Nuzul Quran al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Sunday, June 19, 2016

Nuzul Quran

Nuzul Quran


Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi (Nabi Muhammad s.a.w) Allah yang terakhir.Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali.


Nuzul QuranJuga ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.

Penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M,  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.

Al-Quran juga adalah satu mukjizat kenabian Rasullullah s.a.w sedangkan Baginda s.a.w ada seorang yang ummi (tidak tahu membaca) ini dibuktikan didalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah apabila Rasulullah s.a.w memerintahkan agar Saidina Ali r.a menunjukkan dimana tempatnya (sesuatu tulisan) untuk dipadam oleh baginda s.a.w sendiri iaitu perkataan Rasul Allah apabila Abu Suffyan enggan mengakui Nabi s.a.w pada ketika itu sebagai utusan Allah.Jadi Baginda s.a.w benar-benar seorang yang ummi kerana memerintahkan agar saidina Ali r.a menunjukkan tempat dimana perkataan rasul Allah s.w.t itu ditulis untuk dipadam didalam surah perjanjian Hudaibiyah pada ketika itu.Perisitiwa itu disusuli dengan Fathul Mekah.



Turunnya al-Qur’an membawa perubahan bagi manusia di muka bumi. Turunnya al-Qur’an sebagai putunjuk bagi manusia memperoleh jalan yang benar menuju cahaya iman dan Islam. Ayat pertama yang turun merupakan pertanyaan-pertanyaan yang berkisar di seputar nasib manusia, asal usul dan tujuannya. Kapan dan dimana serta peristiwa yang terjadi pada saat ayat pertama dan terakhir diturunkan kepada Muhammad SAW. Para jumhur ulama’ menyebutkan bahwa ayat yang pertama kali turun ialah surah al-‘Alaq ayat 1-5.

Surah al-‘Alaq diturunkan ketika rasulullah saw berada di gua hira’, iaitu sebuah gua dijabal nur, yang terletak kira-kira tiga mil dari kota Mekah. Ini terjadi pada malam senin, tanggal 17 ramadhan tahun ke 41 dari usia Rasulullah 13 tahun sebelum hijriyah. Bertepatan dengan bulan Juli tahun 610 M. malam turunnya Al-Qur’an pertama kali di ‘lailatul qodar” atau ‘lailatul mubarakah”, yaitu suatu malam kemuliaan penuh dengan keberkahan.

Malam tersebut dinamakan lailatul qadar kerana miliki nilai yang tinggi, kerana diturunkan di malam itu kitab suci kepada nabi dan rasul Allah yang terakhir, dan akan menjadi pedoman seluruh umat manusia sampai akhir jaman kelak. Juga di namakan Lailatul Mubarokah kerana malam tersebut dipenuhi dengan berkah dan nikmat Allah yang tak ternilai, yaitu Alqur’anul karim, pembebas manusia dari kesesatan,pembimbing manusia ke jalan yang benar, menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Adapun mengenai tanggalnya dalam alqur’an tidak di sebutkan jelas, melainkan dikatakan bahawa
 alqur’an itu di turunkan pada yaumul furqon, yang bertepatan dengan hari bertemunya dua pasukan di medan perang.

Allah berfirman:Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satuperlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Al-Anfaal 8:41)

Dari Lauh Mahfuz Ke Bait al-Izzah

Al-Qur’an diturunkan dari Lauh Mahfudz ke Bait al-Izzah dilangit dunia (Tempat yang berada dilangit dunia). Proses kedua ini diisyaratkan Allah dalam surah Al-Qadar


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dari Bait al-Izzah Ke Dalam Hati Rasulullah s.a.w

Al-Qur’an diturunkan dari bait al-izzah ke dalam hati Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam satu era yang panjang, iaitu : era bitsah, dalam kurun waktu hampir 23 tahun dengan rincian 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Selama 23 tahun tersebut Al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah itu dapat disampaikannya kepada seluruh manusia pada waktu itu dan dibantu oleh beberapa orang sahabat saja.Dalam tahap akhir inilah ajaran serta petunjuk Allah sampai kepada umat manusia.

