Agama Islam al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Wednesday, March 21, 2018

Agama Islam

Agama Islam
Agama itu adalah ibarat daripada himpunan segala hukum, yang dihantarkan oleh Allah Taala kepada sekelaian hambanya yang mukallaf atas lidah rasulNya, yang membawa kebajikan yang berkekalan kepada mereka.Keperluan seseorang fitrah manusia adalah beragama.Didalam asas-asas beragama adalah suatu ketetapan yang kukuh lagi terjamin perkaranya.Hal ini kerana,islam adalah satu-satunya agama Tauhid.Apabila menyentuh hal tauhid,perkara-perkara ini meliputi beberapa asas penting yang memacu agama seseorang.
Tanda Beragama
Segala Tanda beragama itu ada empat:
  1. Sah iktikad iaitu jazam (pasti) dengan apa yang diiktikadkan oleh Ahli Sunnah Waljamaah
  2. Benar qasad (niat) iaitu menunaikan ibadat dengan ikhlas
  3. Menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang disuruh
  4. Tiada melampaui sekatan iaitu meninggalkan segala yang dilarang.
Asas Agama
Agama itu diasaskan di atas tiga perkara iaitu Islam, Iman dan Ihsan
1. Islam
Pengertian Islam
Islam itu ialah apabila sesorang itu secara zahirnaya mengiktu dan menerima apa yang dicadangkan kepadanya oleh Nabi s.a.w. tentang apa yang diketahuinya mengenai agama secara “dharurah”(tidak perlu fikir dan bicara lagi), seperti dua kalimah syahadah dan solat. Dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu ialah ia mengaku dengan lidahnya apa yang disebut itu dan tiada menolaknya, sekali pun ia tidak mengamalkannya seperti meninggalkan solat dan seumpamanya selama-lamanya.
Rukun Islam Lima Perkara
  1. Mengucap Dua kalimah Syahadah. Bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Rukun ini tertentu kepada orang kafir yang hendak masuk agama Islam
  2. Mendirikan Solat Fardhu 5 Waktu
  3. Memberi Zakat
  4. Puasa Fardhu Ramadhan
  5. Menunaikan Fardhu Haji ke Baitullah, bagi mereka yang berkuasa sampai kepadanya.
2. Iman
Pengertian Iman
Iman itu ialah apabila hati membenarkan Nabi s.a.w. pada apa jua yang didatangkannya mengenai apa yang diketahuinya tentang agama
Rukun Iman
  1. Beriman Kepada Allah
  2. Beriman Kepada Malaikat
  3. Beriman Kepada Kitab
  4. Beriman Kepada Rasul
  5. Beriman Kepada Hari Akhirat
  6. Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar

Pengertian Ihsan
أن تعبد الله كأنك تراه. فإن لم تكن تراه فإنه يراك
KAMU BERIBADAH KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH KAMU MELIHATNYA, SEKIRANYA KAMU TIDAK MELIHATNYA DIA MELIHAT KAMU
Dan Kiamat
Perkara kiamat adalah perkara yang pasti berlaku.Iaitu apabila berlakunya hari kiamat,maka berlakulah goncangan yang kuat,Dan bumi dihancurkan.Di tegakan neraca timbangan.Perkara-perkara disana diadili seadilnya oleh Hakim Yang Maha Adil.Adapun golongan yang diredhai Allah,tempat mereka di janjikan adalah syurga kekal abadi.Golongan kiri,mereka mengalami kerugian yang tidak dapati ditebus dengan apa jua harta kekayaan dan anak pihak.Tempat mereka ditentukan oleh Allah s.w.t didalam neraka-Nya.Mereka kekal didalamnya untuk selamanya,kecuali tertentu iaitu atas kehendak Allah setiap berlaku perkara.Tentang hal kiamat,selanjut ilmu itu hanya Allah s.w.t lebih mengetahuinya.Akan tetapi memiliki tanda-tanda bahawa dekatnya kiamat.
Allahualam

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.