Hukum Puasa Enam Bulan Syawal al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Wednesday, July 6, 2016

Hukum Puasa Enam Bulan Syawal

Hukum Puasa Enam Bulan Syawal



SUNAT dan digalakkan kita bersegera melaksanakan ‘Puasa Enam Syawal’. 



Hukum Puasa Enam Bulan SyawalFADILAT PUASA ENAM 

Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan. Dalilnya:
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim) 

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) . 

Selain itu, terdapat fadilat lain bagi Puasa Enam Syawal. Ia adalah seperti berikut: 
1- Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan. 
2- Mendekatkan diri kepada Allah SWT setelah Ramadhan. 
3- Puasa Syawal sebagai tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan. . . 
4- Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti dia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” - (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban) 

KAEDAH PUASA ENAM 

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada hari-hari sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli. 
1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing. 


HIKMAH PUASA ENAM 


1- Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka. 
2- Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. 
3- Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari. 
4- Penyempurna daripada kekurangan. Ini kerana pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat. 
5- Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat. 6- Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya agar bersegera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira.


GABUNG NIAT QADA’ DAN PUASA ENAM


Harus menggabungkan dua puasa tersebut. Walau bagaimanapun, para ulama mempunyai beberapa pandangan dlm isu ini seperti berikut; 

1. Berpuasa qada’ terlebih dahulu kerana ia merupakan puasa wajib ke atas semua. 

2. Berpuasa sunat enam Syawal terlebih dahulu kerana tempohnya sangat terhad. Kemudian susulilah dgn puasa qada' yg tempoh menggantinya agak panjang berbanding Syawal.

3. Berpuasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal sekali gus. Namun, org itu mestilah mendahulukan niat puasa qada’ terlebih dahulu dan kemudian disusuli dengan niat puasa enam. 

Namun, ingin ditekankan bahawa kebanyakan ulama berpendapat jika seseorang itu melakukan kedua-dua puasa secara berasingan, maka ia adalah lebih mulia berbanding menggabungkannya dalam satu niat. 

Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff (Dr.MIA)


SESIAPA yang mengerjakan puasa Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka orang itu akan mendapat pahala seolah-olah pahala berpuasa sepanjang tahun. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu 'anhu:

Maksudnya : ''Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun''.

(Hadits riwayat Muslim)

Namun bagaimana jika seseorang hendak berpuasa enam dalam bulan Syawal sedangkan dia mempunyai puasa qadha Ramadhan yang belum dibayar, kerana menqadha puasa Ramadhan yang ditinggalkan adalah wajib sama ada puasa Ramadhan itu ditinggalkan dengan sengaja ataupun disebabkan keuzuran syar'ie.

Di sini apa yang menarik, sesiapa saja yang mempunyai puasa qadha Ramadhan, dia boleh saja menyatukannya dengan puasa-puasa sunat yang lain sama ada menyatukan dengan puasa 'asyura, hari 'Arafah, puasa di bulan Sya'ban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, termasuk puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain. Namun begitu, perlu dilihat terlebih dahulu apakah sebab puasa Ramadhan itu ditinggalkan, kerana perbezaan sebab meninggalkan puasa Ramadhan akan menentukan sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Maka untuk lebih jelas akan diterangkan bagaimana boleh menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat itu.


Sebab Meninggalkan Puasa Ramadhan


Untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa Ramadhan dengan puasa sunat itu maka perlu dilihat sebab seseorang itu meninggalkan puasa Ramadhan itu. Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Meninggalkan puasa Ramadhan bukan disebabkan uzur syar'ie, iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara'.

2. Meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan uzur syar'ie seperti kerana datang haidh atau nifas atau sakit atau musafir.

Menyatukan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat

Kedua-dua sebab yang disebutkan di atas menghasilkan hukum yang berbeza dalam perkara menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Untuk jelasnya diterangkan seperti berikut :


• Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadhan bukan disebabkan uzur syar'ie'.

Adalah haram ke atas seseorang melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal jika dia meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja, kecuali setelah selesai mengqadha puasa yang ditinggalkannya dengan sengaja itu.

