapi didalam ini Allah s.w.t mahu manusia berfikir dalam hati.

Memikirkan dalam hati itu adalah tempat yang lebih berkesan,dimana hati adalah tempat niat.Apabila hatinya baik,tindakan seterusnya juga baik.Hati itu mampu digerakan kepada kebaikan.Berfikir dengan hati adalah yang dapat kami disini simpulkan adalah hati memelukan kepada makanan kerohanian.Makan itu adalah amal-amal kebajikan dan ibadah.Mengambil hadits Rasulullah s.a.w:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. 
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)

Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah hati. 
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Andai hati tidak dikawal dan diberikan makanan kerohanian yang baik,hati mudah rosak sebelum rosaknya diri.Rosaknya hati menandakan seluruh jiwa seseorang.Ia di ukur dari hati.



"Kebaikan hati adalah lambang kebijaksanaan seseorang"



sementara yang disebutkan



"Keburukan hati melambangkan kebodohan seseorang"


Hatinya tidak mampu mengawal tindak tanduk perilaku dirinya,tidak mampu memikirkan dan memberikan kesan bahawa yang mana perlu ditentukan.
Hati itu ada naluri.Gerak geri juga memiliki naluri semua itu tempatnya di hati (kecuali apa yang secara tidak sengaja yang kadang-kadang itu berlaku diluar apa yang hati mahukan).
Allah s.w.t menjadikan penciptaan-Nya begitu banyak manfaat dan hikmah.Allah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Terpuji Maha Bijaksana.Banyak lagi yang tidak dapat kita ketahui bahkan didalam diri kita masih belum sempurna untuk diketahui.

Tentang diri kita sendiri pun masih tidak diketahui perananya.Maka Allah ajar dan beri pelajaran satu demi satu secara ansur-ansur.Tambahan pula,Allah telah mengurniakan hati kepada mereka,setiap manusia sempurna pasti ada hati (kecuali tertentu).Maka mereka yang miliki hati ini sepatutnya mampu memanfaatkan tujuanya.

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
(Ar-Ruum 30:8).

Lihat tulisan Tafsir ar-Rum ayat 8 hingga 10 surah ar-Rum

1 comment:

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.