Baca 2 Ayat Terakhir al Baqarah Akan Memprolehi Kecukupan al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Monday, February 12, 2018

Baca 2 Ayat Terakhir al Baqarah Akan Memprolehi Kecukupan

2 Ayat Terakhir al Baqarah Akan Memprolehi Kecukupan

مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.” (HR. Bukhari no. 5009 dan Muslim no. 808)

Ayat memberi kecukupan adalah bersifat umum.Kecukupan tidak terhad kepada rezeki semata-mata,bahkan luas sekali pengertianya.Allah beri apa yang diperlukan seseorang itu kerana Allah Maha Mengetahu apa yang seseorang itu perlukan lalu Allah berikan ia kecukupan untuk hari itu atau menurut kehendak Allah.

2 ayat terakhir surah al-Baqarah seperti berikut;


آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ 

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
(Al-Baqarah 2:285)


 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286)

Ayat 285 merupakan keterangan mengenai orang-orang beriman terhadap keimanan mereka pada setiap rasul diutuskan.Mereka orang beriman yang mengakuinya serta taat.Bahkan,orang-orang beriman itu tetap mengakui kerasulan nabi-nabi yang diutuskan Allah s.w.t dan mematuhi ajaran yang dibawa mereka tanpa membezakan diantara mereka.

Kemudian pada ayat 286,menunjukan terkandung doa-doa yang tanpa disedari oleh pembaca Quran,dipohonkan kepada Allah s.w.t agar diberikan kecukupan,pelepasan dari bebanan berat,diampuni bahkan berdoa agar Allah memberikan pertolongan untuk mereka menghadapi kaum-kaum yang tidak beriman.

Kecukupan ini boleh jadi kecukupan dalam beragama.Cukuplah agama islam sebagai anutan.Cukuplah Allah s.w.t sebagai penolong kepada orang-orang beriman.Apabila ia susah,Allah menjadi tempat untuk meminta segalanya.Kerana Allah s.w.t yang memberikan kecukupan dan menghilangkan segala gundah jiwa,duka lara,resah gelisah,susah hati,tidak tenteram dan segalanya yang dukacita kepada ketenangan,kecukupan,kebaikan,dan semakna denganya.

Dalam menghuraikan lebih lanjut tentang kebaikan mengamalkan 2 ayat terakhir surahtul Baraqah ini,terdapat banyak hadits-hadits yang menyatakan akan keutamaan 2 ayat terakhir surah al-Baqarah ini seperti:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنِ الْمُسَيَّبِ بْنِ رَافِعٍ، عَنْ عَلْقَمَةَ، عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: “مَنْ قَرَأَ الْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَتِهِ كَفَتَاهُ”

telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Adam, telah menceritakan kepada kami Syarik, dari Asim, dari Al-Musayyab ibnu Rafi’, dari Alqamah, dari Ibnu Mas’ud, dari Nabi Saw. yang telah bersabda: Barang siapa yang membaca kedua ayat dari akhir surat Al-Baqarah di malam harinya, maka kedua ayat itu mencukupinya.

قَالَ مُسْلِمٌ: حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ مغْول (ح) وَحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَير، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمير -وَأَلْفَاظُهُمْ مُتَقَارِبَةٌ -قَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ: حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ مِغْوَل، عَنِ الزُّبَيْرِ بْنِ عَدِيٍّ عَنْ طَلْحَةَ، عَنْ مُرَة، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: لَمَّا أسْريَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْتُهِيَ بِهِ إِلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى، وَهِيَ فِي السَّمَاءِ السَّادِسَةِ إِلَيْهَا يَنْتَهِي مَا يُعْرَج بِهِ مِنَ الْأَرْضِ فَيُقْبَض مِنْهَا، وَإِلَيْهَا يَنْتَهِي مَا يُهْبَطُ بِهِ مِنْ فَوْقِهَا فيُقْبَض مِنْهَا، قَالَ: {إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى} [النَّجْمِ: 16] ، قَالَ: فرَاش مِنْ ذَهَبٍ. قَالَ: وَأُعْطِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثًا: أعْطِيَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ، وأعْطِي خَوَاتِيمَ سُورَةِ الْبَقَرَةِ، وَغُفِرَ لِمَنْ لَمْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ مِنْ أُمَّتِهِ شَيْئًا المُقْحَماتُ

Disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Abu Bakar ibnu Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, telah menceritakan kepada kami Malik ibnu Magul. Telah menceritakan kepada kami Ibnu Numair serta Zuhair ibnu Harb, semuanya dari Abdullah ibnu Numair, lafaz-lafaz mereka hampir sama. Ibnu Numair mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Malik ibnu Magul, dari Az-Zubair ibnu Addi, dari Talhah, dari Murrah, dari Abdullah yang menceritakan bahawa ketika Rasulullah Saw. menjalani Isra, beliau sampai ke Sidratul Muntaha yang terletak di langit ketujuh. Hanya sampai batas Sidratul Muntaha, berhenti segala sesuatu yang naik dari bumi, lalu dihentikan sampai padanya. Hanya sampai kepadanya segala sesuatu turun dari atasnya, lalu dihentikan sampai padanya. Abdullah (Ibnu Mas’ud) mengatakan sehubungan dengan firman-Nya: (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. (An-Najm: 16) Yang dimaksud dengan ‘sesuatu yang meliputinya’ adalah kupu-kupu emas. Abdullah Ibnu Mas’ud mengatakan pula bahawa Rasulullah Saw. dianugerahi tiga perkara, iaitu beliau dianugerahi solat lima waktu, dan dianugerahi ayat-ayat yang mengakhiri surat Al-Baqarah, serta diampuni bagi orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun dari kalangan umatnya, dengan ampunan yang menyeluruh.

قَالَ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الرَّازِيُّ، حَدَّثَنَا سَلَمَةُ بْنُ الْفَضْلِ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ، عَنْ مَرْثَد بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْيَزْنِيِّ، عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “اقْرَأِ الْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فَإِنِّي أُعْطِيتُهُمَا مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Ibrahim Ar-Razi, telah menceritakan kepada kami Salamah ibnul Fadl, telah menceritakan kepadaku Muhammad ibnu Ishaq, dari Yazid ibnu Abu Habib, dari Marsad ibnu Abdullah Al-Yazni, dari Uqbah ibnu Amir Al-Juhanni yang menceritakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda: Bacalah dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, karena sesungguhnya Aku memberikan keduanya dari perbendaharaan di bawah Arasy (untuk kamu).

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

إن الله تعالى كتب كتابا قبل أن يخلق السموات والأرض بألفي عام وهو عند العرش وإنه أنزل منه آيتين ختم بهما سورة البقرة ولا يقرآن في دار ثلاث ليال فيقربها الشيطان

“Sesungguhnya Allah telah menulis kitab dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi, Allah menurunkan darinya dua ayat sebagai penutup surat Al-Baqarah. Syaitan tidak akan mendekati rumah yang dibacakan dua ayat ini selama tiga malam.” (HR at-Tirmidziy, an-Nasa’i dan al-Hakim dari sahabat an-Nu’man bin Basyir -radhiyallahu ‘anhuma)

 

Boleh juga setiap kali membaca 2 ayat terakhir ini dengan di akhir "ameen atau amiin" atau setiap kali khatam surah al-Baqarah di akhiri dengan ameen kerana di akhir ayatnya adalah doa.Ini berdasarkan daripada atsar berikut:

Yakni orang-orang yang ingkar kepada agama-Mu, ingkar kepada keesaan-Mu dan risalah Nabi-Mu, dan mereka menyembah selain-Mu serta mempersekutukan Engkau dengan seseorang di antara hamba-hamba-Mu. Tolonglah kami terhadap mereka, dan jadikanlah akibat yang terpuji bagi kami atas mereka di dunia dan akhirat. Lalu Allah Swt. berfirman, “Ya.” Menurut hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim melalui Ibnu Abbas, Allah Swt. berfirman, “Telah Aku lakukan.”
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Musanna Ibnu Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Abu Na’im, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Abu Ishaq, bahawa Mu’az r.a. apabila selesai dari bacaan surat ini yang diakhiri dengan fimnan-Nya: Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 286), maka ia selalu mengucapkan, “Amin.”
Atsar ini diriwayatkan pula oleh Waki’, dari Sufyan, dari Abu Ishaq, dari seorang lelaki, dari Mu’az ibnu Jabal. Disebutkan bahawa sahabat Mu’az ibnu Jabal apabila mengkhatamkan surat Al-Baqarah selalu mengucapkan, “Amiin.”

