Puasa Hari Asyura Puasa Sunat Sunat Berserta Niatnya al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Sunday, July 17, 2016

Puasa Hari Asyura Puasa Sunat Sunat Berserta Niatnya

Puasa Hari Asyura Puasa Sunat Sunat Berserta Niatnya 

Puasa Hari Asyura Puasa Sunat Sunat Berserta Niatnya
Nawaitu sauma asyura Lillahi T aala
sahaja aku puasa hari asyura sunat kerana Allah Taala.

Puasa hari asyura adalah puasa pada hari ke-10 muharram.

Mengenai Hadits Keutamaan Puasa Hari Asyura ini;


Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Maka itu untuk membezakan kita dengan orang yahudi,boleh lah kita berpuasa hari Asyura bermula pada sebelum 10 muharram (mula puasa pada 9 muharram) ,di ikuti pada 10 muharram.jika merasakan kurang berkemampuan,harus pada 10 muharram yakni sehari sahaja.Secara keseluruhanya puasa 2 hari  9,10 muharram.

Dan berkata As Syaikh Al Albany – Rahimahullah- di Silsilah Ad Dha’ifah Wal Maudhu’ah IX/288 No. Hadits 4297: Penyebutan sehari setelahnya (hari ke sebelas) adalah mungkar, menyelisihi hadits Ibnu Abbas yang sahih dengan lafadz:


“لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع” .
“Jika aku hidup sampai tahun depan tentu aku akan puasa hari kesembilan”


PUASA PADA HARI KE-10 (ASYURA) SAHAJA


Sesungguhnya mengenai hari ke-10 muharram,kita (orang islam) adalah lebih berhak keatas hari itu berbanding orang yahudi.

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi s.a.w (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.
(A-li'Imraan 3:68)



MENGENAI HARI ASYURA INI

Telah saya pilih beberapa hadist mengenainya untuk di jadikan sandaran.


Hukumnya.


Nampak jelas dari hadits-hadits di atas dan juga dari hadits-hadits yang lain yang semakna dengannya bahawa dulunya hukum puasa hari ‘Asyura` adalah wajib kerana Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam memerintahkannya sebagaimana dalam hadits Ibnu ‘Abbas di atas. Akan tetapi setelah turunnya kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan maka hukum wajib ini dimansukh (terhapus) menjadi sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadits Aisyah radhiallahu ‘anha.

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarh Muslim (8/6), “Para ulama telah bersepakat bahawa puasa pada hari ‘Asyura` hukumnya sekarang (iaitu ketika telah diwajibkannya puasa Ramadhan) adalah sunnah dan bukan wajib”. Dan ijma’ akan hal ini juga telah dinukil oleh Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah sebagaimana dalam Fathul Bari (2/246)
-Sumber Hadist-


JIKA TERLUPA DAN INGIN BERPUASA


Hadits Salamah ibnul Akwa’ radhiallahu ‘anhu dia berkata, “Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan seorang lelaki dari Bani Aslam agar mengumumkan kepada manusia bahawa barangsiapa yang yang sudah makan maka hendaknya dia berpuasa pada sisa harinya dan barangsiapa yang belum makan maka hendaknya dia berpuasa, kerana hari ini adalah hari ‘Asyura`”. (HR.Al- Bukhari dan Muslim)

Ertinya di sini,andai kita bangun dari tidur atau pagi atau subuh nya kita telah makan atau minum,dan baru menyedari bahawa hari itu adalah hari asyura,maka kita ingin berpuasa,kita boleh lakukannya dengan berpuasa lah baki hari itu sampai lah waktu berbuka.

Jazzakallahu khairan khatira 

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.