Rahmat Sekalian Alam al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Tuesday, June 13, 2017

Rahmat Sekalian Alam

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(Al-Anbiyaa' 21:107) 

Di sini Allah s.w.t berfirman kepada kita bahawa Dia telah menciptakan Muhammad s.a.w sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin),ertinya, Dia mengutuskan Rasulullah s.a.w sebagai rahmat untuk semua orang sekalian alam.Barangsiapa menerima rahmat ini dan berterima kasih atas berkah ini, dia akan bahagia di dunia dan akhirat. Namun, barangsiapa menolak dan mengingkarinya, dunia dan akhirat akan lepas darinya, seperti yang Allah s.w.t firmankan:


أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُواْ نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّواْ قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ – جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا وَبِئْسَ الْقَرَارُ

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah (perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah) dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?Iaitu neraka jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.” (Surah Ibrahim:28-29)


Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim.Imam Ahmad meriwayatkan bahawa ‘Amr bin Abi Qurrah Al-Kindi berkata: “Hudzaifah Radhiyallahu ‘Anhu ada di Al Mada’in dan dia menyebutkan sesuatu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Salam  telah bersabda. Hudzaifah datang ke Salman Radhiyallahu ‘Anhu dan Salman berkata: ‘Ya, Hudzaifah, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Salam  kadang-kadang marah dan berbicara dalam keadaan demikian, dan kadang-kadang senang dan berbicara dalam keadaan demikian. Saya tahu bahawa s.a.w  telah menyapa kami dan berkata:


أَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي سَبَبْتُهُ (سَبَّةً) فِي غَضَبِي أَوْ لَعَنْتُهُ لَعْنَةً، فَإِنَّمَا أَنَا رَجُلٌ مِنْ وَلَدِ آدَمَ أَغْضَبُ كَمَا تَغْضَبُونَ، إِنَّمَا بَعَثَنِي اللهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ فَاجْعَلْهَا صَلَاةً عَلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَة

“Sebahagian umatku telah aku cerca atau aku maki ketika aku marah – kerana aku adalah salah seorang dari keturunan Adam, dan aku boleh menjadi marah seperti dirimu. Tetapi Allah s.w.t telah mengutusku sebagai rahmat untuk seluruh alam, sehingga aku akan membuat itu (marahku) sebagai berkah buatnya di hari kebangkitan.”

Kisah ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Ahmad bin Yunus, dari Ya’idah. Mungkin ditanyakan: Apa bentuk rahmat yang diperoleh bagi mereka yang kafir terhadap beliau Nabi s.a.w, Jawapannya adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far, dari Ibn ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhu mengenai ayat ini:


وَمَآ أَرْسَلْنَـكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَـلَمِينَ

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Dia berkata, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, rahmat akan ditetapkan atasnya di dunia ini dan akhirat. Barangsiapa tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dilindungi dari apa yang telah menimpa bangsa-bangsa terdahulu (kemusnahan), seperti gempa bumi dan hujan batu.”


Ayat yang mulia itu adalah sebesar-besar ayat yang menjelaskan kepada manusia bahawa Allah s.w.t   telah mengutus sekaligus Rasul-Nya yang termulia,Rasulullah s.a.w untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.Yakni rahmat secara umum dan merata atas semua makhluk-Nya.Ini kerana lafaz al-'alamin menunjukkan kemutlakan dan menyeluruh. Sehingga,Baginda s.a.w menjadi rahmat untuk mereka semua.
Rahmat ini merangkumi: rahmat untuk alam manusia ( baik  mukmin dan kafirnya), rahmat untuk alam Malaikat, rahmat untuk alam jin ( baik yang mukmin dan kafirnya ) , rahmat untuk alam haiwan.
       
Sedangkan rahmat untuk orang-orang mukmin atau yang beriman ialah bahawa Allah s.w.t memberi hidayah kepada mereka, memasukkan keimanan ke dalam hati mereka, lantas memasukkan mereka ke  dalam syurga-Nya dengan sebab mereka mengamalkan apa-apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w yang mulia ini dari sisi-Nya.

