Kelebihan Bersahur al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Sunday, January 28, 2018

Kelebihan Bersahur



Kelebihan Bersahur

KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

Anjuran memulakan puasa dengan mengambil sahur adalah salah satu lagi amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Amalan bersahur ketika hendak berpuasa diteruskan oleh para sahabat dan generasi seterusnya memandangkan akan keutamaan dan kelebihan sahur itu sendiri yang tidak akan dilepaskan peluang waktunya.

Sahur merupakan satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah swt keatas umat Islam. Anjuran bersahur dapat dilihat dalam hadis Nabi yang bermaksud: "Makanan sahur semuanya bernilai berkat maka jangan tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air dan sebiji kurma.. Allah swt dan para malaikat mengucapkan salam dan berselawat keatas orang-orang yang bersahur".(Hadits riwayat Iman Ahmad)


Terkandung Berkat

Dalam huraian yang lebih panjang mengenai keutamaan dan kelebihan sahur terdapat dalam riwayat hadits seperti berikut:

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”(HR Bukhari dan Muslim)

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan selain puasa-puasa sunnah sebagai tambahan didalam amal ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. 

Contoh puasa-puasa sunat adalah seperti:

Keutamaan Dan Rahsia Waktu Sahur

Bersahur didalamnya ada terkandung waktu-waktu yang mustajab doa.
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;

· Menyelisih puasa dengan Ahlul Kitab (ahli kitab juga memiliki puasa,akan tetapi tidak ada sahur,manakala islam memulakan puasa dianjurkan bersahur);

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi 
orang mukmin adalah kurma.”(HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu Sahur Afdal

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

No comments:

Post a Comment

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.