Cahaya Syurga
Sebagaimana telah diperbuat seorang sahabat mulia, ‘Umair ibnul Humam Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu yang memperoleh kesyahidan dalam perang Badr. Kurma yang ada padanya dibuang tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Bangkitlah, menuju syurga seluas langit dan bumi.”
“Wahai Rasulullah, syurga seluas langit dan bumi?” ‘Umair balik bertanya. Jawab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ya.”
Kata ‘Umair, “Bagus, bagus.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bertanya, “Apa yang membuatmu mengucapkan ‘bagus, bagus’?”
“Tidak. Demi Allah, wahai Rasulullah, melainkan kerana saya menaruh harapan menjadi penghuni syurga itu,” jawab ‘Umair. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya engkau termasuk penghuninya.”
Maka dia lantas mengeluarkan beberapa butir kurma dari kantung anak panahnya. Dia pun memakan sebagian kurma itu lantas berucap, “Jika saya hidup hingga memakan kurma-kurma itu, sungguh yang demikian ini sekadar (menunda) untuk hidup lebih lama lagi.”
Diapun bergegas seraya melempar butir-butir kurma tersebut, dan tandang ke gelanggang medan pertempuran Badr. Dia terbunuh dalam pertempuran tersebut. (Shahih Muslim, dengan syarah Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu, Kitab Al-Jihad, Bab Tsubut Al-Jannah lisy Syahid, no. 4892)
Saya amat suka kisah Umair ni,malah bercadang jika saya memiliki seorang anak lelaki,akan saya berikan nama anak lelaki saya sama seperti nama Umair.
Maka, nampak beza. Perilaku seorang yang tidak didasari keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Hari Akhir dengan seorang yang hatinya diliputi keimanan. Beza. Seorang yang mengimani adanya pahala dan seksa, yang menatap jauh ke depan akan adanya timbangan langit, bukan timbangan bumi, adanya hisab akhirat bukan lantaran perhitungan dunia.Dikerananya, dia akan memiliki sikap hidup tersendiri. Akan terpancar padanya sikap istiqamah, luas pandangan dan memiliki kekukuhan ilmu. Teguh saat menghadapi beratnya hidup, sabar tatkala musibah mendera. Yang diharapkan hanyalah ganjaran dan pahala. Dia akan benar-benar mengetahui dan yakin bahawa apa yang di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah lebih baik dan kekal. (Asyrath As-Sa’ah, Yusuf bin Abdillah bin Yusuf Al-Wabil, hal. 27-28)
Inilah buah keimanan terhadap Hari Akhir. Bagi seorang mukmin, ia akan mengarahkan setiap langkahnya dalam kehidupan di dunia ini guna kehidupan di akhiratnya kelak. Dirinya mengharap dan senantiasa berupaya agar di Hari Akhir nanti tak muncul penyesalan sebagaimana digambarkan ayat berikut:
أَنْ تَقُوْلَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَا عَلَى مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللهِ وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِيْنَ. أَوْ تَقُوْلَ لَوْ أَنَّ اللهَ هَدَانِي لَكُنْتُ مِنَ الْمُتَّقِيْنَ. أَوْ تَقُوْلَ حِيْنَ تَرَى الْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُوْنَ مِنَ الْمُحْسِنِيْنَ
“Agar jangan ada orang yang mengatakan: ‘Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedangkan aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olok (agama Allah)’. Atau, supaya jangan ada yang berkata: ‘Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa.’ Atau, supaya jangan ada yang berucap saat melihat adzab: ‘Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik’.” (Az-Zumar: 56-58)
Penyesalan tinggallah penyesalan. Kala Hari Akhir itu tiba, maka tiada guna lagi penyesalan. Semua petaka itu terjadi kerana diri larut dalam hawa nafsu, menjauh dari nilai-nilai syariat. Setiap keterangan yang datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya ditentangnya. Dia berupaya menampik apa yang telah dikabarkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya dengan alasan ‘tidak rasional’ atau ‘tidak masuk akal’. Seakan-akan nilai Islam hanya sebatas kapasitas akalnya. Sesuatu yang di luar akalnya, ditolak dan ditentangnya meski itu berasal dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya. Keimanan tiada lagi tertancap di hatinya. Dia sombong dan mendustakan keterangan-keterangan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya.
بَلَى قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِيْنَ
“(Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir.” (Az-Zumar: 59)
Tedapat satu bahagian yang saya suka dapat kisah Umair ini,iaitu dari rangkap kata hadist ini,
Kata ‘Umair, “Bagus, bagus.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bertanya, “Apa yang membuatmu mengucapkan ‘bagus, bagus’?”
“Tidak. Demi Allah, wahai Rasulullah, melainkan kerana saya menaruh harapan menjadi penghuni syurga itu,” jawab ‘Umair. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya engkau termasuk penghuninya.
Apabila Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa Umair termasuk sebagai penghuni syurga,saya menjadi gembira.Kerana saya tahu Umair ini memiliki jiwa sebagai sifat penghuni syurga.
Salah seorang penghuni syurga menurut s.a.w adalah Akasyah.Rasulullah s.a.w ada menyatakan jika mahu melihat penghuni syurga,maka lihatlah Akasyah,namun pada hari ini kita tidak akan dapat melihat Akasyah,namun kisahnya boleh kita amati.Salah satu sifat penghuni syurga adalah mempunyai keimanan yang teguh dan penyayang.
-Nur-
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.