Melihat Hilal Menyambut Ramadhan al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Friday, May 26, 2017

Melihat Hilal Menyambut Ramadhan

Melihat Hilal Menyambut Ramadhan
Contoh Hilal (Direkd Pada Tahun 2013)


‫سنن الترمذي ٣٣٧٣: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ سُفْيَانَ الْمَدِينِيُّ حَدَّثَنِي بِلَالُ بْنِ يَحْيَى بْنِ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ‬
‫أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلَالَ قَالَ:‬
‫ اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ‬
‫قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ‬

‪Sunan Tirmidhi 3373: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Abu 'Amir Al 'Aqadi telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Sufyan Al Madini telah menceritakan kepada kami Bilal bin Yahya bin Thalhah bin 'Ubaidullah dari ayahnya dari Thalhal bin 'Ubaidullah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apabila melihat bulan sabit beliau mengucapkan: "ALLAAHUMMA AHLILHU 'ALAINAA BILYUMNI WAL IMANI WAS SALAMATI WAL ISLAM, RABBII WA RABBUKALLAAH" (Nampakkanlah bulan tersebut kepada kami dengan berkah, iman, keselamatan serta Islam! Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah). Abu Isa berkata; hadith ini adalah hadith hasan gharib.
****************
Hadis Hadis Sahih Bukhari 1773

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ

Telah menceritakan kepada kami ['Abdullah bin Maslamah] telah menceritakan kepada kami [Malik] dari [Nafi'] dari ['Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhu] bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menceritakan tentang bulan Ramadhan lalu Beliau bersabda: "Janganlah kalian berpuasa hingga kalian melihat hilal dan jangan pula kalian berbuka hingga kalian melihatnya. Apabila kalian terhalang oleh awan maka perkirakanlah jumlahnya (jumlah hari disempurnakan) ".

Penggunaan Astrofotografi 



Astrofotografi merupakan sebuah kaedah baru yang dapat digunakan dalam pencerapan bulan untuk menetapkan awal bulan dalam tarikh Hijrah.Kaedah pencerapan ini boleh merekod pergerakan bulan tidak hanya pada saat terjadinya serta bersamaan dengan waktu tenggelamnya matahari, tetapi sudah boleh ‘’melihat’’ kedudukan bulan sejak pagi hari. Pergerakan inilah yang direkodkan menggunakan teknik fotografi dan videografi.Diproses (analisis) secara matematik dan astronomi, sehingga dapat menetapkan bila saat terjadinya ‘’peralihan’’ dari bulan akhir ke bulan baru tanpa terpengaruh hujan, mendung atau jerebu.

Dengan itu,say mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-Mubarak yang mulia ini kepada seluruh umat islam didunia.

Sumber:
(1)Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
(2)https://www.facebook.com/falakonline/?fref=ts

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.