Doa Agar Cepat Bayar Hutang al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Sunday, March 25, 2018

Doa Agar Cepat Bayar Hutang

Doa Agar Cepat Bayar Hutang

Islam amat menitik beratkan kesejahteraan umatnya.Tidak memberati seseorang melainkan kesanggupanya termasuklah tidak memberati seseorang sehingga ia perlu berhutang.Adapun bagi seseorang yang terpaksa berhutang atas perkara tertentu,hingga tempoh tertentu.Adapun kesukaran melunaskan hutang atas beberapa sebab seperti bertimbungnya hutang dan membuat hutang baru bagi menutup hutang lama.Maka hindarilah perkara didalam hutang sekirnaya terpaksa juga berhutang:

3 Perkara Perlu Dihindari Jika Berhutang


Pertamanya,janganlah membuat hutang baru demi membayar hutang lama.Dengan melakukan hal ini,seseorang tidak menyelesaikan hutangnya,akan tetapi menambahi hutang yang baru.Adalah lebih baik berbincang dengan pemberi hutang sedia ada untuk menyelesaikan baki hutang tersebut.

Keduanya,apabila ia berhutang,ia tidak tahu bagaimana cara atau memperolehi cara membayarnya.Maka selamanya ia kekal didalam hutang.Seseorang yang berhutang harus mengetahui apakah ia mampu keatas hutang tangunganya,apakah cara melunaskan hutang-hutangnya.Ia harus bertangungjawab memikul dan membayarnya.

Ketiga,jika seseorang itu berhutang akan tetapi berniat untuk tidak membayarnya,maka ianya dilarang sama sekali walaupun ia mampu membayar hutang tersebut.

Doa mudahkan membayar hutang dapat menenangkan hati dan perasaan.Doa melunaskan hutang ini adalah doa kepada Allah s.w.t Tuhan yang melimpah rezekinya supaya dibantu hamba-Nya membayar hutang.Doa melunaskan hutang ini bolehlah diamalkan untuk sesiapa sahaja sama ada mereka yang miliki hutang atau tidak ada hutang.Jika ia tidak menangung hutang apa pun pada sesiapa,bolehlah juga membaca doa ini supaya terhindar daripadanya.


Doa Dimudahkan Membayar Hutang


Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa maksud hutang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajipan terhadap hamba seluruhnya,secara jelasnya merangkumi segala macam kewajiban.” (Syarh Sahih Muslim, 17: 33).
Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur iaitu berbaring pada sisi kanan.

Doa membayar hutang juga ada yang ringkasnya,seperti dibawah,


اللهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

"Allahummakfiini bihalalika 'an haramiika, wa 'aghniini bifadhliika amaan siwaak"
“Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar dari rezeki yang haram dan perkayalah aku dengan kurniaan-Mu sehingga aku tidak meminta kepada selain-Mu.” (HR. Tirmidzi no. 3563, Ahmad no. 1319 dan Al-Hakim no. 1973)
Doa diatas diberikan oleh Ali bin Abi Talib r.a kepada seorang yang mengadukan masalah dialami.Dari Abu Wail berkata: “Ada seorang (budak) lelaki datang kepada Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu dan berkata, “Wahai amirul mukminin, saya tidak mampu melunaskan wang syarat pembebasan saya, maka bantulah saya!”
Mendengar hal itu, Ali bin Abi Thalib berkata, “Mahukah engkau apabila aku ajarkan kepadamu beberapa patah kata yang telah diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam kepadaku. Dengan beberapa patah kata itu, seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkan hutangmu.
Kesimpulannya,seseorang yang telah berhutang,dan berniat untuk membayar hutang-hutangnya,sama ada sedikit atau banyak,inn syaAllah,akan dibantu oleh Allah s.w.t selagimana ia membantu dirinya sendiri bagi menjelaskan hutang-hutangnya.Dalam pada itu,hendaklah pemiutang itu sedia untuk beruding dengan peminjamnya seperti jadual-jadual pembayaran yang bersesuaian agar perjalanan pembayaran itu lancar dan memberikan manfaat kedua belah pihak iaitu hutang dilansaikan dan pemberi hutang mendapatkan semula hutang yang diberikan selagimana tidak terkandung riba atau perkara halal dalam urusan tersebut.Dan janganlah terpaut pada dunia ini,kerana ia pasti mengecewakan dirimu sendiri.Allahualam.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.