سم الله الرحمن الرحيمMenjaga Allah dan Mencontohi Akhlak Rasulullah s.a.w.
dahulu pada zaman awal islam datang,sedikit sahaja yang beriman,dalam ahli keluarga terdekat hinggalah beberapa individu dari kaum yang terdekat.
dan satu individu yang bila mana beliau masuk islam,seolah-olah islam itu jumlahnya mencapai ribuan orang.Orang-orang quraish yang kafir waktu itu berkata,Umar Al-Khattab radiallahu anhu telah masuk islam!!!.mereka berkata dengan pengislaman Umar itu seolah-olah islam yang hanya beberapa puluh orang telah jadi ribuan orang bagi perlihatan mereka.
padahal Saidina Umar Al-Khattab r.a,adalah orang yang dalam lingkungan ke5 hingga 100 orang islam terawal,tapi bila beliau masuk islam,nampak seolah-olah islam tu tertiba jadi banyak,jadi ramai.Orang-orang kafir waktu itu takut nak memsasarkan orang islam lagi.Mereka takut nak menyeksa orang islam lagi.Mereka takut juga nak mencederakan Rasulullah s.a.w bila Umar r.a ada atau telah menjadi islam.
Saidina Umar Al-Khattab r.a adalah seorang yang bagi ana pembantu dalam urusan agama Allah.orang-orang atau raja rome hantar utusan bertemu Umar r.a nak ujia kekuatan Umar,tapi bila melihat Umar sedang tidur,utusan itu nak bunuh Umar yang sedang tidur di sebatang pokok dan pedang umar itu umar letakan berdiri bersandar pada pokok.
jadi orang rome ini bila menghampiri Umar r.a,nak bunuh tapi gagal bila mana ada keluar kepala singa atau seekor singa yang garang dari pokok itu.jadi terkejut orang rome itu.
lalu dia berundur.Kemudian maju lagi,bila maju nak bunuh Umar r.a,keluar lagi singa dari pokok itu.Singa itu besar.Umar r.a sedang berehat dan tidur di situ.Orang rome itu berkata,ini Umar orang isla yang bukan orang biasa.Ini orang dalam pemeliharaan Allah sama seperti Umar Al-Khattab radiallahu anhu jaga agama-Nya.Beliau jaga Alllah,Allah pelihara Umar pula.
orang rome itu batalkan niat dia nak bunuh Umar r.a.di gagal dalam misinya itu.
bilamana kita jaga Allah,Allah jaga kita pula.Sifat Umar itu dalam menjaga hubungan dan agama Allah sangat tegas dan benar-benar bersungguh-sungguh.Selalu beliau menjadi orang pertama dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w.Selalu beliau menyuarakan hasrat beliau untuk memengal kepala orang yang kianat juga zalim.Beliau selalu berkata,biarlah aku wahai Muhammad (s.a.w) yang memengal kepala orang ini,bialah aku wahai Muhammad (s.a.w) penggal sahaja kepala orang ini,ketepi wahai Muhammad(s.a.w) ,akan ku penggal orang ini.Hingga Rasulullah s.a.w menegur Umar r.a agar tidak terlalu berkeras dengan sesetengah orang.Rasulullah s.a.w tidak membenarkan Umar r.a melakukan hal itu.Kerana Rasulullah s.a.w diutuskan bukan untuk menghukum manusia,tapi membawa rahmat dan kasih sayang Allah.Selalu baginda s.a.w tidak membalas perbuatan orang yang keras pada baginda s.a.w.
ada seorang arab badui menarik kain yang kasar,kain kasa ini jikapun disemtap dengan kuat,maka bebekaslah pada kulit.Orang yahudi ini datang semtap kain yang ada pada tubuh Rasulullah s.a.w hingga meninggalkan kesan atau bekas pada leher baginda.memang tampak jelas.
datang orang arab badui itu kerana menginginkan harta.Rasulullah s.a.w pun menyatakan harta yang ada adalah kepunyaan Allah.
sesudah itu,Rasulullah s.a.w bersabda lebih kurang beginilah,engkau telah menarik kain dari leher ku hingga membekas.maka aku ingin membalas perbuatan mu.ini adalah qisas.
orang arab badui itu berkata,tidak..tidak..kerana engkau tidak membalas kejahatan dengan kejahatan,engkau adalah orang yang selalu membalas kejahatan dengan kebaikan.