Makna Mencukupi


Penjelasan Makna Kata “mencukupinya (كفته)” dalam Hadits  
Al-Hafidz Ibnu Hajr, dalam kitabnya Fath al-Bariy, menyebutkan tujuh makna kata “mencukupinya (كفته)” yang tertera dalam hadits tesebut:
  • Dua ayat tersebut telah mencukupinya untuk qiyamul lail. Jadi jika seseorang membaca dua ayat ini sebelum tidur dan tidak mampu melakukan solat malam maka dua ayat tersebut telah cukup.

  • Dua ayat tersebut mencukupinya dalam hal bacaan al-Qur’an malam itu baik dia membaca dua ayat ini di dalam mahupun luar solat.
  • Dua ayat tersebut mencukupinya dalam hal aqidah. Semua penjabaran aqidah Islam tertera dalam dua ayat ini kerana mengandung cabang dan pokok keimanan iaitu iman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul dan hari kiamat. Pendapat inilah yang dipilih Ibnu Hajar bahawa inilah maksud dua ayat tersebut telah mencukupi anda dalam aqidah secara umum.
  • Dua ayat tersebut sebagai hal yang mencukupinya dalam penjagaannya dari segala jenis keburukan,kejelekan,kejahatan. Seorang muslim tidur di malam itu dengan aman dan tenang atas izin Allah.
  • Ini lebih khusus dibanding  keempat,iaitu kecukupannya sebagai penjagaan dari gangguan syaitan. Seorang yang membaca dua ayat ini akan dijaga dari keburukan syaitan.
  • Dua ayat tersebut telah cukup sebagai penjagaannya dari keburukan jin dan manusia.
  • Dua ayat tersebut telah mencukupinya dalam hal pahala. Dua ayat ini menjadikannya mendapat kebaikan pahala yang sudah cukup tanpa harus membaca ayat-ayat lain.
Tiga pendapat masing-masing pada pendapat keempat, kelima dan keenam bermakna sama iaitu kecukupan perlindungan terhadap keburukan segala sesuatu iaitu keburukan jin, syaitan dan manusia. Jadi boleh juga dikatakan hanya ada lima pendapat tentang makna “mencukupinya” yang tertera dalam hadits di atas.

Pelajaran Penting dalam Dua Ayat Terakhir Surat al-Baqarah


Pertama
Tentang aqidah dan iman. Seorang muslim beriman kepada Allah dengan sebenarnya sebagaimana beriman kepada para rasul dan nabi yang dikirim Allah sebagai pemberi peringatan sekaligus khabar gembira untuk umatnya. Demikian pula ia beriman kepada kitab-kitab langit yang Allah turunkan kepada para nabi. Ia pula beriman kepada malaikat sebagai perwakilan seperti Jibril yang membawa wahyu untuk para nabi, Israfil yang bertugas meniup sangkakala dan Mikail yang bertugas menurunkan hujan dan membawa rezeki, sebagainya.

Kedua
Sebagai penerimaan dan kepatuhan terhadap perintah Allah dalam memenuhi seruan dan menjauhi larangan Allah. Ia mengimani bahawa Allah tidak membebani seorang hamba kecuali berdasarkan kemampuan sang hamba; Allah tak akan menghisab (menghitung) sang hamba kecuali terhadap apa-apa yang telah ia perbuat; Allah tak akan memberikan pahala yang sebanding kecuali atas amal soleh dan kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya. Dialah Sang Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Bahkan dibanding sang hamba, Allah lebih penyayang terhadap hamba tersebut.

Ketiga
Doa yang terkandung dalam ayat ini menjadikan sang hamba ‘terjalin (yang sentiasa dekat atau tidak jauh)’ dengan Rabbnya

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا، رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا، رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa-apa yang tak sanggup kami pikul. Berilah kami maaf, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami atas kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 286)
 
Allahualam

1 comment:

  1. Have you ever thought about publishing an e-book or guest authoring on other
    sites? I have a blog based upon on the same information you discuss and would love to have
    you share some stories/information. I know my subscribers would appreciate your
    work. If you're even remotely interested, feel free
    to send me an email.

    ReplyDelete

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.