Hikmah Dan Keutamaan Puasa al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Wednesday, May 31, 2017

Hikmah Dan Keutamaan Puasa


Hikmah Dan Keutamaan Puasa

Hadits diriwayatkan Imam Muslim :

 كُلّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْع مِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنُْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Semua amalan bani adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat hingga 700 kali lipatnya, Allah ta’ala berfirman, ‘Kecuali puasa sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat dan makannya karena aku, maka Aku yang akan membalasnya.’ Dan bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan: kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabb-nya. Benar-benar mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada harumnya misk.”

Maksud dari ungkapan ”Aku yang akan membalasnya”, adalah bahawa pengetahuan tentang kadar pahala dan pelipatan kebaikannya hanya Allah yang mengetahuinya. Al-Qurtuby rahimahullah berkata, ‘Ertinya bahawa amalan-amalan telah terlihat kadar pahalanya untuk manusia. Bahawa ia akan dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus kali sampai sekehendak Allah kecuali puasa. Maka Allah sendiri yang akan memberi pahala tanpa batasan. Hal ini dikuatkan dengan hadits diatas : ”Semua amal Bani Adam akan dilipat gandakan kebaikan sepuluh kali sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Azza Wa Jallah berfirman, ‘Kecuali puasa, maka ia untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahalanya.” Yakni Aku akan memberikan pahala yang banyak tanpa menentukan kadarnya. Hal ini seperti firman Allah Ta’ala, ”Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Surah Az-Zumar: 10)

Makna ungkapan ”Puasa untuk-Ku”, maksudnya adalah bahawa dia termasuk ibadah yang paling Aku cintai dan paling mulia di sisi-Ku. Ibnu Abdul Bar berkata, “Cukuplah ungkapan ’Puasa untuk-Ku’ menunjukkan keutamaannya dibandingkan ibadah-ibadah lainnya. Diriwayatkan oleh An-Nasa’i, dari Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : ”Hendaklah kalian berpuasa,kerana tidak ada yang menyamainya.”

Penyandaran di sini adalah penyandaran kemuliaan dan keagungan. Sebagaimana diungkapkan ‘Baitullah (rumah Allah)’ meskipun semua rumah milik Allah. Az-Zain bin Munayyir berkata, ”Pengkhususan pada teks keumuman seperti ini, tidak dapat difahami melainkan untuk pengagungan dan pemuliaan.” Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata, “Hadits yang agung ini menunjukkan akan keutamaan puasa dari beberapa sisi :

Pertama: Sesungguhnya Allah khususkan puasa untuk diri-Nya dari amalan-amalan lainnya, hal itu kerana keutamaannya di sisi-Nya, cintanya padanya dan tampak keikhlasan padanya untuk-Nya SWT. Kerana puasa merupakan rahsia seorang hamba dengan Tuhannya, tidak ada yang melihatnya kecuali Allah, kerana orang yang berpuasa,  di tempat yang sepi mungkin baginya melakukan apa yang diharamkan oleh Allah, (akan tetapi) dia tidak mendorongnya kearah itu sekaligus melakukanya.Kerana dia mengetahui bahawa Tuhan yang melihat di tempat yang sunyi. Dan Dia telah mengharamkan hal itu. Maka dia tinggalkan kerana takut akan seksa-Nya serta berharap pahala dari-Nya. Maka, Allah memberikan balasan akan keikhlasan ini dengan mengkhususkan puasa untuk diri-Nya dibandingkan amalan-amalan lainnya. Oleh kerana itu (Allah) berfirman, ”Dia meninggalkan syahwat dan makanannya kerana diri-Ku”. Keistimewaan ini akan terlihat nanti di hari kiamat sebagaimana yang dikatakan oleh Sufyan bin Uyainah rahimahullah, ”Ketika hari kiamat, Allah akan menghisab hamba-Nya. Dan mengembalikan tanggungan dari kezalimannya dari seluruh amalnya. Sampai ketika tidak tersisa kecuali puasa, maka Allah yang akan menanggung sisa kezaliman dan dia dimasukkan syurga kerana puasanya.”

Kedua: Allah berfirman ”Dan Aku yang akan membalasnya.” Maka balasannya disandarkan kepada diri-Nya yang Mulia kerana amalan-amalan soleh akan dilipatgandakan pahalanya dengan bilangan. Satu kebaikan dilipat gandakan sepuluh kali sampai tujuh ratus kali sampai berlipat-lipat. Sementara puasa, maka Allah sandarkan pahalanya kepada diri-Nya tanpa ada kadar bilangan. Maka Dia SWT adalah zat yang paling dermawan dan paling mulia. Pemberian sesuai dengan apa yang diberikannya. Maka pahala orang puasa sangat besar tanpa batas. Puasa adalah sabar dalam ketaatan kepada Allah, sabar dari yang diharamkan Allah dan sabar terhadap takdir Allah yang menyakitkan dari lapar, haus dan lemahnya badan serta jiwa. Maka terkumpul di dalamnya tiga macam kesabaran. Maka layak orang puasa termasuk golongan orang-orang sabar. Sementara Allah telah berfirman, ”Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Surah Az-Zumar: 10)

Tidak ada sesiapa mengetahui ia dalam berkeadaan lapar dan dahaga juga hal-hal lainya (berpuasa),namun diketahui oleh Allah s.w.t.Maka Allah s.w.t akan membalasnya (memberikan ganjaranya).Sedangkan tempoh puasa itu pula dari terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari (menjauhi segala terlarang).

Bertapa peritnya puasa ini hingga Allah akan membalasnya.Keperitan merasai puasa itu tidak dapat dikongsi oleh orang lain,kerana orang lain tidak dapat melihat dan merasai apa yang orang itu sedang rasai akan puasanya.Berapa kadar hausnya,berapa kadar laparnya tidak dapat diukur dan ianya pula berbeza-beza,namun diketahui oleh Allah s.w.t.Dan ditambahi lagi dengan larangan perkara yang lain-lain yang boleh membatalkan puasanya,maka tentulah ia akan pasti lebih kepayahan dan memelukan begitu tinggi kesabaran dalam diri untuk memelihara akan puasanya.

Istiqomah wa ilatul jannah.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.