Dajjal memiliki kelebihan tersendiri yang tidak di miliki oleh mana-mana manusia pun di atas muka bumi ini,iaitu syurga dan neraka.
al-Masih ad-Dajjal memiliki syurga dan neraka.Rasulullah s.a.w telah menyatakan tentang syurga dan neraka Dajjal.Baginda s.a.w lebih tahu apa yang dajjal tahu tentang dirinya.
Itulah kelemahan dajjal.Dajjal ini dia tidak tahu apa yang dia miliki.Iaitu dia memiliki syurga dan neraka.Maksudnya adalah,dia tidak mengetahui bahawa syurga yang dia miliki adalah neraka,dan neraka yang dia miliki adalah syurga.
Terdapat suatu riwayat sahih mengungkap perkara ini dimana,seorang lelaki beriman (sesetengah riwayat mengatakan orang itu adalah dikatakan nabi Khidir a.s),yang dibunuh dajjal lalu dihidupkan semula oleh dajjal,namun kekuatan imannya membuatkan dajjal melemparkan orang tersebut ke nerakanya.
Orang-orang melihat kejadian itu sangat takut,bimbang akan ada lagi yang dilemparkan ke neraka.Yang neraka itulah syurga,sedang orang tidak ketahui (pengikutnya).
Membahaskan lebih lanjut tentang makna syurga dan neraka dajjal ini,kita meneliti satu hadist dari riwayat Muslim;
Huzaifah mengisahkan yang Rasulullah s.a.w menerangkan perkara tentang dajjal,sabda Rasulullah s.a.w "Ketahuilah yang aku lebih mengetahui apa yang ada bersama dajjal daripada dirinya sendiri.Ada dua sungai yang mengalir bersamanya.Satu kelihatan seperti air putih dan satu lagi adalah seperti api yang menyala-nyala.Apabila menjumpainya,pergilah kepada sungai yang nampak seperti api itu.Tutuplah mata dan tundukkan kepala,lalu minumlah daripadanya,kerana sebenarnya ia adalah air yang dingin."
وإن من فتنته أن معه جنة ونارا فناره جنة
وجنته نار فمن ابتلي بناره فليستغث بالله
“Di antara fitnah-fitnah (Ad-Dajjal) adalah, bahawa bersamanya ada syurga dan neraka. Padahal sesungguhnya nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka. Barangsiapa mendapatkan cubaan (Diuji) dengan nerakanya, hendaklah ia berlindung kepada Allah. (HR Ibnu Khuzaimah – Shahih)
ومعه نهران أنا أعلم بهما منه نهر يقول الجنة ونهر يقول النار فمن
أدخل الذي يسميه الجنة فهو النار ومن أدخل الذي يسميه النار فهو الجنة
“Dia (Ad-Dajjal) membawa dua sungai, aku lebih mengetahui tentang kedua sungai itu dibandingkan dia sendiri. Sungai yang dia katakan: “Inilah syurga”, dan sungai yang dia katakan: “Inilah neraka”. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalam sungai yang dia namakan syurga, itu sebenarnya neraka, sedangkan siapa saja yang dimasukkan ke dalam sungai yang dia namai neraka, itu sebenarnya syurga.” (HR Ahmad, Al-Hakim – berdasarkan syarat Muslim disepakati Adz-Dzahabi)
Dan menerusi hadist ini,tentang dajjal menghidupkan orang yang dia telah bunuh dihadapan pengikutnya kerana orang tersebut membantah dan menolak beriman kepadanya lalu orang itu di potong dan dia berjalan diantara dua berlahan badan orang tersebut.Lalu dajjal menghidupkan orang tersebut.
