Belajar Bahasa Arab : Pelajaran 1 (Asas Pertuturan) al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Sunday, February 21, 2016

Belajar Bahasa Arab : Pelajaran 1 (Asas Pertuturan)

Nampaknya kita sudah masuk segment bahasa arab.Mula belajar bahasa arab.Hayya arabia.Ertinya adalah mari belajar bahasa arab.Kita akan belajar asas dulu untuk segment yang pertama ini.

Sebenarnya dah ada tutorial yang lengkap.Ukthie  dah buat cantik-cantik jadualnya.

Contoh yang telah Ukhtie Norliza sediakan untuk kita belajar.
`PELAJARAN 1       BAHAGIAN - BAHAGIAN PERTUTURAN : PENGENALAN

          1.      Sesuatu ayat terbentuk oleh sekumpulan perkataan dan ianya mempunyai  makna yang lengkap.
          2.      Ahli tatabahasa Bahasa Arab membahagikan bahagian-bahagian ayat atau pertuturan kepada tiga kategori : Kata nama, Kata kerja dan Kata tugas. Sila lihat Jadual 1dan Lampiran 1 berikutnya.

JADUAL 1                                 BAHAGIAN- BAHAGIAN PERTUTURAN
KATEGORI
PERSAMAAN
DALAM BAHASA MALAYSIA
CATATAN
Kata nama

 إِسْمٌ

  Ismun)

  • Kata nama
  • Kata ganti nama
  • Adjektif
                        1.      Kata nama dalam Bahasa Arab terbahagi kepada dua kategori jantina iaitu perempuan dan lelaki.
                        2.      Kata nama mempunyai tiga bilangan : satu, dua dan majmuk.
                             3.      Antara cara-cara untuk mengenali kata nama dalam Al-Quran :
                         i.        didahului oleh  اَلْ (alif lam)  untuk kata nama khusus
                       ii.        diakhiri dengan tanwin iaitu  ٌ, ً, ٍ untuk kata nama tidak khusus
                      iii.        perkataan sebelum kata nama khusus adalah juga suatu kata nama
                      iv.        didahului oleh harf  jar  ( salah satu kata tugas )
                       v.        tiada imbuhan awalan ت (ta), ا (alif), ن (nun) atau ي (ya), iaitu tanda-tanda fi’il mudhoriq dan diakhiri dengan ونَ  ( wau nun)  atau ات (alif ta)  atau  انِ (alif nun).
Kata kerja
فِعْلٌ

 ( Fi’lun )
Kata kerja

Kata kerja mempunyai tiga aspek :
                    1.      Fi’il madhi,   فعل مَاضِىٌ , melambangkan perbuatan yang telah disempurnakan atau telah selesai dilakukan.
                   2.      Fi’il mudhori’,  مُضَارِعٌ فعل ,  melambangkan perbuatan yang belum disempurnakan samada yang sedang berlaku atau yang akan berlaku.
                   3.      Fi’il amar, أَمْرٌ فعل ,  melambangkan  suatu arahan atau permintaan atau larangan.

Kata tugas
حَرْفٌ
 Harfun )

  • Kata sendi nama
  • Kata hubung
  • Kata seru
                 1.      Jumlahnya 80. 63 daripadanya adalah akusatif iaitu ia mengubah hujung perkataan yang berada selepasnya dan 17  bukan akusatif.
                           2.      Harfun terbahagi kepada beberapa kategori.



Yang difokuskan pada segment kali ni adalah aspek pertuturan.Maka jika kita mahu bertutur dengan individu lain,boleh guna kaedah ini.Ini asas-asas sahaja.Maka istiqomah sentiasa.Inn syaAllah.

Anda juga boleh melihat modul pembelajaran yang ada,boleh disini,Module pembelajaran 1 penuh.

Maafla kalau jadual ni agak melarikan diri sikit.Tidak mengapakan ? Jazzakallahu khair  wa illaliqa yaa ayuhai antum ^_^ 



No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.