Ngaji Quran | Surah al-Mulk Ayat 1 سورة الملك al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Sunday, May 28, 2017

Ngaji Quran | Surah al-Mulk Ayat 1 سورة الملك

Ayat 1 surah al-Mulk.

Ngaji Quran | Surah al-Mulk Ayat 1  سورة الملك

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi saw. beliau bersabda: “Sesungguhnnya ada sebuah surah di dalam al-Qur’an terdiri dari tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberikan ampunan kepadanya: Tabaarakal ladzii biyadiHil mulku.”
Diriwayatkan oleh empat penulis kitab as-Sunan dari hadits Syu’bah. At-Tirmidzi mengatakan: “Ini adalah hadits hasan.” Dan diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi melalui jalan Laits bin Abi Sulaiman dari Abuz zubair, dari Jabir bahawa Rasulullah saw. tidak tidur sampai membaca: alif laam mim tanziil; dan tabaarakalladzii biyadiHil mulku.”
Disini ana bawakan dua tafsir tentang ayat 1.

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ - 67:1

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;(Al-Mulk 67:1)

Maha berkat Allah taala; ada sebahagian tafsir menterjemahkan maksud تَبَارَكَ itu sebagai ‘Maha Suci’ Allah. Tapi -kalau maha suci, perkataan yang digunakan adalah ‘subhanallah’; yang lebih tepat adalah ayat ini hendak mengatakan bahawa Allahlah yang Maha Berkat.[1]

Tafsir Ibnu Katsir-Allah Swt. mengagungkan diri-Nya Yang Maha mulia dan memberitahukan bahawa di tangan kekuasaan-Nyalah semua kerajaan. Yakni Dialah Yang Mengatur semua makhluk menurut apa yang dikehendaki-Nya, tiada akibat bagi apa yang telah diputuskan-Nya, dan tiada yang menanya tentang apa yang diperbuat-Nya kerana keperkasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keadilan-Nya.

Penafsiranya boleh jadi berbeza-beza,namun yang paling tepat adalah Allahualam yang menerangkan bahawa semuanya adalah menurut kehendak-Nya dengan tujuan.

Rujukan:
Tafsir Ibnu Katsir
[1]https://tafsirsunnah.me/2013/05/30/tafsir-surah-mulk-ayat-1-15/

1 comment:

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.