1-ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang berguna untuk kehidupan dunia akhirat.Dalam islam,ilmu mendapat tempat yang tinggi.Mereka yang menuntut ilmu,termasuk dalam perkara yang mulia.mereka yang menyampaikan ilmu pula sangat lah beruntung.Ilmu yang di sampaikan olehnya,kelak akan memberikan pahala berganda selagi mana orang yang mengamal atau mengikut apa yang dipelajari dari si mati pada masa hidupnya.
2-Amal jariah/sedekah
Yang keduanya perkara tidak akan terhenti sesudah mati adalah amal jariah mita atau pun lebih mudah yang ramai orang gemar buat adalah sedekah.Sedekah bukan setakat yang ada pada nilai wang,malah boleh sedekah dengan biskut,roti,makanan,beras dan lain-lain lagi mengikut keperluan mereka yang memelukan.boleh juga bersedekah dengan selimut atau tanah yang kita ada sekadar mampu sahaja.Kini banyak dan ramai orang yang mempunyai lebihan atau banyak tanah telah menderma*kan atau mewakafkan tanah mereka untuk di dirikan sekolah,masjid,surau,rumah anak yatim,dan macam-macam lagi.Ia juga termasuk dalam perbuatan amal jariah.Semoga mereka-mereka ini mendapat sebaik-baik balasan.Insyallah.
Mengikut hadist yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi-Al-Hakim-Ibnu Khuzaimah;
“Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari Kiamat)
hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman
di antara manusia.” Yazid berkata: ”Abul Khair tidak pernah melewati satu
haripun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun
hanya sepotong kueh atau bawang merah atau seperti ini.” (HR Al-Baihaqi
– Al-Hakim – Ibnu Khuzaimah)
hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman
di antara manusia.” Yazid berkata: ”Abul Khair tidak pernah melewati satu
haripun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun
hanya sepotong kueh atau bawang merah atau seperti ini.” (HR Al-Baihaqi
– Al-Hakim – Ibnu Khuzaimah)
Jadi marilah kita bersedekah walaupun dengan sepotong roti.
3-Doa anak soleh
Wallahualam
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.