Maka Rasulullah s.a.w pun tersenyum.pada waktu itu Umar r.a melihat dan berasa marah bilamana kekasehnya di perlakukan begitu.Namun Rasulullah s.a.w meminta agar Umar r.a membiarkan orang itu dan memaafkanya.Rupanya ada contoh disitu yang Allah mahu tampilkan.Subhanallah.
Suatu ketika Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wasallam didatangi seorang Arab Badui, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wasallam, sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badui itu bersuara keras, “Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wasallam menoleh kepadanya seraya tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”
Anas bin Malik radhiallahu 'anhu berkata:
كُنْتُ أَمْشِي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ بُرْدٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيظُ الحَاشِيَةِ، فَأَدْرَكَهُ أَعْرَابِيٌّ فَجَذَبَهُ جَذْبَةً شَدِيدَةً، حَتَّى نَظَرْتُ إِلَى صَفْحَةِ عَاتِقِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَثَّرَتْ بِهِ حَاشِيَةُ الرِّدَاءِ مِنْ شِدَّةِ جَذْبَتِهِ، ثُمَّ قَالَ: مُرْ لِي مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي عِنْدَكَ! فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ فَضَحِكَ، ثُمَّ أَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ
"Aku pernah berjalan bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang ketika itu Beliau mengenakan selendang yang tebal dan kasar buatan Najran. Kemudian seorang Arab Baduy datang lalu menarik Beliau dengan tarikan yang keras hingga aku melihat permukaan pundak Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berbekas akibat tarikan yang keras itu. Lalu Beliau berkata: "Perintahkanlah, agar aku diberikan harta Allah yang ada padamu". Kemudian Beliau memandang kepada orang Arab Baduy itu dan tertawa Lalu Beliau memerintahkan agar memberinya". [Sahih Bukhari dan Muslim]
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَحِرْزًا لِلْأُمِّيِّينَ، أَنْتَ عَبْدِي وَرَسُولِي، سَمَّيْتُكَ المُتَوَكِّلَ، لَيْسَ بِفَظٍّ وَلاَ غَلِيظٍ، وَلاَ سَخَّابٍ بِالأَسْوَاقِ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَةَ بِالسَّيِّئَةِ، وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ، وَلَنْ يَقْبِضَهُ اللَّهُ حَتَّى يُقِيمَ بِهِ المِلَّةَ العَوْجَاءَ، بِأَنْ يَقُولُوا: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَيَفْتَحَ بِهَا أَعْيُنًا عُمْيًا، وَآذَانًا صُمًّا، وَقُلُوبًا غُلْفًا
"Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan dan pelindung bagi orang-orang `Arab, kamu adalah hamba-Ku dan Rasul-Ku, dan Aku menamaimu Al Mutawakkil (orang yang bertawakkal tinggi). Engkau bukan orang yang berperangai buruk, juga bukan berwatak keras dan bukan sakhkhob (orang yang cerewet, berteriak keras-keras) di pasar." Dan beliau tidak membalas kejahatan dengan kejahatan serupa akan tetapi beliau mema'afkan dan mengampuninya, dan Allah tidak akan mewafatkan beliau sampai beliau meluruskan Millah (agama)-Nya yang bengkok, hingga manusia mengucapkan Laa Ilaaha Illa Allah, sehingga dengannya beliau dapat membukakan mata yang buta, telinga yang tuli dan hati yang lalai." [Sahih Bukhari]
bagaimana orang menjaga Allah s.w.t,Allah s.w.t akan memelihara hamba-Nya juga.dalam pemeliharaan ini sungguh luas,dalam kisah ini,Allah pelihara Saidina Umar .r.a dari membalas sesuatu kejahatan dengan kejahatan menerusi ahklak nabi s.a.w.Allah s.w.t mahu Umar r.a lihat akhlak Rasulullah s.a.w dalam perkara-perkara yang membiarkan Saidina Umar r.a dalam keadaan tidak sabar kepada sabar.wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.