يَأْتِي الدَّجَّالُ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِينَةِ فَيَنْزِلُ بَعْضَ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِينَةَ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ رَجُلٌ وَهُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ خِيَارِ النَّاسِ فَيَقُولُ: أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ: أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ هَلْ تَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ؟ فَيَقُولُونَ: لَا فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ: وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْيَوْمَ فَيُرِيدُ الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
“Ad-Dajjal datang, padahal dia telah diharamkan untuk memasuki jalan-jalan di perbukitan yang menuju kota Madinah, lantas dia singgah di salah satu tanah berkandungan garam tinggi yang ada di sekitar Madinah. Pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang merupakan sebaik-baik manusia – atau salah satu dari manusia terbaik – lalu lelaki itu berkata: “Aku bersaksi bahawa kamu itu Ad-Dajjal yang pernah diceritakan oleh Rasulullah kepada kami melalui hadits beliau.” Ad-Dajjal berkata kepada para pengikutnya: “Bagaimana pendapat kalian jika aku bunuh orang ini lalu dia aku hidupkan kembali, apakah kalian masih ragu dalam perkara ini?.”Mereka menjawab: “Tidak.” Lalu Ad-Dajjal membunuh lelaki itu kemudian menghidupkannya kembali. Lelaki itu berkata: “Demi Allah, tidaklah aku lalui hari ini kecuali bertambah pengetahuanku tentang kamu daripada sebelumnya.” Maka Ad-Dajjal pun hendak membunuhnya lagi tetapi dia tidak diberi kekuasaan untuk melakukannya.” (HR Bukhari – Shahih)
Saya melihat kematian didunia ini,tidak ditemukan bahawa ada manusia yang pernah mati sebanyak dua kali.Maksudnya adalah tidak akan ada kematian kali kedua didunia.Ini kerana,jika ada kehidupan kedua,maka orang-orang akan membuat kejahatan pada penghidupan pertama,sekiranya ada kehidupan kedunia didunia ini.Maka itulah menurut hasil penelitian saya dan membandingkan kisah-kisah terdahulu,seperti kisah Nabi Idris a.s yang ingin merasai kematian,lalu telah diizinkan,dan kasut baginda a.s pun ada diluar syurga.Maksudnya adalah,jika Nabi Idris a.s dikembalikan didunia,tentu akan merasai kematian kali kedua,maka itu Allah s.w.t membiarkan nabinya itu kekal didalam.Begitu jua kisah nabi Isa a.s yang masih hidup,dan akan melalui proses yang sama iaitu baginda belum diwafatkan,akan tetapi akan diwafatkan didunia.Maksudnya disini,baginda a.s nabi Isa akan turun ke bumi ini,membunuh dajjal dan akan turut diwafatkan juga.Setiap kematian hanya berlaku sekali sahaja.Maka itu bila kita ingin menyembelih haiwan korban,cukup sekali sembelihan.Tidak boleh 2 apatah lagi lebih.Kerana kematian itu adalah menyakitkan dan sangat pedih.Kita yang hidup tidak merasai lagi,maka itu usah berseronok sakan,kerana pedih sakratulmaut belum dapat dirasai lagi.
Tentang sakratulmaut,sudah alang-alang bercerita tentang kematian ini,ringkasanya adalah,sakratulmaut berbeza-beza mengikut orangnya.Secara jelas mengikut amal masing-masing.Maksudnya adalah bahagian masing-masing.Ada yang mudah,ada yang kasar,ada yang mata terbeliak kerana terkejut dan tidak kurang ada yang tenang dengan ukiran senyuman.Wallahualam.
Menyambung tentang syurga dan neraka dajjal,ia adalah termasuk fitnah dari fitnah-fitnah Dajjal.Fitnah yang kita telah bahaskan ini adalah fitnah mengenai syurga dan neraka dajjal.Sekali lagi,syurga adalah nerakanya,mengandungi api yang menyala-nyala.
dan neraka itulah syurganya,iaitu air yang putih dan dingin.Jika diuji dengan syurga serta nerakanya,ambilah nerakanya kerana terdapat air yang putih dan dingin.Tutupilah mata dan tunduklah serta minumlah.Wallahualam
Sumber penulis M Ihsan
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.