Nama beliau Abu Al-Fida’ Ismail bin Omar bin Katsir. Nama Ibnu Katsir, disandarkan kepada datuknya.
Beliau adalah seorang ulama Fiqh, yang mahir di kalangan ulama mazhab Syafi’i. Beliau juga diberi gelaran al-Hafiz, kerana beliau adalah merupakan seorang ulama hadits. Dalam masa yang sama juga, beliau merupakan seorang ulama sejarah. Beliau ini seorang tokoh yang serba-serbi ketokohannya dalam berbagai bidang.
(Foto Adalah Sebuah Kitab Hasil Karya Ibnu Katsir.Didalamnya Terkandung Sumber Rujukan)
Lahir pada tahun 700H, di Damsyiq, Syria. Ayahnya meninggal 4 tahun sejurus kelahiran beliau, beliau merupakan seorang anak yatim. Akhirnya, beliau membesar di kota Damsyiq (Damakus,Syria) dan menuntut ilmu di situ.
Guru-guru Ibnu Katsir, adalah tokoh-tokoh yang hebat-hebat belaka.
Imam az-Zahabi (Wafat : 748H), seorang tokoh dalam sejarah, yang mengarang kitab Siyar A’lam al-Nubala’.
Imam al-Hafiz al-Mizzi (Wafat : 742H), seorang tokoh dalam bidang Hadits, mengarang kitab yang cukup terkenal “Tahzibul Kamal”, dalam bidang ilmu rijal. Mana-mana ulama hadits pasti akan kembali kepada buku-buku asas ini, di dalam ilmu hadits atau di dalam ilmu rijal (perawi hadits). Oleh kerana Ibnu Katsir merupakan seorang anak murid yang gigih, terserlah kebijaksanaan dan kepandaiannya, akhirnya beliau berkahwin dengan anak Imam al-Mizzi ini. Jadi, Ibnu Katsir adalah menantu kepada Imam al-Mizzi.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (Wafat : 728H), wafat ketika Ibnu Katsir berumur 28 tahun. Disebutkan oleh Ibnu Hajar (Wafat : 852H), juga di antara tokoh besar yang datang kemudian, Ibnu Hajar menyebutkan tentang sejarah Ibnu Katsir, dengan mengatakan Ibnu Taimiyyah adalah gurunya. Beliau telah mengambil ilmu daripadanya, sangat cinta kepadanya, dan akhirnya beliau diuji kerananya. Beliau diuji kerana ilmu yang diambil daripada Ibnu Taimiyyah itu, sangat terkesan dan terikut dengannya. Akhirnya, Ibnu Taimiyyah diuji, meninggal di dalam penjara, Ibnu Katsir pun turut diuji kerana beliau mewarisi ilmu daripada gurunya itu.
Imam Ibnu Katsir hidup ketika zaman Mamaliga, kurun ke-8 iaitu 700H ke atas. Pada ketika itu, musibah demi musibah menimpa umat Islam, bermula dengan serangan tentera Tartar, daripada negara Mongolia yang menyerang kota Damsyiq, membunuh ribuan umat Islam, sehingga sungai-sungai di Damsyiq bertukar menjadi merah. Ketika zamannya juga, banyak berlakunya musim kemarau, kelaparan, ditambah lagi dengan persengketaan di antara pemerintah-pemerintah Islam pada ketika itu. Berlakunya banyak pergolakan, serang-menyerang antara pemerintah-pemerintah Islam, saling berbunuhan antara sesama mereka. Kesimpulannya, zaman Ibnu Katsir penuh dengan cabaran dan dugaan, keadaan suasana iklim politik yang sangat tidak menentu.
Dalam masa yang sama, zaman Ibnu Katsir adalah zaman percambahan ilmu. Banyaknya kuliah-kuliah ilmu, tempat-tempat pengajian, masakan tidak, kerana banyaknya tokoh-tokoh besar yang telah kita sebutkan tadi, Imam az-Zahabi, Ibnu Taimiyyah, dan lain-lain.
Termasuk dalam kalangan anak muridnya pula adalah Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi (Wafat : 792H). Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi adalah ulama yang mensyarahkan Aqidah al-Tahawiyah, yang menjadi buku asas dalam mempelajari Aqidah. Aqidah al-Tahawiyah ditulis oleh seorang pengarang yang bernama at-Tahawi, yang hidup pada zaman awal Islam, dan kemudian Ibnu Abi al-Izz yang datang kemudian mensyarahkannya.
Ibnu Katsir banyak menulis, banyak buku dalam pelbagai bidang. Beliau ada buku karangan dalam bidang Aqidah, ada buku dalam bidang Fiqh, ada buku dalam ilmu Quran, ada buku dalam bidang Hadits, kerana beliau seorang tokoh Hadits. Antara bukunya yang paling terkenal ada 2.
Tafsir Ibnu Katsir. Judul asal kitab ini namanya Tafsir al-Quran al-Azim. Asal kitab bahasa Arabnya dalam 3 jilid sahaja, dengan tulisannya yang cukup rapat dan padat.
Al-Bidayah wan-Nihayah (Permulaan & Kesudahan – The Beginning & The Ending). Buku ini adalah buku dalam sejarah, merangkumi kesemua sejarah bermula daripada Nabi Adam AS. Ibnu Katsir bukan sahaja seorang tokoh dalam bidang Hadits, malah beliau juga seorang tokoh dalam sejarah. Hadits sebenarnya mempunyai kait rapat dengan sejarah. Hadits adalah apa yang dilakukan dan diucapkan oleh Rasulullah secara khasnya, itu sebenarnya sejarah dari satu sudut. Dan Ibnu Katsir adalah salah seorang tokoh dalam bidang itu, dalam masa yang sama seorang tokoh yang pakar dalam bidang sejarah manusia secara amnya, bermula dengan Nabi Adam, sampai ke zamannya, beliau juga menceritakan tentang dirinya di dalam buku tersebut, kerana beliau juga termasuk dalam sejarah. Buku ini pula dalam 7 jilid. Ilmu Ibnu Katsir ini cukup hebat. Manakan tidak, beliau telah berguru dengan guru-guru yang cukup hebat.
Ibnu Katsir wafat pada 774H. Ketika umurnya 74 tahun. Pada akhir hidupnya, beliau menjadi buta, dan dikebumikan berhampiran dengan kubur gurunya Ibnu Taimiyyah.
Rujukan:http://ibnukatsir.my/biografi.php

No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.