Mengenai Telaga Air al Kautsar Di Akhirat al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Thursday, January 4, 2018

Mengenai Telaga Air al Kautsar Di Akhirat

Mengenai Telaga al Kautsar
Telaga al-Kautsar dari segi makna adalah melalui Al-Kautsar boleh diertikan sebagai kebaikan yang banyak.Boleh juga nama sungai di syurga atau nama telaga Rasulullah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Secara ringkasnya al-Kautsar dapat di ertikan sebagai sungai,telaga untuk orang-orang beriman mendapatkan air minum.Disana,iaitu telaga atau sungai kautsar memiliki wadah-wadah atau bejana yang begitu banyak seperti jumlah bintang di langit (tidak terhitung jumlahnya).

Air di telaga atau sungai kautsar lebih putih dari susu dan rasanya manis.Tidak akan merasai haus dan dahaga bagi sesiapa yang telah meminumya.Inilah kebaikan-kebaikan yang Allah s.w.t kurniakan kelak hanya kepada sesiapa yang mengikut Rasulullah s.a.w.Dinyatakan sedikit penerangan oleh Rasulullah s.a.w akan telaga atau sungai al-Kautsar itu:


Sungai Al-Kautsar


Terdapat hadits dalam sahih Muslim, dari Anas bin Malik, ia berkata, suatu saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di sisi kami dan saat itu beliau dalam keadaan tidur ringan (tidak nyenyak). Lantas beliau mengangkat kepala dan tersenyum. Kami pun bertanya, “Mengapa engkau tertawa, wahai Rasulullah?” “Baru saja turun kepadaku suatu surah”, jawab beliau. Lalu beliau membaca,


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu; dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus” (Al Kautsar: 1-3). Kemudian beliau berkata, “Tahukah kalian apa itu Al Kautsar?” “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”, jawab kami. Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wa sallam bersabda,


فَإِنَّهُ نَهْرٌ وَعَدَنِيهِ رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ هُوَ حَوْضٌ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ فَيُخْتَلَجُ الْعَبْدُ مِنْهُمْ فَأَقُولُ رَبِّ إِنَّهُ مِنْ أُمَّتِى. فَيَقُولُ مَا تَدْرِى مَا أَحْدَثَتْ بَعْدَكَ

“Al Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabbku ‘azza wa jalla. Sungai tersebut memiliki kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang nanti akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat nanti. Bejana (gelas) di telaga tersebut sejumlah bintang di langit. Namun ada dari sebahagian hamba yang tidak dapat minum dari telaga tersebut.  Allah berfirman: Tidakkah engkau tahu bahawa mereka telah amalan baru sesudahmu.” (HR. Muslim, no. 400).[1]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :


Telaga Al-Kautsar


Al-Kautsar juga adalah nama haud (telaga) yang begitu besar di syurga. Haudh itu tempat berkumpulnya air. Telaga itu ada di padang Mahsyar yang akan didatangi oleh umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Telaga ini memiliki air yang datangnya dari sungai Al-Kautsar yang berada di syurga. Oleh kerana itu telaga tersebut disebut telaga Al-Kautsar.

Dalam hadits Abu Dzarr disebutkan,


عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا آنِيَةُ الْحَوْضِ قَالَ « وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لآنِيَتُهُ أَكْثَرُ مِنْ عَدَدِ نُجُومِ السَّمَاءِ وَكَوَاكِبِهَا أَلاَ فِى اللَّيْلَةِ الْمُظْلِمَةِ الْمُصْحِيَةِ آنِيَةُ الْجَنَّةِ مَنْ شَرِبَ مِنْهَا لَمْ يَظْمَأْ آخِرَ مَا عَلَيْهِ يَشْخُبُ فِيهِ مِيزَابَانِ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْ شَرِبَ مِنْهُ لَمْ يَظْمَأْ عَرْضُهُ مِثْلُ طُولِهِ مَا بَيْنَ عَمَّانَ إِلَى أَيْلَةَ مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ »

Dari Abu Dzarr, ia berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan bejana yang ada di al-haudh (telaga Al-Kautsar)?”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya. Wadah untuk minum yang ada di telaga Al-Kautsar banyaknya seperti jumlah bintang dan benda yang ada di langit pada malam yang gelap gulita. Itulah gelas-gelas di syurga. Barang siapa yang minum air telaga tersebut, maka ia tidak akan merasa haus selamanya. Di telaga tersebut ada dua saluran air yang tersambung ke Syurga. Barang siapa meminum airnya, maka ia tidak akan merasa haus. Lebarnya sama dengan panjangnya, iaitu seukuran antara Amman dan Ailah. Airnya lebih putih dari pada susu dan rasanya lebih manis dari pada manisnya madu.” (HR. Muslim, no. 2300)


Sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Hajar, telaga tersebut berada di sisi syurga. Sumber air dari telaga tersebut adalah dari sungai yang ada di dalam syurga. Demikian dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Fath, 11: 466.

Rujukan:
[1]https://rumaysho.com/13161-mereka-yang-terhalang-minum-dari-telaga-al-kautsar.html
Foto:Muslim Designer Community

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.