Oleh kerana orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja itu haram ke atasnya melakukan apa jua jenis puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal selagi puasa Ramadhan yang ditinggalkannya belum diqadhanya, maka dia tidaklah boleh menyatukan puasa enam Syawal dengan puasa qadha yang ditinggalkan dengan sengaja itu, melainkan setelah selesai dia mengqadha puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu.

• Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan uzur syar'ie.

Adalah sunat hukumnya bagi orang yang meninggalkan puasa yang diharuskan oleh syara' melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal. Oleh itu, jika seseorang ingin melakukan puasa qadha yang ditinggalkannya kerana uzur, maka bolehlah dia menyatukan niat puasa qadha tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enam bulan Syawal.

Pahala Mensatukan Niat Puasa Qadha Dengan Niat Puasa Sunat

Mengenai perkara ini, Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam fatwanya menjelaskan, bahawa orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib akan mendapat ganjaran pahala bagi kedua-dua puasa yang diniatkannya itu sebagaimana katanya :

Ertinya : ''Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan puasa wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjaran pahalanya''.

(Kitab al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah : 2/75)

Bagaimanakah Lafaz Niat Puasa Yang Disatukan Itu?

Niat bagi orang yang hendak menyatukan puasa qadha Ramadhan disebabkan kerana ada uzur yang dibolehkan oleh syara' dengan puasa-puasa sunat seperti puasa enam bulan Syawal, maka bolehlah dia berniat bagi kedua-dua puasa yang disatukannya itu seperti contoh :


''Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Ta'ala.''

Dengan berbuat demikian, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala, iaitu pahala puasa qadha dan pahala puasa sunat tersebut. Perkara ini sama dengan orang yang berniat puasa wajib, sama ada puasa qadha atau puasa nazar pada hari 'Arafah. Jika dia berniat kedua-duanya sekali, iaitu puasa qadha dan puasa sunat hari 'Arafah, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat ganjaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Maka sebagai kesimpulan, orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan uzur syar'ie bolehlah dia melakukan puasa sunat enam di bulan Syawal dengan menyatukan niat puasa sunat enam Syawal itu dengan puasa qadha Ramadhan yang ditinggalkannya disebabkan uzur syar'ie. Namun ganjaran pahalanya tidaklah sama sepertimana ganjaran pahala orang yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan melakukan puasa sunat enam syawal sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Namun begitu, akan tetap juga mendapat ganjaran pahala kedua-dua puasa yang diniatkannya itu.

Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja, adalah haram baginya mengerjakan puasa sunat melainkan setelah dia selesai mengqadha puasa Ramadhan yang ditinggalkannya dengan sengaja itu, dan dia tidak dapat mensatukan niat puasa qadha dengan puasa sunat yang lain seperti puasa sunat enam syawal.


Demikianlah penjelasan yang berkaitan dengan mensatukan puasa qadha Ramadhan dengan puasa sunat.


ومن الرابع (مايقتضى البطلان فى الكل) نوى بصلاته الفرض الفرض والراتبة لم تنعقد أصلا.


Menggabungkan Niat Puasa Fardlu dan Puasa Sunnah


Adapun menggabung antara niat sunnah puasa bulan Sya’ban atau puasa sunnah lainnya sekaligus niat membayar (qadha’) puasa Ramadhan maka dapat diqiyaskan kedalam hukum yang pertama, iaitu dianggap sah kedua-duanya berdasar pada keterangan Imam al-Suyuthi.

ومنها (أى من الأول) صيام يوم عرفة مثلا قضاء أونذرا أو كفارة ونوى معه الصوم غير عرفة فأفتى البارزى بالصحة والحصول عنهما

Dalam Kitab Bughyah hal 113 juga dikatakan:

مسألة: ك): ظاهر حديث: «وأتبعه ستاً من شوّال» وغيره من الأحاديث عدم حصول الست إذا نواها مع قضاء رمضان، لكن صرح ابن حجر بحصول أصل الثواب لإكماله إذا نواها كغيرها من عرفة وعاشوراء، بل رجح (م ر) حصول أصل ثواب سائر التطوعات مع الفرض وإن لم ينوها

Menggabung niat beberapa puasa sunnah seperti puasa Arafah dan puasa isnin atau khamis adalah boleh dan dinyatakan mendapatkan pahala keduanya. Sebagaimana dikemukakan oleh Imam Al-Kurdi. Bahkan menurut Imam Al-Barizi puasa sunnah seperti hari ‘Asyura, jika diniati puasa lain seperti qadha ramadhan tanpa meniatkan puasa Asyura’ tetap mendapatkan pahala keduanya. Adapun puasa 6 hari bulan syawal jika digabung dengan qada ramadhan, maka menurut imam Romli mendapatkan pahala keduanya.


