Keutamaan juga kelebihan membaca al-Quran sangat banyak.Sejak dizaman Rasulullah s.a.w lagi,baginda s.a.w menerangkan secara hikmah akan keutamaan mereka yang memelihara hafalan al-Quran,selain membaca al-Quran.
Antara keutamaan dan kelebihan bagi membaca al-Quran adalah seperti berikut;
“Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran sedang ia hafal dengannya bersama para malaikat yang suci dan mulia, sedang perumpamaan orang yang membaca Al-Quran sedang ia senantiasa melakukannya meskipun hal itu sulit baginya maka baginya dua pahala,” (Muttafaq ‘alaih).
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah, dan tetap mendirikan solat serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup ataupun terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (29) Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya. (orang-orang yang bersyukur kepadaNya)” (30)
Allah SWT menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran serta menjadikan Al-Quran itu sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian. Ia dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya diberi 10 pahala dan ditambah 10 lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ” (Hadis Riwayat Tirmizi)
“Bacalah Alquran kerana sesungguhnya pada hari kiamat nanti akan datang memberikan syafaat yang baik kepada pembacanya.” (HR. Muslim)”

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah, dan tetap mendirikan solat serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup ataupun terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (29) Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya. (orang-orang yang bersyukur kepadaNya)” (30)
Dijanjikan Allah Pahala
Allah SWT menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran serta menjadikan Al-Quran itu sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian. Ia dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya diberi 10 pahala dan ditambah 10 lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Umpama Buah Yang Harum Dan Enak
Selain itu, baginda juga pernah membuat perbandingan terhadap orang yang membaca Al-Quran menerusi sabdanya: “Perumpamaan Mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah harum baunya dan enak rasanya dan Mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar enak rasanya tetapi tiada haruman.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).al-Quran Pemberi Syafaat
“Bacalah Alquran kerana sesungguhnya pada hari kiamat nanti akan datang memberikan syafaat yang baik kepada pembacanya.” (HR. Muslim)”
Orang Mukmin Membaca al-Quran Lebih Utama
Baginda Rasullulah SAW pernah bersabda :
“Sebaik baiknya manusia adalah yang membaca dan mempelajari Alquran serta mengajarkannya pada orang lain.” (HR.Bukhari)”
Terdapat Doa-doa Mustajab
Didalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang boleh dijadikan ubat serta doa-doa mustajab.Didalamnya mengandungi rahsia-rahsia asma al-Husna iaitu nama-nama Allah s.w.t.Ketika berdoa,Allah menyarangkan agar menyeru Dia dengan nama-nama-Nya yang agung.
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu."(Al-A'raf:180)
Surah al-Kahfi Pelindung Fitnah Dajjal
Didalam al-Quran terdapat surah al-Kahfi dimana sabda Rasulullah s.a.w akan menjadi perisai kepada fitnah Dajjal.
Hadits Abi al-Darda’: Terselamat daripada fitnah al-Dajjal
Sesiapa yang memelihara (iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca) sepuluh ayat awal surah al-Kahfi, maka dia akan terselamat daripada al-Dajjal” (Dikeluarkan oleh Muslim (no. 1919)
Sesiapa yang memelihara (iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca) sepuluh ayat awal surah al-Kahfi, maka dia akan terselamat daripada al-Dajjal” (Dikeluarkan oleh Muslim (no. 1919)
Bersama Para Malaikat
Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : “Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran.” Muttafaqun `Alaihi (Keuntungan dan kebaikan).
Al-Quran Dapat Memberikan Ketenangan Kepada Diri
Hal yang selalu dicari oleh umat manusia adalah ketenangan hati.Setiap individu gagal mencari ketenangan hati.Apabila mereka menjauhkan diri daripada al-Quran,sungguh mereka tidak akan menemui dimana-mana pun ketenangan yang hakiki melainkan ketenangan itu ditemukan ketika membaca al-Quran.Ditambahkan lagi al-Quran adalah sebuah mukjizat yang tetap terpelihara.Orang yang membacanya akan diturunkan sakinah iaitu tenang.Tidak merasakan dukacita pada apa yang dibacanya iaitu ketika membaca surah al-Kahfi.
Hadits al-Barra’: Turunnya al-Sakinah atas sesiapa yang membacanya:
Seorang lelaki membaca surat al-Kahfi, pada waktu itu di sisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali, lelaki itu terlihat di atasnya terdapat awan (kabus) yang menaunginya. Awan (kabus) itu mendekat dan semakin mendekat sehingga membuatkan kudanya ingin lari beranjak. Apabila telah pagi, lelaki itu pun mendatangi Nabi SAW dan menceritakan kejadian yang dialaminya itu, maka Nabi SAW pun bersabda: "Itu adalah al- Sakinah yang turun kerana al-Qur’an” (Dikeluarkan oleh al-Bukhari (no. 5011) dan Muslim (no. 795)).
Juga surah-surah al-Quran dapat melembutkan hati yang keras,ayat-ayatnya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa jua,ayat al-Quran sekalipun dibaca satu ayat sahaja mampu meninggalkan bekas didalam hati,inikan pula dibaca 30 juzuk penuh,pastilah hati seseorang itu akan terendam dengan satu perasaan yang tidak ada sesiapa mampu berikan kepadanya melainkan ada didalam al-Quran.Al-Quran mampu membuatkan seseorang menjadi lebih baik dari sebelumnya,kerana sememangnya al-Quran turun untuk menunjuki umat manusia kearah jalan hidup beragama yang benar lagi mendapat pertunjuk.
al-Quran tidak turun melainkan ada hikmahnya tersendiri.al-Quran mengandungi rahsia dunia dan akhirat.Iaitu menceritakan keadaan didunia dan menceritakan keadaan di akhirat yang mana golongan yang rugi,dan golongan yang mengambil pelajaran daripada kisah-kisah didalam al-Quran.
Allahualam
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.