Sebagaimana Rasulullah s.a.w berpesan kepada Muaz Bin jabal
"Puji "Puji syukur untuk Allah yang melaksanakan sesuatu terhadap makhlukNya menurut
kehendakNya."
"Wahai Mu'az,"
"Ya Sayyidal Mursalin."
Malaikat Penjaga Pintu Langit
Sementara saya menyiapkan beberapa penulisan tentang kiamat,maka saya menghidangkan dulu kisah ini.Kita mahu amal kita sampai ke destinasi yang di tuju.Iaitu Allah s.w.t.Namun,memperhatikan kisah ini agar amalan kita yang dilaksanakan "sampai".
Laksana pun sudah,cuma sampai atau tidak juga perlulah diambil kita.Kalau amalan yang baik pun belum tentu sampai,apakah kita sanggup beri amal yang buruk pula kepada Allah s.w.t ?
Dari Hadist Muaz bin Jabal,
Rasulullah s.a.w bersabda"Aku akan menceritakan satu kisah kepadamu. Jika engkau menghafalnya (mengambil perhatian),
akan ada hujah di hadapan Allah kelak."
Selanjutnya Rasulullah s.a.w bersabda "Hai Muaz, Allah telah mencipta tujuh malaikat sebelum Dia mencipta langit dan bumi. Setiap
langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit. Tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh
malaikat penjaga pintu mengikut kadar dan keagungannya."
Rasulullah s.a.w telah menyatakan kepada Muaz Bin Jabal bahawa pada setiap 7 lapisan langit ada Malaikat yang menjaga pintunya.
PINTU LANGIT PERTAMA
Malaikat yang memelihara amalan di hamba akan naik ke langit membawa amal ke langit
pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah,
"Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya
diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat."
-Malaikat Hafazah di tugaskan untuk membawa amal yang telah di kerjakan oleh
hamba Allah untuk di bawa naik ke hadrat Illahi.
Namun setiap perjalanan itu haruslah melalui pintu pintu langit.
Maka jika amal seseorang itu melepasi lapisan langit pertama,seterusnya akan di
soal pula di pintu langit kedua.
hamba Allah untuk di bawa naik ke hadrat Illahi.
Namun setiap perjalanan itu haruslah melalui pintu pintu langit.
Maka jika amal seseorang itu melepasi lapisan langit pertama,seterusnya akan di
soal pula di pintu langit kedua.
PINTU LANGIT KEDUA
Seterusnya andai melepasi pintu langit pertama,maka itu malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba Allah ini ke langit kedua,
penjaga langit pintunya berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal
mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas
ke langit yang lain."
PINTU LANGIT KETIGA
Di pintu langit ketiga, malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan yang sungguh indah.
Penjaga langit berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya
kerana dia seorang yang sombong."
kerana dia seorang yang sombong."
- Amal hamba tadi melepasi pintu langit kedua,kerana dia telah memperbaiki amalan amalan nya sebelum ini dan menjadi lebih baik dan bersungguh dalam ibadahnya,namun dia tidak memperbaiki sifat sombongnya,oleh itu amalannya di campak semula kemukanya.
PINTU LANGIT KEEMPAT
Apabila sampai Malaikat Hafazah dengan membawa catatan amalan yang lebih baik lagi
sehingga berjaya sampai ke langit yang keempat,Maka berkatalah Penjaga pintu langit keempat tersebut.
sehingga berjaya sampai ke langit yang keempat,Maka berkatalah Penjaga pintu langit keempat tersebut.
"Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub.
Allah memerintahkan aku menahan amalan Si Ujub."
PINTU LANGIT KELIMA
Di pintu langit penjaganya berkata
"Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-hamba-
Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan
balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."
PINTU LANGIT KEENAM
Lalu andai sampai catatan amalan yang di bawa Malaikat Hafazah ini,
berkatalah Malaikat penjaga langit keenam tersebut,
berkatalah Malaikat penjaga langit keenam tersebut,
Di langit ke enam, penjaga pintu akan berkata "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk
melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi
orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi
langit ini."
-
Saya suka orang yang amat pengasih,dan bersedekah.Sifat pengasih tidak memelukan wang ringgit sedikit pun untuk memilikinya.
Apabila kita sedikit pun tidak mempedulikan nasib oang lain,
maka itu
Malaikat penjaga langit keenam tidak memberi laluan kepada amal catatan kita untuk naik ke langit seterusnya.Berkasih sayang antara satu sama lain.
Ini sifat yang sangat disukai Allah.Sedangkan Allah sendiri mengasihi hambaNya,
kenapa kita tidak ?,oleh itu haruslah berkasih sayang serta berlemah lembut dan pertuturan dan juga tingkah laku.Jika kita mengasihi insan lain,amalan itu akan tercatit
di buku amalan kita.
maka itu
Malaikat penjaga langit keenam tidak memberi laluan kepada amal catatan kita untuk naik ke langit seterusnya.Berkasih sayang antara satu sama lain.
