Rasulullah s.a.w setiap selesai melakukan solat Subuh, setelah salam, beliau membaca doa berikut,
Doa memohon ilmu yang bermanfaat
Doa memohon rezeki halal
Doa memohon amalan diterima
Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.
ertinya:
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”[1]
Dari Thoriq bin Asy-yam –radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata,
“Jika seseorang baru masuk Islam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan pada beliau solat, lalu beliau memerintahkannya untuk membaca doa berikut:
Dalam riwayat lain, dari Thariq, ia berkata bahawa ia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam –dan ketika itu beliau didatangi seorang lelaki, lalu lelaki tersebut berkata,
“Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan ketika aku ingin memohon pada Rabbku?” Beliau bersabda, “Katakanlah: Allahummaghfir lii, warhamnii, wa ‘aafinii, warzuqnii”, kerana doa ini telah mencakup dunia dan akhiratmu.[3]
Doa di atas seperti kandungan dalam doa duduk antara dua sujud dalam solat.
Terdapat doa lagi daripada Rasulullah s.a.w seperti doa dari hadits ‘Ali, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengajarkan doa berikut,
Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak.
Ertinya:
“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu dari bergantung pada selain-Mu.”[4]
Doa memohon ilmu yang bermanfaat
Doa memohon rezeki halal
Doa memohon amalan diterima
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
ertinya:
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”[1]
Dari Thoriq bin Asy-yam –radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata,
كَانَ الرَّجُلُ إِذَا أسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – الصَّلاَةَ ثُمَّ أمَرَهُ أنْ يَدْعُوَ بِهؤلاَءِ الكَلِمَاتِ : (( اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي )) .
“Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa ‘aafinii, warzuqnii.”[2]
Dalam riwayat lain, dari Thariq, ia berkata bahawa ia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam –dan ketika itu beliau didatangi seorang lelaki, lalu lelaki tersebut berkata,
يَا رسول اللهِ ، كَيْفَ أقُولُ حِيْنَ أسْأَلُ رَبِّي ؟ قَالَ : (( قُلْ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَعَافِني ، وارْزُقْنِي ، فإنَّ هؤلاَءِ تَجْمَعُ لَكَ دُنْيَاكَ وَآخِرَتَكَ )) .
Doa di atas seperti kandungan dalam doa duduk antara dua sujud dalam solat.
Terdapat doa lagi daripada Rasulullah s.a.w seperti doa dari hadits ‘Ali, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengajarkan doa berikut,
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ertinya:
“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu dari bergantung pada selain-Mu.”[4]
Moga doa-doa tersebut adalah mustajab,inn syaAllah.
Catatan:
[1](HR. Ibnu Majah, no. 925 dan Ahmad 6: 305, 322. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadits ini sahih)
[2] (HR. Muslim no. 35, 2697)
[3](HR. Muslim no. 36, 2697)
[4](HR. Tirmidzi no. 3563. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan)
No comments:
Post a Comment
Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.