Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,Waktu yang sesuai untukh khatam bacaan Al-Quran adalah mengikut tempoh yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri adalah satu bulan.
Dalam satu bulan kita juga boleh menghayati serta memahami isinya tanpa perlu tergesa-gesa untuk menyelesaikan bacaan kita.Untuk melihat garis panduan tentangnya,mari kita melihat yang telah Rasulullah s.a.w sabdakan dalam hadist berikut:
Dari Abdullah bin Amr r.a, katanya : Aku telah hafal Al-Quran lalu aku membaca seluruhnya dalam semalam, maka Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya aku takut zaman akan melintasi kamu dan kamu bosan, maka bacalah Al-Quran (seluruhnya) dalam waktu sebulan.” Lalu aku berkata, ‘Biarkanlah aku menikmati kekuatan masa muda ini.’ Beliau bersabda, “Bacalah dalam waktu tujuh hari.” Aku berkata (lagi), ‘Biarkanlah aku menikmati kekuatan dan masa muda ini.’ Maka Rasulullah saw menolak. [1114] Penjelasan : Menikmati kekuatan masa muda yang dimaksudkan adalah, ia mampu untuk membaca Al-Quran lebih dari yang dianjurkan Rasulullah saw. 45. Dari Abdullah bin Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan faham (tidak memahami) orang yang membaca Al-Quran kurang dari tiga hari.” [1115] Penjelasan : Orang yang kelam kabut membaca Al-Quran atau tergesa-gesa membacanya tidak akan memahami apa-apa isi Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu sebagai cahaya petunjuk.
Khatam yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti hadist di atas,iaitu 30 hari atau satu bulan.Yang mana di dalam tempoh itu,dapat lah kita menghayati kebenaran dan keterangan dalam ayat-ayat Al-Quran dengan lebih kusyuk dan meresapi ke dalam hati.
Dari Abdullah bin Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan faham (tidak memahami) orang yang membaca Al-Quran kurang dari tiga hari.” [1115]
Dan di atas sebagai garis panduan, hadist bacaan Al-Quran yang mana membaca Al-Quran kurang dari tiga hari.Ertinya adalah kita mungkin tidak berpeluang untuk memahami makna dan apatah lagi maksudnya jika bacaan kita kurang dari 3 hari atau kurang dari itu.Sebenarnya jika kita selalu membaca dan mengulang-ulang bacaan kita,insyaAllah,kita akan mendapat banyak faedah selain diberikan banyak kefahaman tentang ayat-ayat keterangan Allah.Mari baca Al-Quran dengan kusyuk dan istiqomah.
Banyak imam-imam dan ulama-ulama besar bila membacakan al-quran,mereka mendapati ia sangat memberikan kesan hingga membuatkan mereka mengalir air mata.Pernah dengar atau melihatkah kita bila suara atau airmata mereka jatuh di pipi apabila memperdengarkan bacaan al-quran dalam satu-satu ayat itu ?. .
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),(Al-Waqiah:Ayat 77)
Rujukan:Sahih Ibnu Majah
:Al-Waqiah
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.