Orang Pertama Membuka Di Pintu Syurga al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Wednesday, January 3, 2018

Orang Pertama Membuka Di Pintu Syurga

Orang Pertama Membuka Di Pintu Syurga

Orang pertama kali yang mengetuk pintu al jannah (syurga), lalu membukanya dan kemudian memasukinya adalah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Dari sahabat Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Ø£َÙ†َا Ø£َÙƒْØ«َرُ اْلأَÙ†ْبِÙŠَاءِ تَبَعًا ÙŠَÙˆْÙ…َ الْÙ‚ِÙŠَامَØ©ِ ÙˆَØ£َÙ†َا Ø£َÙˆَّÙ„ُ Ù…َÙ†ْ ÙŠَÙ‚ْرَعُ بَابَ الْجَÙ†َّØ©ِ

“Saya adalah orang yang paling banyak pengikutnya pada Hari Kiamat dan saya adalah orang yang pertama kali mengetuk pintu Al Jannah.” (HR. Muslim no. 196)

Masih dari sahabat Anas bin Malik namun dalam riwayat At Tirmidzi, dengan lafadz:
“Saya adalah orang yang pertama kali keluar jika mereka dibangkitkan. Saya adalah orang pertama kali bicara, jika mereka diam. Saya adalah pemimpin mereka, jika mereka dikirim. Saya adalah pemberi syafaat kepada mereka, jika mereka tertahan. Saya adalah pemberi berita gembira, jika mereka putus asa. Panji pujian ada digenggaman tanganku. Kunci-kunci al jannah ada ditanganku. Saya adalah keturunan Adam yang paling mulia di sisi Rabb-ku dan tidak ada kebanggaan melebihi hal ini. Saya dikelilingi seribu pelayan setia laksana mutiara yang tersimpan.”

Jelas dibawakan hadits di atas bahawa Rasulullah s.a.w Nabi Muhammad adalah orang pertama yang tiba di pintu syurga dan memasukinya.

Disebutkan dalam Sahih Muslim, Rabi'ah bin Ka'ab Al Aslami Radhiyallahu 'Anhu bercerita bahawa dia pernah bermalam bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Kemudian ia meyiapkan air wudhuk dan keperluannya. Beliau lalu bersabda kepadaku, "Mintalah sesuatu kepadaku", saya berkata, "Saya meminta agar saya akan bersamamu di syurga.” Beliau menjawab, "Adakah permintaan selain itu", saya berkata, "hanya itu.” Beliau lalu bersabda, "Maka bantulah aku atas dirimu (untuk memohon kepada Allah agar memenuhi permintaanmu) dengan memperbanyak sujud (solat tersebut melakukan yang fardhu dan ditambahi dengan solat-solat sunnah lainya)".” (HR. Muslim)

Rasulullah s.a.w amat menyukai andai umatnya juga dapat memasuki syurga bahwa amat gembira dan senang hati sekiranya umat baginda s.a.w adalah penduduk terbanyak di dalamnya.Walaubagaimanapun,perkara ini tidak akan terjadi andai umatnya tidak membantu diri mereka sendiri iaitu dengan mengerjakan amalan-amalan soleh dan meninggalkan larangan.

Mungkin barangkali ada satu orang manusia mengungkapkan bahawa ia memiliki dosa penuh yang banyak dilakukan bertahun-tahun hingga merasa tidak layak.Sebenarnya,tidaklah begitu,akan tetapi dibezakan dengan khusnul khatimah dan suul khotimah.


Suul Khotimah Dan Husnul Khotimah


Dosa dan pahala tidak dapat dielakan,akan tetapi sedaya upaya mengelak dari berlaku suul khotimah iaitu menutup kehidupan didunia ini dengan kematian yang buruk.Permisalan suul khotimah itu adalah diatas kehidupan hingga sebelum kematianya,hidupnya di isi dengan ibadah,akan tetapi di hujung-hujung usia,ia bertukar rupa,menjadi ahli maksiat.Walaubagaimana buruknya orang itu ketika ini,seandainya Allah takdirkan ia adalah termasuk ahli syurga dan akan kekal didalamnya,di akhir hidupnya kelak,seseorang itu Allah akan beri orang itu hidayah hingga amal terakhir sebelum kematianya adalah amal yang dilakukan melayakan ia memasuki syurga.Maka inn syaAllah tertulis sebagai husnul khatimah selagi mana tidak berburuk sangka kepada Allah dan tidak berputus asa.Iaitu pintu-pintu taubat tidak pernah ditutup hingga nyawa sampai di kerongkongan atau matahari terbit dibarat.(dan sebahagian tanda kiamat) Sepatutnya seseorang itu memberi dirinya peluang untuk mengerjakan amal soleh,dan harus istiqomah denganya agar Allah mendorongkan dirinya meraih husnul khotimah.Ini diharap dapat membantu Rasulullah s.a.w mengenal umatnya di hari kiamat kelak,kerana Rasulullah s.a.w hanya akan mengakui umatnya sekian-sekian berasaskan tanda.Terdapat juga orang-orang yang diusir atau dihalau dari mendekati telaga Kautsar oleh Rasulullah s.a.w sendiri atas beberapa perkara yang mereka lakukan.Telaga Kautsar adalah tempat minum atau telaga atau sungai yang pastinya tempat minum dikhaskan untuk Rasulullah s.a.w dan umatnya.

Dibawakan sedikit gambaran melalui hadits mengenainya,

“Aku adalah pendahulu kalian menuju telaga. Siapa saja yang melewatinya (melalui telaga tersebut), pasti akan meminumnya. Dan barangsiapa meminumnya, nescaya tidak akan haus selamanya. Nanti akan lewat (muncul) beberapa orang yang melewati (setelah) diriku, aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, namun mereka terhalangi menemui diriku.” (Bukhari, no. 6528 dan Muslim, no. 4243)”

Lihat kunci Husnul Khotimah
Allahualam



No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.