Ini sifat yang sangat disukai Allah.Sedangkan Allah sendiri mengasihi hambaNya,
kenapa kita tidak ?,oleh itu haruslah berkasih sayang serta berlemah lembut dan pertuturan dan juga tingkah laku.Jika kita mengasihi insan lain,amalan itu akan tercatit
di buku amalan kita.
PINTU LANGIT KETUJUH
Penjaga pintu langit berkata
"Saya ini penjaga sum'ah (ingin mahsyur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam
kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang
sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin Allah memerintahkan padaku agar
amalan ini jangan melintasiku. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan
orang-orang yang riak."
SETELAH MELEPASI LANGIT KE TUJUH
Akhirnya,amalan itu telah berjaya melepasi tiap tiap pintu langit.
Seterusnya catatan amalan itu dibawa lagi naik melintasi hijad hijad dan
sampailah ke hadrat Allah s.w.t,Tuhan Alam semesta ini,Adapun
Seterusnya catatan amalan itu dibawa lagi naik melintasi hijad hijad dan
sampailah ke hadrat Allah s.w.t,Tuhan Alam semesta ini,Adapun
amal si hamba yang di bawa yakni sembahyang,puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam (bercakap perkara yang elok sahaja,selebih itu lebih kepada diam) dan seumpamanya, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t.
Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan
amalan itu sebagai amalan
amalan itu sebagai amalan
soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan "Hafazah sekalian, pencatat amal
hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh
hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu
orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha
Mengetahui."
"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung.
Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa
yang bakal terjadi."
"Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas
orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan
amalanya ini? Laknat-Ku tetap padanya!"
ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata "Ya Tuhan,
dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami semua bagi mereka."
Dan semua yang di langit turut berkata "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang
melaknat."
-Kita lupa bahawa Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.Yang di depan mahupun dibelakang.
Kita tak mampu untuk menyembunyikan sedikitpun dari Tuhan yang satu.kemurkaan Allah melaknat hambanya yang catatan amalnya sedikit pun tidak diterima Allah s.w.t.Kita tidak mengejarkan sesuatu demi Allah semata,Malaikat hanya mencatat setiap solat kita,sedekah,amal amal kebajikan,puasa,dan amal soleh lain,akan tetapi Allah jua yang membalasnya.
Allah s.w.t mengetahui,apa yang kita fikirkan di dalam solat,niat sedekah
kita ingin membantu mereka serba kekurangan atau hanya terpaksa atau mungkin
meraih kemasyuran.Seharusnya kita sentiasa mengingati Allah dalam tiap tiap pekerjaan,
kerana hanya Allah yang akan membalas setiap amalan kita.
Kita tak mampu untuk menyembunyikan sedikitpun dari Tuhan yang satu.kemurkaan Allah melaknat hambanya yang catatan amalnya sedikit pun tidak diterima Allah s.w.t.Kita tidak mengejarkan sesuatu demi Allah semata,Malaikat hanya mencatat setiap solat kita,sedekah,amal amal kebajikan,puasa,dan amal soleh lain,akan tetapi Allah jua yang membalasnya.
Allah s.w.t mengetahui,apa yang kita fikirkan di dalam solat,niat sedekah
kita ingin membantu mereka serba kekurangan atau hanya terpaksa atau mungkin
meraih kemasyuran.Seharusnya kita sentiasa mengingati Allah dalam tiap tiap pekerjaan,
kerana hanya Allah yang akan membalas setiap amalan kita.
Selanjutnya kita mengakhiri Kisah ni dengan pertanyaan Muaz Bin Jabal yang
tersangat tersentuh dan bimbang akan amalan catatannya kelak hingga menangis teresak.
tersangat tersentuh dan bimbang akan amalan catatannya kelak hingga menangis teresak.
Apa Tindakan Yang Perlu?
Saidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata "Ya
Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?"
Sabda Rasulullah "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."
Muas bertanya kembali "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal.
Bagaimanakah saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?"
Bersabda Rasulullah:
"Ya begitulah....
kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang
lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib.
Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.
Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang.
Jangan termasuk orang yang mementiingkan dunia dengan melupakan akhirat.
Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak
berbisik
Jangan takabbur dengan orang lain, nanti luput amalanmu dunia dan akhirat
Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut
padamu.
Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan
Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan
dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam sebagaimana firman Allah yang
bermaksud "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.
"
Muaz bertanya lagi "Ya Rasulullah... siapa yang tahan menanggung penderitaan seperti itu?"
Jawab Rasulullah:
"Muaz, yang demikian itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. Cukuplah
untuk menghindarkan semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi
dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci
berlaku pada dirimu. Dengan demikian, kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."
Semoga bermanfaat buat semua.Jazzakallahu khairan
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.