Namun, sebagian ulama berbeza pendapat dalam masalah tersebut. Ada yang mengatakan yang dianggap sah adalah puasa qadaa ramadhan dan puasa sunnahnya tidak sah dan memasukkannya dalam kelompok ke dua. Ada pula ulama yang mengatakan sah puasa sunnahnya dan hutangnya belum gugur sebagaimana kategori ketiga. Bahkan ada yang mengatakan tidak sah keduanya dan amalnya sia-sia seperti kategori ke empat.

Syeikh Utsaymin pernah ditanya, "Bolehkah saya niat puasa sunnah enam hari di bulan syawal dan niat membayar hutang puasa secara bersamaan?"

Beliau menjawab, "Siapa yang berpuasa hari  Arafah atau hari Asyura, padahal ia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan maka puasa arafah atau asyura yang dilakukan sah. Akan tetapi kalau ia berniat membayar hutang puasa Ramadhan pada kedua hari tersebut, maka ia mendapatkan dua pahala sekaligus: pahala puasa hari arafah dan asyura di samping pahala qadha (membayar hutang puasa). Ini berlaku untuk puasa sunnah yang bersifat mutlak di mana ia tidak terikat dengan Ramadhan. Adapun puasa enam hari di bulan syawalyang terikat dengan Ramadhan di mana ia dilakukan sesudah puasa Ramadhan atau sesudah membayar hutang puasa Ramadhan, maka jika dilakukan sebelum meng-qadha hutang puasa Ramadhan, pahalanya tidak bisa didapat. Sebab Nabi saw bersabda, "Siapa yang berpuasa Ramadhan lalu menyertainya dengan puasa enam hari di bulan Syawal seolah-olah ia berpuasa ad-dahr."

Sementara Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) berpendapat bahawa menurut banyak fukaha puasa sunnah boleh menjadi bagian dari puasa wajib; namun tidak sebaliknya. Jadi boleh seorang muslimah membayar hutang puasa Ramadhan di bulan Syawal di mana dengan itu ia sudah tidak perlu lagi berpuasa sunnah enam hari di bulan Syawal. Sebab ia telah mendapat pahala qadha dan enam hari syawal karena puasa qadha tadi dilakukan di bulan Syawal. Analoginya seperti orang yang masuk mesjid lalu s0lat dua rakaat sebelum duduk dengan niat solat wajib atau sunnah. Dengan begitu orang ini otomatis juga mendapat pahala solat tahiyyatul masjid karena dilakukan sebelum duduk.

Kesimpulannya, boleh membayat hutang puasa Ramadhan di hari-hari apapun yang tidak dilarang. Jika puasa qadha tersebut dilakukan pada hari senin, insya Allah ia juga mendapatkan pahala puasa hari senin. Demikian pula jika dilakukan di hari-hari istimewa lainnya. Hanya saja terkait dengan puasa enam hari di bulan Syawal, sebagian ulama memisahkan antara puasa qadha dan puasa enam hari di bulan syawal. Pasalnya, puasa enam hari di bulan syawal dikerjakan sesudah sempurna melaksanakan puasa Ramadhan (termasuk sesudah membayar hutang puasa Ramadhan). Sementara sebagian ulama lain berpendapat bahawa puasa Qadha yang dilakukan di bulan syawal sdh mencukupi bagi seseorang untuk mendapatkan pahala qadha dan pahala puasa sunnah syawal secara bersamaan.

Dalam hal ini yang lebih sempurna dan sekaligus untuk keluar dari perbedaan yang ada, sebaiknya terlebih dahulu dilakukan puasa qadha Ramadhan, baru puasa enam hari bulan Syawal.


Wallahu a'lam bish-shawab.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.