Ramadhan Akan Pergi
"Inn syaAllah tahun (ramadhan akan datang) depan panjang umur jumpa lagi"
masing-masing menoleh kearah dalam mesjid,masa ini lah sedih,seperti mahu duduk tinggal dalam mesjid,mahu patah balik ke mesjid,
Namun hakikatnya,walaupun kita duduk tinggal didalam mesjid (tidak membenarkan ramadhan pergi),ramadhan ini tetap akan pergi,bukan kita yang pergi meninggalkan ramadhan,jika kita yang pergi meninggalkan ramadhan,nescaya ramadhan ini menjadilah ia panjang selama 12 bulan,
Maka,bukanlah kita meninggalkan ramadhan,tapi meningalkan amalan di bulan ramadhan,
berkampung didalam mesjid atau majlis-majlis ilmu,tiba-tiba ramadhan berkata
"Sekarang cukup sudah tempoh masa pertemuan kita"
tentu yang ada mahu menambah hari bulan ramadhan,
Ramadhan berkata bahawa,
"Hari ramadhan adalah hari tertentu sebagai rahmat.Awalnya rahmat.Akhirnya pengampunan dan pembebasan dari api neraka"
"Dan sesiapa yang mendapatkan rahmat itu,beruntunglah,sesiapa mendapatkan pengampunan itu,beruntunglah,dan sesiapa mendapatkan pembebasan dari api neraka,maka dia telah mengambil kurniaan keseluruhanya dari Allah s.w.t"
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]
"Dan,hendaklah pintu-pintu neraka itu kekal tutup sebagaimana tertutupnya ia pada masa ini (ramadhan),dan janganlah kamu menutup pintu-pintu syurga yang telah dibukakan untuk kamu oleh Allah s.w.t,sesungguhnya,kamu tidak sesekali mampu membukanya kecuali Allah mengizinkan ia (pintu syurga) dibukakan semula untuk kamu"
اِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ النَّارِوَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ.
Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).
"Dan di syurga itu mempunyai pintu khusus untuk orang-orang yang berpuasa"
” Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya…..” (Hadist riwayat Al-Bukhari)
"Dan hadiahnya yang ialah,tersedia lailatul qadar,sebagai ganti hari-hari yang lalu dan akan datang andai kamu ketahui...."
"Maka berpisahlah kita untuk setakat ini,Dan shawal akan mengambil tempat ku kelak"
Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari. (Shahih Muslim No.1808)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
"Inn syaAllah,jika ada jodoh bertemu kembali"
-Nur 29 Ramadhan 1437H
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.