Bila Kebun Hancur al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Wednesday, January 27, 2016

Bila Kebun Hancur

Kebun yang subur mengembirakan penanamnya.


Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
mereka dengan tanpa syak wasangka terhadap kebun-kebun mereka,pagi-pagi lagi telah siap untuk melihat kebun mereka.Dalam fikiran mereka,sudah tentu membayangkan akan suburnya tanaman-tanaman kebun mereka.

Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
dan dalam niat di hati juga,ada yang berura-ura untuk memetik hasil buah yang masak di kebun mereka.

walaubagaimanapun,terdapat juga fikiran yang sedemikian.
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".

Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.pada hari mereka ingin memetik hasilnya,mereka tidak mahu walau seorangpun fakir miskin datang menemui mereka untuk mendapatkan sedikit dari hasil-hasil kebun buah mereka.mereka berniat untuk menghampakan fakir-fakir miskin dari hasil tanaman mereka.


Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".apabila mereka telah sampai dan melihat kebun-kebun mereka,alangkah tidak percayanya mereka dengan pelihatan terhadap hasil tanaman dan kebun mereka.mereka berdukacita malah cuba memtemteramkan hati dan perasaan dengan beranggapan bahawa mereka sebenarnya tersesat jalan dan kebun yang mereka lihat bukanlah kebun milik mereka.

(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".walau berkali-kali meneliti kebun mereka,mereka seakan tidak mempercayai apa yang mereka lihat.ini seolah-olah suatu mimpi ngeri bagi mereka.

Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"

Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"dan mereka akhirnya mengakui dosa-dosa mereka.dan mereka sedar yang Allah swt adalah yang berkuasa atas kejadian alam ini.

dan kalau mereka melupakan Allah swt,maka Allah swt juga akan melupakan mereka.sebagaimana firman Allah swt seperti di bawah;
"Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya."

kisah diatas boleh dirujuk disini surah Al-Qalam





No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.