Gerhana matahari dan gerhana bulan dari segi bahasa adalah tertutup cahayanya sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Kedua-dua perkataan boleh digunakan untuk maksud dua jenis gerhana tersebut. Solat gerhana matahari dan bulan tergolong dalam jenis solat yang disyariatkan kerana bersebab. Dalam solat ini orang Islam memohon kepada Allah SWT agar menghindarkan segala bencana dan mengembalikan cahaya. Solat gerhana matahari disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Manakala solat gerhana bulan pada tahun kelima hijrah.
Anjuran Solat Sunat Kusuf Gerhana Bulan adalah berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w seperti berikut:
Bagi menyeru perlaksanaan solat kusuf, lafaz pengumuman “al-Solat Jamiah” diumumkan. Mengikut jumhur ulama’, solat ini dua rakaat dan dalam setiap rakaat dilakukan dua kali rukuk.
Menurut Aisyah r.a “Berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah. Lalu Rasulullah menuju ke masjid dan mengangkat takbir mendirikan solat. Orang ramai berada dalam saf di belakangnya (mengikuti beliau). Rasulullah membaca bacaan ayat yang panjang, kemudian dia bertakbir dan melakukan rukuk yang panjang (iaitu lebih kurang bacaan ayat al-Quran yang mula-mula).
Kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata “Samia’ Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamd”. Kemudian dia berdiri membaca ayat yang panjang lebih kurang panjangnya dengan bacaan yang pertama tadi. Selepas itu dia bertakbir dan melakukan rukuk kedua yang lebih kurang sama dengan rukuk yang mula-mula tadi dan sekali lagi mengucapkan “Samia Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamd”. Kemudian dia sujud dan melakukan perkara yang sama dalam rakaat yang kedua.”
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة)
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di sama ada di Masjid atau Surau dan boleh juga secara bersendirian.
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى “ iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan:
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7.Bacaan al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila rujuk’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Solat sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر ,)manakala bagi solat sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر.)
Anjuran Solat Sunat Kusuf Gerhana Bulan adalah berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w seperti berikut:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.(Hadits riwayat al-Bukhari)Bagi menyeru perlaksanaan solat kusuf, lafaz pengumuman “al-Solat Jamiah” diumumkan. Mengikut jumhur ulama’, solat ini dua rakaat dan dalam setiap rakaat dilakukan dua kali rukuk.
Menurut Aisyah r.a “Berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah. Lalu Rasulullah menuju ke masjid dan mengangkat takbir mendirikan solat. Orang ramai berada dalam saf di belakangnya (mengikuti beliau). Rasulullah membaca bacaan ayat yang panjang, kemudian dia bertakbir dan melakukan rukuk yang panjang (iaitu lebih kurang bacaan ayat al-Quran yang mula-mula).
Kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata “Samia’ Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamd”. Kemudian dia berdiri membaca ayat yang panjang lebih kurang panjangnya dengan bacaan yang pertama tadi. Selepas itu dia bertakbir dan melakukan rukuk kedua yang lebih kurang sama dengan rukuk yang mula-mula tadi dan sekali lagi mengucapkan “Samia Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamd”. Kemudian dia sujud dan melakukan perkara yang sama dalam rakaat yang kedua.”
Niat Dan Cara Solat Sunat Kusuf
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة)
CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti solat sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yangmasyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di sama ada di Masjid atau Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى “ iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص�ـلة جامـعة "
"al-Solat Jamiah"
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِخُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Khusuufil-Qomari Rak’ataini Lillahi Ta’alaa
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Kusuufis-Syamsi Rak’ataini Lillahi Ta’alaa

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7.Bacaan al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila rujuk’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Solat sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر ,)manakala bagi solat sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر.)
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.