Sebagai Pertunjuk 


Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasul Muhammad SAW untuk memberi petujuk kepada manusia. Turunnya al-Qur’an merupakan peristiwa besar yang sekaligus menyatakan kedudukannya bagi penghuni langit dan penghuni bumi. Maka turunnya Al-Qur’an dengan dua proses, yaitu :
  •  Al-Qur’an turun pada malam lailatul qadar pada malam kemuliaan, merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada alam tingkat tinggi yang terdiri dari malaikat-malakat akan kemuliaan umat Nabi Muhamad SAW.
  •  Turunnya Al-Qur’an secara bertahap ( munajaman ), dengan tujuan menguatkan hati Rasul SAW dan menghibur serta mengikuti peristiwa dan kejadian-kejadian sampai Allah SWT menyempurnakan agama ini dan mencukupi nikmat-nikmat-Nya.   

Perbezaan Turunya al-Quran 

Perbezaan turunnya Al-Qur’an secara sekaligus dan berangsur-angsur disebabkan kerana merujuk kepada dua kata anzala dan nazala dalam ayat surat al-Isra’ : 105.

وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ وَمَآأَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا - الإسراء 

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).


Dan Raghib al-Asfahani mengatakan : perbezaan dua kata tersebut, kata inzal dan tanzil, iaitu bahawa tanzil ( التنزيل ) dimaksudkan berkenaan turunya Al-Qur’an secara beransur-ansur ( مفرّقا ),atau ( منجما) Sedangkan kata inzal ditujukan berkenaan turunya al-qur’an secara sekaligus ( جملة ).

Dasar Turunya al-Quran Sekaligus

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).


Nuzul Quran
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2:185



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,



Hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra, bahwa ia berkata :

أنزل القرأنُ جملةً واحدة ً إلى السمَاءِ الدنيا وكانَ بمواقعِ النجومِ وكان اللهُ يُنزله ُ على رسوله صلى الله عليه وسلمّ بعضه فى إثر بعضٍ .
Allah menurunkan Al-Qur’an sekaligus ke langit dunia, tempat turunnya secara berangsur-angsur. Lalu Dia menurunkannya kepada Rasul-Nya SAW bagian demi bagian . “ ( HR. Al Hakim dan al-Baihaqi )

Dalam riwayat Ibnu Abbas ra yang lain, beliau berkata :
أنزلَ القرأنُ فى ليلةِ القدرِ فى شَهرى رمضان إلى السماء الدنيا جملةً واحدةً ثم أنزل نجوماً .
Al-qur’an diturunkan pada malam lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia sekaligus, lalu ia menurunkan secara berangsur-angsur “. (HR. Al-Tabrani ).

Dasar al-Quran Diturunkan Secara Beransur-ansur


Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.


Nuzul Quran
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
(Al-Furqaan 25:32

Hikmat Diturunkan al-Quran Secara Beransur-ansur



  Menguatkan atau meneguhkan hati Rasulullah SAW
Rasulullah telah menyampaikan dakwahnya kepada manusia, tetapi ia menghadapi sikap mereka yang membangkang dan watak yang begitu keras. Ia ditantang oleh orang-orang yang berhati batu, berperangai kasar dan keras kepala. Mereka senantiasa melemparkan berbagai macam gangguan dan ancaman kepada Rasul.  Padahal dengan hati tulus ia ingin menyampaikan segala yang baik kepada mereka, sehingga dalam hal ini Allah menerangkan didalam surah al-kahfi ayat 6:


Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Al-Qur’an memerintahkan Rasul untuk bersabar dalam menghadapi perilaku masyarakatnya atas pendustaan,kesombongan mereka, sebagaimana Rasul-rasul sebelumnya

(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.
(Al-Ahqaaf 46:35)

 Jiwa Rasul menjadi tenang kerana Allah menjamin akan melindunginya dari gangguan orang-orang yang mendustakan firman-Nya


Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.



Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

Setiap kali penderitaan Rasulullah SAW bertambah karena didustakan oleh kaumnya dan merasa sedih karena penganiayaan mereka, maka       Al-Qur’an turun untuk melepaskan derita dan menghiburnya serta mengancam orang-orang yang mendustakan bahwa Allah mengetahui hal-ihwal mereka dan akan membalas apa yang mereka lakukan itu


Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

Demikian pula Allah menyampaikan berita gembira kepadannya dengan ayat-ayat yang berisi perlindungan, kemenangan dan pertolongan

Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang) ". Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.


Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.


Demikianlah, ayat-ayat Al-Qur’an itu turun kepada Rasulullah secara berkesinambungan sebagai penghibur dan pendukung sehingga ia tidak dirundung kesedihan dan dihinggapi rasa putus asa


Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).
(Al-Furqaan 25:33)

Tentangan dan mukjizat


Orang-orang musyrik senantiasa berkubang dalam kesesatan dan kesombongan hingga melampaui batas. Mereka sering mengajukan pertanyaan-pertanyaan dengan maksud melemahkan dan menentang, untuk menguji kenabian Rasulullah. Mereka juga sering menyampaikan kepadanya hal-hal bathil yang tak masuk akal, seperti menanyakan tentang hari kiamat.


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Mempermudah hafalan dan pemahamannya


Al-Qur’anul karim turun di tengah-tengah umat yang ummi yang tidak pandai membaca dan menulis. Catatan mereka adalah hafalan dan daya ingatan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang tata cara penulisan dan pembukuan yang dapat memungkinkan mereka menuliskan dan membukukannya, kemudian menghafal dan memahaminya.

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kesesuaian dengan peristiwa-peristiwa dan pentahapan dalam penetapan hukum.

Manusia tidak akan mudah mengikuti dan tunduk kepada agama yang baru ini seandainya Al-Qur’an tidak menghadapi mereka dengan cara yang bijaksana dan memberikan kepada mereka beberapa ubat penawar yang ampuh yang dapat menyembuhkan mereka dari kerosakan dan kerendahan martabat. Setiap kali terjadi suatu peristiwa diantara mereka, maka turunlah hukum mengenai peristiwa itu yang memberikan kejelasan statusnya dan petunjuk serta meletakkan dasar-dasar perundang-undangan bagi mereka, sesuai dengan situasi dan kondisi, satu demi satu. Dan cara demikian ini menjadi ubat bagi hati mereka.

Pada mulanya Al-Qur’an meletakkan dasar-dasar keimanan kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kiamat serta apa yang ada pada hari kiamat itu seperti kebangkitan, hisab, balasan syurga dan neraka.

 Untuk itu, Al-Qur’an menegakkan bukti-bukti dan alasan sehingga kepercayaan kepada berhala tercabut dari jiwa-jiwa orang musyrik dan tumbuh sebagai gantinya aqidah Islam.

Bukti yang pasti bahwa Al-Qur’an diturunkan dari sisi yang Maha Bijaksana dan Maha Terpuji

Al-Qur’an yang turun secara berangsur-angsur kepada Rasulullah SAW dalam waktu hampir 23 tahun ini, dan selama itu orang membacanya dan mengkajinya surah demi surah. Ketika itu ia melihat rangkaiannya begiti padat, tersusun cermat sekali dengan makna yang saling bertautan, dengan gaya yang begitu kuat, serta ayat demi ayat dan surah demi surah saling terjalin bagaikan untaian mutiara yang indah yang belum pernah ada bandingannya dalam perkataan manusia:

Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Tahap Turunya al-Quran

   Al-Qur’an di turunkan oleh Allah secara sekaligus ke Lauh Mahfudz.


   Al-Qur’an di turunkan dari Lauh Mahfudz ke Bait Al-Izzah di langit dunia.

   Al-Qur’an di turunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad melalui perantara malaikat jibril.


No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.