Adapun rahmat untuk orang-orang kafir ialah bahawa Allah s.w.t  tidak langsung mengazab mereka di dunia ini (kecuali tertentu) seperti halnya Dia mengazab dan membinasakan dengan merata orang-orang kafir sebelum mereka yang berani mendustakan para Nabi dan para Rasul Allah s.w.t( lihat : tafsir Ath Thabari ]

Allah s.w.t memberikan rahmat-Nya dengan diutuskan Rasulullah s.a.w untuk sekalian alam.Adapun bagi manusia,Allah menerangkan hal-hal yang benar dan dusta melalui Rasulullah s.a.w agar manusia menjadi baik serta bentul kehidupan mereka dan mengingati akan hari akhirat serta peluang-peluang yang diberikan sesudah manusia berada dalam zon kegelapan dlama kehidupan mereka kepada cahaya hidayah yang sebenar-benarnya.Disamping itu,kesan dari rahmat ini,orang-orang yang beriman akan mendapatkan apa yang dijanjikan dengan Rahman-Nya di akhirat,sementara apa yang di ingkari,maka tidak adalah rahmat untuk mereka kelak ketika bertemu Allah s.w.t

Rahmat Allah s.w.t untuk mengampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak dengan cara menaati perinta-Nya dan Rasul-Nya.Allah s.w.t telah mengariskan batas-batas sempadan dan menetapkan pahala dosa dengan jelasnya dan setiap manusia akan mendapat apa yang di usahakan tanpa dikurangkan sedikitpun menurut peraturan dan hukum ketetapan-Nya.

Rahmat Allah melimpah-limpah kepada sekalian manusia untuk mendapatkan ruang tempat kembali,ketika mana dosa sepenuh bumi sekalipun,maka rahmat Allah seluas-luasnya alam ini selagimana seseorang itu ingin kembali menaati perintah-Nya.Allah menerangkan jalan-jalan yang benar dan lurus melalui Rasulullah s.a.w,maka apa yang perlu dilalui oleh seseorang untuk mendapatkan rahmat tersebut adalah mengikut apa yang telah di sampaikan Rasul-Nya.

Walaupun dosa sepenuh bumi (tidak melibatkan dosa syirik),ingatlah bahawa,Allah sungguh luas rahmat-Nya,iaitu selagi mana ruang-ruang itu tidak ditutup,dan sementara dibuka untuk meraih rahmat-Nya yang seluas-luasnya.


Menukilkan sebuah hadits dari Al-Ustadz Yazid bin ‘Abdul Qadir Jawas:


عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : (( قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً )).

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap hanya kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, nescaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”[HR. at-Tirmidzi, dan beliau berkata: Hadits ini hasan sahih]


Disebutkan jalan untuk meraih rahmat tersebut dapatlah di usahakan dengan doa,dan mengharap dengan sepenuh hati akan pengampunan Allah s.w.t.Sesungguhnya,seseorang itu sangat berharap akan keampunan itu akan dosa-dosanya.Dan dalam pada itu,berusaha untuk memperbaiki diri dan istiqomah dan terus berdoa dengan rasa yakin dengan harapan Allah s.w.t membimbing dan memberikan kehidupan yang gelap kepada cahaya pertunjuk-Nya dan senantiasa ada didalam hati dirinya.Inn syaAllah.

Hanya kerana satu dosa yang telah dilakukan,mengapa hendak membinasakan hidup seluruhnya di akhirat ?

Dan tidakah seseorang itu melihat rahmat Allah meliputi langit dan bumi ? atau apakah yang menghalanginya dari memohon pengampunan Allah ? 

Tidak akan berjaya orang-orang yang berputus asa melainkan akan gagal dalam memperolehi rahmat Allah s.w.t sedang terdapat pula orang-orang yang memperolehinya (dengan penuh harapan dan yakin) ?




No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.